“Alim” Konon Part 3

Hi korang, thanks admin sudi approve ("alim" konon). Part 3 ni aku nak cerita tentang atikah. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi alang2 aku dah mulakan, aku gigih kan jugak nak bercerita tentang siapa sebenarnya atikah?

Okey, menurut tunang aku (Apik,26), 4-5 bulan sebelum paih nikah dgn yaya, paih pernah suruh org tanya2 atikah ni dah berpunya ke belum (apik cakap mcm merisik kononnye), tapi atikah juai mahai, or dalam kata lain menolak (apik cakap, paih ibarat kena rijek), so mungkin sebab ni paih terima je yaya dulu. Tapi dalam masa yg sama paih tetap kawan jugak dgn atikah (kalau aku kena rijek, aku block terus dia dari hidup aku, LOL).

Atikah ni dulu okay ja, tapi lepas atikah dpt tahu paih dah nikah, dia mungkin rasa tergugat, "bajet muslimah" dia makin menjadi2, seolah2 menggoda paih, apik cakap, atikah selalu ajak diorang lunch sama2, selalu ajak diorang teman dia beli brg, alasannya sebab atikah dah anggap diorang ni mcm abg sendiri (serious?). Paih kan memang dah suka atikah sejak dulu lagi, so bila atikah kasi perhatian lebih sikit, memang menjadi lah. Bagi aku tepuk sebelah tgn tak berbunyi, dua2 gatai sbb tu blh cintan cintun tu. Jahat.

Oh yer, apik ni tunang aku, member se-universiti paih & atikah, atikah ni junior diorang, apik & paih memang rapat since sekolah lagi, sekarang kerja pon dekat firm yg sama. Apik ni hari2 tadah telinga dengar suka duka kisah paih. "Konon"

Apik cakap atikah ni selalu cakap dia teringin nak kawen, mcm nak suruh paih kawen dgn dia, bagi hint yg dia nak berkeluarga lah, konon nak dapat pahala berkeluarga pulak, nak lahirkan pejuang agama lah, lepas tu bile sembang selalu je keluar ayat2 yg related dgn kawen ni. Konon sembang2 tentang agama tapi bersulamkan cinta islamik, isu halal poligami. Puih.

Bagi aku benda2 mcm ni sgt tak proper untyk kite cakap dgn org yg berlainan jantina.

Bagi aku, kalau nak dapat pahala, buat lah baik dgn ibu bapa & adik beradik, dapat pahala jugak bagi yg single tu.

Apik cakap, dia dah nasihat paih, tapi paih sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Iyelah, paih kan mmg suke atikah, gadis idaman dia dari dulu. Tambahan pulak yaya belajar, bukan jumpa hari2.

Aku cakap dekat apik, paih tak bagi duit dekat yaya, apik terkejut, sebab paih selalu bayarkan brg atikah. Bukan sikit2 tau, sekali bayar beratus jugak, dan bukan sekali tau, banyak kali dah, paih pernah belikan jam harga RM1k lebih utk atikah, bagi aku, harga tu terlalu mahal untuk sebuah jam je.

Aku memang bengang dgn paih, tapi lagi bengang dengan atikah, mungkin jugak paih suka rela belanja atikah, tapi, atikah tu takkan tak reti menolak? melampau wei, serius melampau. Sedangkan yaya tu byr yuran guna duit sendiri okay. Bukan ke tu tanggungjawab paih? Eeeee geram.

Aku marah apik, sebab dia tak pernah cerita benda2 ni semua dekat aku dulu, but dia cakap, takkan bnda2 cmni pon nak cerita, paih tu kawan dia kan, nanti marah pulak paih kat dia, aku cakap, apa bezanya, skrg blh je cerita dekat aku, apik cakap, sekarang lain, sekarang paih suka yaya. Jeng jeng jeng. Suka?

Apik cakap, dia rasa paih dah suka dekat yaya, sebab sejak dua menjak ni, paih asik sebut yaya, yaya, yaya je. Sikit2 yaya, ada ape2 pon yaya. Dalam group whatsapp sekolah pon paih ada mention pasal yaya. Dah tak malu, dah tak ade rahsia2 mcm dulu. Tapi bagi aku, paih tak layak utk org mcm yaya ni, jauh sgt beza nye. Kalau aku ni yaya, aku tinggal je paih ni.

Jujur ye aku cakap, paih dgn yaya mcm langit dgn bumi. Paih buat kerja laju, pantas, kerja keras, sekali ajar terus paham, tak mudah mengalah, buat kerja sempurna, puas hati lah kalau suruh dia buat apa2.

Tapi yaya tak macam paih, yaya ni pelupa, ajar bnyk kali guna mesin basuh pon dia lupa, padahal mesin basuh automatik, dan tiap kali nak buat air teh pon dia akan tanya 'mak, gula nak bubuh bape sudu'. Padahal hari2 dia buat air. Mak cakap yaya ni suka bertanya, benda dah tahu pon dia akan tanya, lagi satu, dia ni cemerkap, selalu sgt barang dia jatuh, dia pon selalu jugak jatuh, tgh jalan tiba2 langgar meja lah, langgar sofa lah, jatuh tangga lah, memang jenis mcm tu, mak cakap dia ni lembik, lepastu kalau tolong masak, selalunya tolong potong2 sayur, mesti akan luka sikit terkena pisau, dia ni serba serbi kurang cekap.

Mak cakap yaya professional bab mengemas & ambil hati org tua je. Sebab tu mak syg dia. Kdg2 jeles jugak sbb mak selalu utama kan yaya, tapi bila pikir2 balik, xpe lah, yaya kan yatim piatu, kalau bukan dekat mak tempat dia manja,dekat sape lgi kn.

Okey, berbalik pada atikah tadi, menurut apik, masa raya hari tu, budak2 group whatsapp (Group Usrah, apik cakap kebanyakan diorang ni tak tahu paih dah kahwin) bincang2 nak p beraya kat Johor, sambil tu boleh p kenduri kawen one of kawan diorang. Tengah dok bincang2, tiba2 ada yg cakap tak sabar nak makan nasik kenduri paih. Paih reply, tahun depan jemput makan kenduri akikah lah, lepastu siap hntr gambar nikah dia dgn yaya. Wowww. Bold gila. Lepastu mcm2 lah org dok tnya, ada yg dok membahan, ada yg dok alhamdulillah bagai. Kalau lah iium confession ni blh attach gambar, aku masukkan sekali screenshot yg apik bagi kat aku tu.

Haaaa, malam lepas paih hntr gmbar nikah dkt group tu, atikah whatsapp apik, cakap sedih paih buat dia mcm ni (sbb paih bagi harapan kot), kawan2 ada yg tanya atikah pasal paih dah nikah, ramai yg tak sangka sebab tahu paih rapat dgn atikah. Atikah whatsapp apik cakap dia malu, tapi apik kan tak layan benda2 gini, apik siap cakap lgi, tak baik bt mcm ni, lagipon atikah kn tahu awal2 lagi yg paih dh kawen, sepatutnya atikah jauhkan diri.

Aku baca whatsapp atikah tu pon aku rasa bengang, aku cakap dekat apik, ape lah yg perempuan ni harapkan, dengan tenang apik balas, duit & lelaki. Yelah dah bertahun2 dia rapat dengan paih, tambah pulak paih ni pakej lengkap, ada rupa, ada hrta, konon "alim", kalau paih tak lyn dia dah, terkontang kanting lah hidup atikah, sapa nak support dia lagi. Masa ni apik terlepas cakap yg kereta atikah naik tu, beli guna nama paih, paih byr bulan2, time ni aku memang tak boleh tahan marah. Weyh, walaupon myvi je, tapi bulan2 RM500 lebih jugak wei. Bagi aku itu pelaburan yg sia2. Membara hati aku rasa.

Aku cerita benda ni dekat mak, mak tenang, mak cakap mak tahu. Mak tahu? Mak cakap, masa paih nak beli kereta tu dulu, paih pernah bgi tahu mak, ada org bank akan telefon mak, masa ni lah mak tahu. Aku pon tak berapa jelas tentang ni, tapi aku serius bengang.

Aku ada cakap dekat paih pasal kereta tu, korang tahu paih cakap ape? Kalau adik nak guna kereta tu adik pergi mintak dekat atikah sendiri.

Hurm, entah lah wei, tak tahu nak buat mcm mana, benda jadi depan mata aku, tapi aku tak tahu mcm mana nak respon, walaupon hidup kami ni mcm drama, tapi inilah realiti, kesian yaya, hak dia selalu dinafikan. Aku dpt rasa, suatu hari kalau yaya tak baik jugak dgn paih, dia sendiri akan bawak haluan dia.

Banyak lagi aku nak cerita pasal paih & yaya yg dh baik ni, tapi nanti2 lah sebab skrg mood aku nak meluahkan rasa marah aku ni. Grrrrrr.

– Adik Kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,576 Comments

  1. Tlong yaya. Biar dia bertahan .whatever happen, jaga dia. Appreciate dia. Jgn smpai suatu ari nnti hati dia dah keras dan mati dsbbkn dia dh lali..

    Guyss, jom. Jgn pernah putus asa dlm doa.
    Stp ujian melanda, apa motifnya?
    Allah nak ajar dekatkn diri pdNya… Lps nnti dh senang/berjaya mlpasi ujian tu, teruskn taqarrub ilallah..

    Adik paih, buat smbungnnya lgi..

    Kau plan la dgr apik tunang kau.. Bg nasihat k apa ke.. Pastu awak melancong satu family tnpa cik atikah. Hehe..
    Ckp kt yaya n utk mu skali; jgn pernah putus asa dr rahmat Ilahi. :)

  2. menyampah gilerr dgn org mcm atikah ni…aku gambarkan atikah ni orangnya bajet ustazah dpn orang ramai, suka hentam orang jangan couple tapi dia sendiri mengedik couple…kalau masa nak tackle muslimin tu mesti keluar ayat2 quran. Orang macam ni jenis keras kepala tak nak dengar nasihat orang, tapi klau part menghentam no.1. suka jual agama…hipokrit kuat…sorry to say kawan.

  3. Ehhhhh kenapa mak ko xmasuk campur weyh??? Kalau mak aku dia dh p serang dah betina garik tuh weyh! Haaaa kan dah ayat tak sesuci lebaran dah. Aku baca ja before ni. Plot agak seperti novel dan drama tv tp aku tetap geram macammana aku geram bila tengok plot bodoh dalam drama tv. Hmm.

    Sendiri tak ambil tindakan, sendiri monolog dalaman, sendiri boleh fikir, sendiri kena take the first move lah. Jangan sebab dia abang ko tak berani nak berparang weyh. Abang ko buat salah takkan korang peluk tubuh mengata belakang ja? Nonsense! Cis

  4. Ok..aq baru baca kisah nie blum part 1 n part 2..xsbar nak scroll cari tapi apa yg aq dpat komen yg aq geram ngan atiqah 2..adk kau tlg brtindak sbelum atiqah 2 brtindak..eeiii..skit plak hati nie..smoga hbungan paih ngan yaya kekal n brlindung dbawah keredhaanNya..aq hrap atiqah baca komen aq nie..ATIQAH!!!GET LOST!!!aq bnci kau!!! Maaf emosi sikit tapi aq bnci pmpuan mcm nie…kau ptut tau 2 suami org!!!tapi still gedik lagi!!!byangkn laa org kacau suami kau n kikis suami kau mcm kau buat skrg,kau nak kee??kau bhagia??kau akn tpuk tngn?? Adik kau tlg pergi ambik blk kereta 2..masa ambk 2,tlg tampa2 muka atiqah xsedar diri 2..tlg laa jgn rsakkn imej pmpuan muslimah..ksian pmpuan muslimah lain..mmg xsmua mcm 2 yapi sdikit sbnyk dia effect org lain jgak.. Maaf sbb emosi..skian..tlg kluarkn part 4 plak..xsbar nak tau ksudahan cerita nie..

  5. seriyesly best ceta awk! mcm drama lah pulak walau hakikatnya realiti. Huhu. doakan yg baik2 utk paih n yaya. moga kekal till jannah walau byk dugaan mrka hadapi.

  6. Mcm drama pkul 7 plak..tp serius aku xphm dgn si atikah tu bdget alim..tp menggunakan lelaki..wei klu hg tau hg tu muslimah sgt xde nye hg keluo dgn laki tergedik2 mintk itu ini..bkn halal pn..plg aku meluat gunakn agama utk halalkn ape hg wat..org mcm ni yg busukkn nm islam..aku ni xlh baik sgt tp aku tau gak malu nk ckp dgn laki apatah lg nk mintk mcm2 dgn suami org plak tu..so aku doakn 1 hr nnt paih dgn yaya bhgia..Ameen

  7. Dah tahu laki orang boleh pulak nak ajak lunch benda bagai amboi, dh tahu dia laki org pi la berambus dr hidup dia, lepas tu acah kecewa dia buat cam tu kat kamu, boooooooo la

  8. Apahal nama perempuan perampas semua nama “atikah”… xpsl2 aku selalu kena tuduh jd perampas laki org.cisss perosak btl la pmpn mcm 2. Selidik blk ke “atikah” tu ad bt guna2 kt abg awk.ingt org alim zaman skrg blh pcye ke.zaman skrg ramai gunakn agama demi duit,lelaki/perempuan..semuanye semata2 demi kepuasan yg takat kt dunia je dpt.

  9. Paih n atikah sama2 pala masok ayaq. Dok salahkan atikah tu ja. Pmpn telah la bodoh. Yg laki tu tah dok jamu janji apa tah kt atikah tu smpai jd muka tak malu tu. Ooo pndaii ko ye tikahh, bekas mknan org tk hbes mkn ko taknk share, tp laki org jgkk ko nk jilatt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *