“Alim” Konon Part 3

Hi korang, thanks admin sudi approve ("alim" konon). Part 3 ni aku nak cerita tentang atikah. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi alang2 aku dah mulakan, aku gigih kan jugak nak bercerita tentang siapa sebenarnya atikah?

Okey, menurut tunang aku (Apik,26), 4-5 bulan sebelum paih nikah dgn yaya, paih pernah suruh org tanya2 atikah ni dah berpunya ke belum (apik cakap mcm merisik kononnye), tapi atikah juai mahai, or dalam kata lain menolak (apik cakap, paih ibarat kena rijek), so mungkin sebab ni paih terima je yaya dulu. Tapi dalam masa yg sama paih tetap kawan jugak dgn atikah (kalau aku kena rijek, aku block terus dia dari hidup aku, LOL).

Atikah ni dulu okay ja, tapi lepas atikah dpt tahu paih dah nikah, dia mungkin rasa tergugat, "bajet muslimah" dia makin menjadi2, seolah2 menggoda paih, apik cakap, atikah selalu ajak diorang lunch sama2, selalu ajak diorang teman dia beli brg, alasannya sebab atikah dah anggap diorang ni mcm abg sendiri (serious?). Paih kan memang dah suka atikah sejak dulu lagi, so bila atikah kasi perhatian lebih sikit, memang menjadi lah. Bagi aku tepuk sebelah tgn tak berbunyi, dua2 gatai sbb tu blh cintan cintun tu. Jahat.

Oh yer, apik ni tunang aku, member se-universiti paih & atikah, atikah ni junior diorang, apik & paih memang rapat since sekolah lagi, sekarang kerja pon dekat firm yg sama. Apik ni hari2 tadah telinga dengar suka duka kisah paih. "Konon"

Apik cakap atikah ni selalu cakap dia teringin nak kawen, mcm nak suruh paih kawen dgn dia, bagi hint yg dia nak berkeluarga lah, konon nak dapat pahala berkeluarga pulak, nak lahirkan pejuang agama lah, lepas tu bile sembang selalu je keluar ayat2 yg related dgn kawen ni. Konon sembang2 tentang agama tapi bersulamkan cinta islamik, isu halal poligami. Puih.

Bagi aku benda2 mcm ni sgt tak proper untyk kite cakap dgn org yg berlainan jantina.

Bagi aku, kalau nak dapat pahala, buat lah baik dgn ibu bapa & adik beradik, dapat pahala jugak bagi yg single tu.

Apik cakap, dia dah nasihat paih, tapi paih sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Iyelah, paih kan mmg suke atikah, gadis idaman dia dari dulu. Tambahan pulak yaya belajar, bukan jumpa hari2.

Aku cakap dekat apik, paih tak bagi duit dekat yaya, apik terkejut, sebab paih selalu bayarkan brg atikah. Bukan sikit2 tau, sekali bayar beratus jugak, dan bukan sekali tau, banyak kali dah, paih pernah belikan jam harga RM1k lebih utk atikah, bagi aku, harga tu terlalu mahal untuk sebuah jam je.

Aku memang bengang dgn paih, tapi lagi bengang dengan atikah, mungkin jugak paih suka rela belanja atikah, tapi, atikah tu takkan tak reti menolak? melampau wei, serius melampau. Sedangkan yaya tu byr yuran guna duit sendiri okay. Bukan ke tu tanggungjawab paih? Eeeee geram.

Aku marah apik, sebab dia tak pernah cerita benda2 ni semua dekat aku dulu, but dia cakap, takkan bnda2 cmni pon nak cerita, paih tu kawan dia kan, nanti marah pulak paih kat dia, aku cakap, apa bezanya, skrg blh je cerita dekat aku, apik cakap, sekarang lain, sekarang paih suka yaya. Jeng jeng jeng. Suka?

Apik cakap, dia rasa paih dah suka dekat yaya, sebab sejak dua menjak ni, paih asik sebut yaya, yaya, yaya je. Sikit2 yaya, ada ape2 pon yaya. Dalam group whatsapp sekolah pon paih ada mention pasal yaya. Dah tak malu, dah tak ade rahsia2 mcm dulu. Tapi bagi aku, paih tak layak utk org mcm yaya ni, jauh sgt beza nye. Kalau aku ni yaya, aku tinggal je paih ni.

Jujur ye aku cakap, paih dgn yaya mcm langit dgn bumi. Paih buat kerja laju, pantas, kerja keras, sekali ajar terus paham, tak mudah mengalah, buat kerja sempurna, puas hati lah kalau suruh dia buat apa2.

Tapi yaya tak macam paih, yaya ni pelupa, ajar bnyk kali guna mesin basuh pon dia lupa, padahal mesin basuh automatik, dan tiap kali nak buat air teh pon dia akan tanya 'mak, gula nak bubuh bape sudu'. Padahal hari2 dia buat air. Mak cakap yaya ni suka bertanya, benda dah tahu pon dia akan tanya, lagi satu, dia ni cemerkap, selalu sgt barang dia jatuh, dia pon selalu jugak jatuh, tgh jalan tiba2 langgar meja lah, langgar sofa lah, jatuh tangga lah, memang jenis mcm tu, mak cakap dia ni lembik, lepastu kalau tolong masak, selalunya tolong potong2 sayur, mesti akan luka sikit terkena pisau, dia ni serba serbi kurang cekap.

Mak cakap yaya professional bab mengemas & ambil hati org tua je. Sebab tu mak syg dia. Kdg2 jeles jugak sbb mak selalu utama kan yaya, tapi bila pikir2 balik, xpe lah, yaya kan yatim piatu, kalau bukan dekat mak tempat dia manja,dekat sape lgi kn.

Okey, berbalik pada atikah tadi, menurut apik, masa raya hari tu, budak2 group whatsapp (Group Usrah, apik cakap kebanyakan diorang ni tak tahu paih dah kahwin) bincang2 nak p beraya kat Johor, sambil tu boleh p kenduri kawen one of kawan diorang. Tengah dok bincang2, tiba2 ada yg cakap tak sabar nak makan nasik kenduri paih. Paih reply, tahun depan jemput makan kenduri akikah lah, lepastu siap hntr gambar nikah dia dgn yaya. Wowww. Bold gila. Lepastu mcm2 lah org dok tnya, ada yg dok membahan, ada yg dok alhamdulillah bagai. Kalau lah iium confession ni blh attach gambar, aku masukkan sekali screenshot yg apik bagi kat aku tu.

Haaaa, malam lepas paih hntr gmbar nikah dkt group tu, atikah whatsapp apik, cakap sedih paih buat dia mcm ni (sbb paih bagi harapan kot), kawan2 ada yg tanya atikah pasal paih dah nikah, ramai yg tak sangka sebab tahu paih rapat dgn atikah. Atikah whatsapp apik cakap dia malu, tapi apik kan tak layan benda2 gini, apik siap cakap lgi, tak baik bt mcm ni, lagipon atikah kn tahu awal2 lagi yg paih dh kawen, sepatutnya atikah jauhkan diri.

Aku baca whatsapp atikah tu pon aku rasa bengang, aku cakap dekat apik, ape lah yg perempuan ni harapkan, dengan tenang apik balas, duit & lelaki. Yelah dah bertahun2 dia rapat dengan paih, tambah pulak paih ni pakej lengkap, ada rupa, ada hrta, konon "alim", kalau paih tak lyn dia dah, terkontang kanting lah hidup atikah, sapa nak support dia lagi. Masa ni apik terlepas cakap yg kereta atikah naik tu, beli guna nama paih, paih byr bulan2, time ni aku memang tak boleh tahan marah. Weyh, walaupon myvi je, tapi bulan2 RM500 lebih jugak wei. Bagi aku itu pelaburan yg sia2. Membara hati aku rasa.

Aku cerita benda ni dekat mak, mak tenang, mak cakap mak tahu. Mak tahu? Mak cakap, masa paih nak beli kereta tu dulu, paih pernah bgi tahu mak, ada org bank akan telefon mak, masa ni lah mak tahu. Aku pon tak berapa jelas tentang ni, tapi aku serius bengang.

Aku ada cakap dekat paih pasal kereta tu, korang tahu paih cakap ape? Kalau adik nak guna kereta tu adik pergi mintak dekat atikah sendiri.

Hurm, entah lah wei, tak tahu nak buat mcm mana, benda jadi depan mata aku, tapi aku tak tahu mcm mana nak respon, walaupon hidup kami ni mcm drama, tapi inilah realiti, kesian yaya, hak dia selalu dinafikan. Aku dpt rasa, suatu hari kalau yaya tak baik jugak dgn paih, dia sendiri akan bawak haluan dia.

Banyak lagi aku nak cerita pasal paih & yaya yg dh baik ni, tapi nanti2 lah sebab skrg mood aku nak meluahkan rasa marah aku ni. Grrrrrr.

– Adik Kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,598 Comments

  1. Weh adik..tolong la amik keta tu..kalo ak jd ko mmg amik..apsal nak senangkan org plak..huhu..dua je cara..amik keta tu atau swoh paih stop bayar bulann keta tu..biar kena tarik..kot bnyak sgt duit rm500 tak reti nak buat ape..sedekah kat anak yatim..bukan sedekah kat pompuan tu..ai geram plak kita baca cite awak ni…huhuhu

  2. Atikah, kau pakai purdah tapi menggedik kat laki orang. Kau telah jatuhkan maruah isteri nabi wahai atikah. Mohon mampos cepat sebab manusia jenis mcm ni menyusahkan org.

  3. #teamyaya ! Kalau paih taknak kat yaya elok lah lepaskan dia. Ramai lagi lelaki nak wanita mcm yaya. Pegilah kawin dgn perempuan yg konon alim tu paih oi. Kau nak sangat kan. Perempuan mcm atikah tu aku boleh cakap jenis talam 2 muka. Pakaian konon alim tapi hati busuk. Cuba kau lepaskan yaya, kita tgk berapa ramai lelaki beratur nak kawin dgn dia

  4. next part panjang sikit please.. and terus sampai ending. penasaran jadinya nunggu sambungan. HAHAHA. xcukup drama kt tv3.. ikut plak reality show kt iiumc nie. benar ke bohong, cerita nie still layan. lekas part 4!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *