Allah bagi jalan untuk balik beraya dengan keluarga

Salam semua.

Nak dijadikan cerita, aku seorang perempuan yang belajar jauh di perantauan. Dalam setahun mampu balik rumah waktu cuti yang panjang sahaja, dek kerana perlu guna pengangkutan kapal terbang sahaja dan bergantung harga tiket juga. Last time aku balik rumah raya tahun lepas, itupun dari raya ke tiga smpai raya ke tujuh sahaja. first time aku tidak merasa raya pertama dengan ibu bapa serta keluarga yang lain.

terus terang nak bagitau ada konflik di rumah aku dan aku pun hampir dua tahun tidak bercakap dengan ibu dan ayah. alasan nya adalah kerana terlalu perit untuk aku luahkan. kawan baik sendiri pun tak pernah tahu masalah ini. sebab aku mudah tertekan membincangkan benda yang memeningkan. di awal2 aku di landa musibah tersebut, hampir setiap malam aku mengalami imnosia, menangis dan tak punya tujuan hidup. sekarang alhamdulillah aku boleh tackle sikit2 even kengkadang kalau terfikir aku confirm rasa depressed macam nak mati cepat2.

ok so kalau aku cerita mcm ni ofkos org akan back up ibu ayah. nak ckp ibu ayah la segalanya, yang penat lelah membesarkan aku smpai sekarang. tapi aku juga rasa aku patut dapat hak aku sebagai seorang anak. dalam point aku, aku rasa ibu ayah aku tak memenuhi hak aku sebagai anak diorg yang perlu extra perhatian, kasih sayang serta kejujuran. aku memang dah nekad xnak balik raya tahun ni. biar aku raya sensorg kat bilik. adik beradik dengan ipar semua whatsapp dan try call aku x jawab memujuk aku pulang. masih dengan keras hati aku ni aku buat bodoh xreply whatsapp semua. masalahnya ibu ayah aku sendiri xda usaha nak tanya aku. adik beradik je yang ckp ibu rindu la asyik menangis kenang aku la.

banyak kali aku berdoa kat tuhan, lembutkan lah hati aku walaupun niat di hati memang aku dah xnak balik rumah lagi. biar aku hidup sensorang kat negeri org. smpai la dua hari lepas, aku xtahu aku kerap terkenang raya2 yang lepas kat rumah. dgn suasana yang meriah semua, preparation yang bagai nak rak, ke excited an kami sekeluarga. sebelum ni aku benci dengar lagu raya baik dinyanyi kwn kat kelas or dengar kat radio ke. tapi semenjak tuhan bagi sentuhan kelembutan kat hati aku, muka ibu ayah senyum kat aku terbayang banyak kali kat kepala. jadi terdetik la niat nak balik rumah pulak tahun ni, nak bermalam raya dengan keluarga, pagi raya cium tangan ibu ayah. ok niat dah pasang, jadi aku start usha tiket flight balik tanah air. bila tengok bapak mahal gila sebab ye la dah last minit macam ni lagi2 raya tinggal seminggu je lagi. punah harapan aku nak balik. harga yang di offer dalam 8-9 kali ganda harga usual ticket aku selalu beli. ya allah peritnya ujian. bila aku dh start rasa nak balik rumah begini pulak di uji tuhan. dah la nak balik kampung xda alternatif lain selain flight.
ok start sini nak tunjok kuasa tuhan lagi besar dari segalanya2, pagi semalam, after subuh aku baca al waqiah(inspired dr page ni). baca dengan nombor ganjil, dengan memahami maksudnya sekali. aku tanam hajat semoga allah bagi aku peluang ni untuk memulihkan yang keruh antar aku dengan ibu dan ayah. allahurabbi bila aku cek balik online ticket, still nampak harga mahal tapi alhamdulilllah cuma lebih 3-4 kali ganda dari harga tiket aku selalu beli kalau x book last minit. time ni la aku terus dail nombor ibu, setelah setahun setengah nombor ibu tak masuk log call aku. once beliau angkat call, diam sekejap dahtu ibu sebut nama aku dengan sebak nya, terus tnya bila nak balik. ya tuhann rindunyaa suara ibu. aku tanya satu je 'kenapa tak pernah nak pujok balik beraya'. ibu dengan sedihnya ckp yg dia tahu klau dia pujuk beriya pun kalau aku still dengan degil aku tak nak sayang ibu ayah sendiri, dia xboleh nak buat apa.

ibu ckp dia banyak kali usaha nak call aku. ayah pun sama. tapi ye lah dengan keras hati aku ni, aku pergi block number diorg. diorang call guna nombor adik bradik, aku memang xsahut. bila aku ckp tiket mahal beribu ribu ibu ckp diorg boleh belikan asal aku balik. aku tak berhenti menangis. syukurr sangat kat allah. nikmat Dia paling besar dari masalah keras kepala aku di lembutkan dengan harga flight tiket melambung ke harga yang boleh di katakan rasional untuk aku beli time last minute serta musim perayaan mcm ni.

banyak pengajaran dari crita aku ni kengkorang semua, lagi2 untuk yang rasa mcm mak bapak diorg x syang diorg tu. aku pun byk kali rasa ibu ayah x sayang aku. alih2 ibu ckp ayah xpernah berhenti nak doakan aku. siorg bangun malam hampir setiap malam bukakkan pintu hati aku nak balik kepangkuan keluarga. berdosanya kita, kita yang membwa diri ni kononnya nak merajuk x ingat orang tua, diorg pulak sedih mengenang kita jauh di sana. lagi satu kuasa allah tu xsiapa mampu nak lawan. dan jangan lupa solat, selalu berdoa serta kalau nak hendak sesuatu, tanam niat yang ikhlas dalam diri. and baca al waqiah tu jgn lupa baca translation nya sekali ya.

ok alhamdulillah aku nak dengar lagu raya sekarang.

– ~

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *