Allah Sayang

Assalamualaikum and hello for non muslim readers. 1st of all aku minta maaf kalau ayat ayat penulisan ni tunggang langgang or tak berapa betul, as long as maksud ye sampai cukup la ye.

Sedikit intro pasal aku, A/S/L, 39, f, earth & bekerja. Cukup untuk itu. Macam kisah orang yang dah berkahwin juga rumah tangga aku pun selalu berantakan boleh dikatakan setiap tahun dan punca ye adalah sama iaitu curang & kaki perempuan. 

Until la tahun terakhir bergaduh besar iaitu 2022 dan ada benda yang dia cakap sehingga aku rasa macam ditampar dengan kata kata tu dan aku akhirnya sedar yang dia tak boleh diselamatkan atau diubah.

But until now status aku masih isteri orang cuma aku telah menjadi seorang yang lain dan aku dah berjaya ubah diri aku 360 darjah. Kalau dulu my priority adalah suami now suami telah menjadi orang terakhir penting selepas kucing-kucing aku. 

Tujuan aku berkongsi cerita di sini hanya untuk mencerita apa yang aku buat bila dapat lelaki macam ni. Flashback masa tahun 2022 tu memang aku menangis semahunya sebab semua pengorbanan aku dari segi lelah penat, duit just sia2 sahaja.

Dalam tempoh down aku tu, idk maybe sebab Allah sayang dan nak tegur aku, fyp socmed aku semua berkaitan dengan hati dan sayang Allah.

Ada 2 orang kata kata nasihat dari seorang ustaz dan ustazah yang aku pegang sampai hari ini iaitu, “Seseorang yang suka buat dosa akan berhenti dari berbuat sedemikian bila mana dia berkeinginan untuk berhenti, Cuma masanya saja kita tidak tahu mungkin setahun mgkin 10 tahun”

Dan yang kedua, “Jangan buat kerja Allah, tak perlu cek apa yang suami buat dibelakang isteri, jika Allah berkehendak untuk tidak menjadikan perkara yang tak baik tu tetap tidak akan jadi, adalah lebih baik berdoa yang baik2x smoga suami sentiasa di jalan yang benar”.

Dua ayat ni nampak simple tapi memberi maksud yang mendalam bagi aku untuk wake up dan menjadi “a new version of me”. 

Since that aku stop ambil tahu apa yang suami aku buat di belakang aku, no more check handphone, email and so on.

Aku jaga diri aku, amalkan doa2x untuk kebahagiaan rumah tangga contohnya Surah Taha (1-8), doa untuk tenangkan hati, doa murahkan rezeki, doa dipermudahkan urusan dan dihormati orang, doa untuk lembutkan hati suami, doa untuk makbulkan hajat dan aku baca semua doa2x tu tanpa gagal setiap pagi sebelum mula buat kerja.

Ada lebih kurang 20 doa pendek yang aku screenshot dan save dalam phone aku. Baca sampai suatu masa kita akan sampai ke tahap redha dan lebih hargai dan sayangi diri sendiri.

Baca sampai kita dah tak pikir bila Allah nak ubah suami kita. Baca sampai tahap kalau korang tak baca doa2x ni rasa macam hari tu tak lengkap and kosong dalam hati.

At the same time rajinkan bersedekah and baca Al quran setiap malam lepas maghrib. Percayalah bila kalian buat semua ni kalian akan rasa lain sangat. Semua urusan jadi mudah, rezeki kalian pun melimpah ruah dari segala sudut. 

Ouh lupa plak, korang mesti pelikkan kenapa aku tak letgo or trade in dia kan and still bersama dengan dia, jawapan ye adalah janji aku dengan mil untuk bentuk dia semula.

FYI satu family dia tahu dia ni memang menghidap penyakit “buaya darat” and sebab tu mak ye sentiasa tanya aku pasal perangai anak ye dr segi solat and so on.

Aku diajar dari kecil mengenai adab dan agama, so bila aku dah berjanji aku mesti tunaikan even aku dah tak ambil kisah pasal dia cuma apa yang aku buat sekarang ialah setiap kali lepas solat aku hanya berdoa yang aku kembalikan dia kepada Mu Ya ALLAH untuk diperbetulkan kerana aku dah sehabis daya dan tak mampu.

Now aku rasa lega sangat sebab aku dah tak terbeban dengan hal remeh ni lagi. Kalau tanya mengenai perasaan sayang tu maybe kena cari balik sebab aku pun tatau perasaan tu kat mana da. Huhu.. Tanggungjawab as isteri aku masih buat ya tanpa gagal cuma rasa tu je macam entah tak tahu pergi mana.

Sekarang aku hanya tengok dia yang semakin jatuh tapi sayang seribu kali sayang dia masih buta lagi tak nampak teguran demi teguran yang Allah bagi. Rezeki tak de keberkatan habis cepat tatau p mana, apa yang dia usahakan semua gagal.

Aku berada di depan dia tapi aku rasa aku jauh dari dia dan aku tak mampu nak hulur tangan untuk selamatkan dia. Bila kami berborak aku rasa borak dengan kawan tanpa rasa cinta. 

Tapi aku rasa lebih tenang sekarang bila aku memilih Allah dari dia, cukup la 10 tahun aku mengutamakan suami dalam hidup aku and akibat ya aku terus dapat anxiety and overthinking.

Thank to him sebab kalau dia tak buat perangai masa tahun 2022 tu mungkin sampai sekarang aku masih ditakuk tu lagi. Kalau dulu dia p memana aku mesti tanya, sekarang tidak lagi. Dia plak insecure bila aku keluar dan nak sentiasa bersama. 

So apa yang aku nak tekankan di sini jika isteri2 di sana yang tengah tempuh masalah suami macam aku ni, pilih la Allah dan letak Allah dalam hati kalian di tempat paling atas. Tak perlu cek handphone suami sebab akhirnya kalian jugak yang rasa insecure.

Doa sahaja dan keep berdoa pada Allah untuk lindungi suami kalian. Keep berdoa setiap masa sampai satu tahap kalian akan redha and korang akan rasa itu la ketenangan yang kalian nak.

Search di google semua doa tenangkan hati dan lembutkan hati suami dan amalkan bukan sehari bukan seminggu tapi sepanjang masa. Ingat jika Allah berkehendakkan sesuatu terjadi maka jadilah. Love yourself dan jadi independent woman. 

– Sis Khetom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ya, betul apa Pn katakan. Saya dah mengalaminya. Dah penat. Saya doavdan terus berdoa.

  2. Salam kak. Bagus la kak husnuzon selalu
    Tapi kena sayang diri jugak. Dia kaki perempuan, akak x takut ke tiber kena penyakit kelamin ke, kena HIV ke. Stigma tau benda ni. Ingat la maruah diri dan anak-anak. Allah kata kalau benda itu memudaratkan, jauhkanlah. Akak pun kata suami makin menjauh, makin jatuh, dah tak boleh buat apa. You have done your part InsyaAllah. Jangan seksa diri dan ego dengan nak buktikan akak mampu pegang janji ibu mertua untuk ubahkan anak dia. Dah 10 tahun lebih, jadi buluh dah, nak lentur celah mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *