Salam semua, saya penat sebenarnya dengan ujian macam-macam. Saya ni lahir normal tapi sebab kesilapan orang lain, saya jadi cacat tak boleh dengar normal.
Biasanya ya orang macam saya ni tak bersosial jadi bila saya mula berkenal dengan orang baru, saya tak dapat menilai orang baik atau jahat. Maksudnya senanglah orang nak pergunakan saya.
Saya tak dapat nak kenalkan diri saya dan tempoh bila saya jadi cacat tu biarlah jadi rahsia sebab saya tak nak orang cam siapa saya. Kalau yang boleh cam siapa saya, jangan cerita dekat orang lain ya.
Lepas habis spm, saya kenal dengan lelaki since dah dapat guna phone. Jadi kerap kali la saya couple putus couple putus.
Sebab kekurangan saya ni lelaki manalah ikhlas nak dengan saya. Lelaki anggap saya ni tempat buang kebosanan yang bila dia dah jumpa perempuan lain, dia tinggalkan saya.
Sebab sentiasa ditinggalkan (putus cinta) saya selalu persoalkan kenapa Tuhan uji saya macam ni. Kenapa saya harus kenal dengan lelaki tak berguna.
Btw saya dah kahwin dan ada anak. Hmm 2 lelaki terakhir yang saya couple sebelum kenal suami saya ni. Seorang kerja onshore, seorang lagi ustaz lulusan di institut negara arab.
Lelaki yang kerja onshore tu awalnya tersangat baik. Dia sanggup menerima kekurangan saya tapi dia suruh saya tunggu 5 tahun sebelum menghalalkan saya.
Dipendekkan cerita punca kami berpisah kerana perempuan lain. Perempuan itu berpurdah dan juga follower saya di instagram.
Satu hari ex abaikan saya dan saya macam syak ada tak kena, sampailah kantoi ex saya reply setiap ig story follower saya tu.
Saya kecewa lalu bawa diri, ex bahkan ajak saya berkawan selepas putus tapi saya tak nak. Sampai disitu saja kami contact.
Yang kedua lelaki bergelar ustaz. Mesti korang tak sangkakan kenapa ustaz boleh couple. Entahlah mungkin kerana kami masih muda baru berumur 20-an masa tu.
Sebenarnya dah bertahun2 saya kenal ustaz tu. Tapi selepas saya putus dengan ex onshore baru saya bercinta dengan ustaz. Tapi sekali lagi hubungan yang tak jadi.
Ibunya tak nak saya jadi isteri dia dan ibunya carikan calon isteri yang berlatarkan anak seorang ustaz dan pelajar alimah.
Saya faham lagipun saya bukan berlatarkan agama tak sesuai untuk masuk dalam keluarga mereka. Saya pun tak contact dah dia selepas dia berkahwin dengan calon pilihan ibunya.
Eh panjang pula cerita saya. Tapi sebab semua tu saya jadi hilang kepercayaan dekat Tuhan. Saya persoalkan kenapa Tuhan buat saya cacat dan saya diuji pula dengan lelaki tak ikhlas dan tak berniat halalkan saya.
Selama setahun itu saya tutup hati saya. Saya tak nak kenal lagi dengan mana2 lelaki tapi akhirnya hati saya terbuka untuk suami saya.
Permulaan hubungan kami sukar juga sebab saya di tahap tawar hati dan saya sendiri tak berminat nak nikah dengan suami saya.
Tapi saya kalah dengan pendirian ‘tawar hati’ sebab suami saya tunjukkan macam mana dia menghargai dan setia (sebelum keluar perangai dia yang sebenarnya).
Dan kami nikah selepas setahun lebih kenal hati budi. Ku sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sekali lagi saya diuji.
Lepas setengah tahun perkahwinan, suami suka naik tangan tiap kali bergaduh cuma masa ini belum curang lagi.
Tak lama kemudian, saya disahkan mengandung. Tapi kerana silap saya yang berdiam diri tak cerita ke famili dan tak lari (cerai) selepas dipukul.
Saya memilih bertahan dan beri peluang kepada suami. Malahnya semua itu tak dihargai.
Selepas saya melahirkan anak, berapa bulan selepas itu suami saya curang (suka isteri orang lain). Bagaimana remuknya hati saya, Tuhan dan saya saja yang tahu.
Saya salahkan diri kenapa bodoh sangat tak cerai masa kenal pukul sebelum ada anak tu. Sebab bila ada anak, saya nak cerai pun susah dah.
Suami bagi alasan kesian dekat anak. Habis tu tak kesian dekat saya ke?
Sampai sekarang saya trauma dan semua ini menghantui saya, saya masih kecewa saya tak boleh maafkan semua kesalahan suami.
– Inderloka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ai awk..moga awk & ank dlm keadaan sihat. Pernah x awk tanya kat suami kenapa die nk curang. Jgn awk rasa kekurangan diri menghalang awk untk dptkn kebahagiaan.
Adakah awk berkerja?. Atau memang suami yg menanggung semua perbelanjaaan. Jgn kita salahkan tuhan. Awk seorg yg baik & tuhan syg awk sebb tue tuhan uji awk. Tuhan nk awk berharap hanya pada DIA.
Xterlambat rasa kalau awk nk minta cerai yg penting awk kena KUAT. & pikir hanya awk yg boleh tolong DIRI awk. Bukan utk menghasut tapi utk ape teruskn hidup kalau suami tempat kite bergantung pun xhargai kita. Nk teruskn hidup besarkn anak memang susah tapi tue xmustahil.
Bila emosi kita x stabil kesannya ank yg kena. Kita akn termarah anak terpukul ank. Sy yakin awk bleh ubah hidup awk.