Bunga Dan Lalat

Assaluamualaikum, aku tak tahu dimana harus aku mengadu hal aku ini. Aku Bunga berumur akhir 20-an dan sudah bekerja.

Alhamdulillah, aku bahagia dengan hidup aku walaupun hanya kerja biasa tapi semuanya cukup untuk aku malah lebih dari cukup. Oh ya lupa, aku masih bujang dan belum berkahwin.

Aku tak tahu macam mana nak mulakan kisah silam aku. Masa aku berumur belasan tahun umur 17 tahun macam tu, disebabkan aku bosan masa zaman matrik aku. Aku scroll-scroll fb dan add satu akaun facebook yang aku namakan “Lalat”.

Lalat approve friend request aku dan kami mula rapat. Tapi aku tak pernah jujur dengan Lalat berkenan siapa diri aku yang sebenarnya. Sebab sebenarnya aku tak cantik dan gemuk dulu.

Tapi Lalat tak pernah push aku untuk jujur dengan diri aku dulu. Lama kelamaan aku selesa dengan Lalat even kami tak pernah jumpa pun.

Oh ya aku lupa nak bagitahu, masa tu aku masih belajar dekat matrik dan Lalat masa tu belajar degree dekat universiti awam dekat malaysia ni. Kami semakin rapat even aku tak pernah jujur pun dengan Lalat siapa aku, cuma Lalat je yang jujur semua life nya dengan aku.

Sound cliche kan, masa tu aku tak boleh jujur pasal siapa aku lagi sebab aku tak boleh terima kekurangan diri aku lagi. Aku takut aku kecewa kalau Lalat reject aku sebab aku tak cantik dan gemuk dulu.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Rupanya aku dan Lalat contact selama 6 tahun dari tahun 2014-2020.

Dan dalam tempoh 6 tahun tu, adalah kadang-kadang Lalat persoalkan diri aku. Kenapa video call aku tak pernah tunjuk muka aku dan macam macam lagi persoalan dari Lalat. Aku macam biasa lah bagi macam macam alasan. Dan kadang Lalat malas nak persoalkan lebih lebih.

Dalam tempoh 6 tahun tu, banyak juga la aku dan Lalat share berkenan life kami sampai aku dan Lalat masing masing tahu hal hal dalam family kami. Dan yang tak logiknya, even dalam tempoh 6 tahun tu kami tak pernah jumpa pun.

Tapi aku pernah nampak Lalat in real life face to face tapi aku tak berani tegur pun even pada masa tu kami masih rapat dan masih contact lagi, sedih kan sebab aku masih tak jujur dan tak boleh terima kekurangan diri aku masa tu.

Lalat macam biasalah dia cuma lalu macam tu je sebab Lalat pun tak kenal muka aku macam mana. Bukan sekali aku terjumpa Lalat. Banyak kali tapi aku macam biasa, hanya mampu pandang dia dari jauh.

Hati aku jangan cakap la sakit nya macam mana, orang yang kau rapat, sayang dan cinta selama bertahun tapi kau tak mampu nak tegur.

Jangan persoalkan kenapa aku tak jujur je konfem masalah settle aku dah bahagia sekarang ni. Orang yang tak cantik dan gemuk je yang faham perasaan aku macam mana.

Tahun tu juga Lalat paksa-paksa aku untuk jumpa masa dia outstation dekat tempat aku sampai satu tahap Lalat cakap “demi Allah, hari ini aku hanya anggap kau sebagai adik aku tidak lebih dari itu dan tiada apa-apa perasaan lagi”.

Masuk tahun ke 7 (2021) aku dan Lalat mula tak rapat sangat, mungkin Lalat dah bosan dengan aku yang tiada penghujung nya masih sama merahsiakan siapa diri aku. Aku sudah berkerja dan mula busy disebabkan terkejut dengan environment kerja.

Aku sudah start menjauhkan diri dari Lalat dan kenal seorang lelaki. Lelaki yang baru kenal ini pangkat lagi tinggi dari Lalat gred 41, berbanding Lalat masa tu gred 19. Aku padam niat ku untuk jujur dengan Lalat siapa diri aku dan kejar lelaki yang baru aku kenal ni.

Akhirnya aku dan Lalat lost contact tahun tu dan aku mulakan life baru aku dengan lelaki yang baru ini. Tapi aku dan yang baru ni cuma bertahan 5-6 bulan sahaja sebab yang baru ni lelaki gatal dan suka ambil kesempatan untuk benda benda yang tak sepatutnya.

Dan yang paling teruk lelaki baru ini hina aku, body shaming dan lain-lain. Aku ambil keputusan untuk cut off lelaki ni. Alhamdullilah, Allah masih selamatkan aku.

Dan masa ini aku terdetik teringatkan Lalat. Cuma aku abaikan perasaan aku sebab bagi aku, aku boleh dapatkan lelaki lain yang lebih baik sebab pada masa ni aku dalam fasa alam kerjaya. Aku yakin sangat aku ada jumpa lelaki lain.

Tahun 2022, aku start stalk Lalat semula dekat ig. Aku follow dia dekat ig dan dia approved. Tapi aku rasa dia tak kenal itu diri aku pun. Aku keep in touch view story dan post Lalat. Dan tahun tu, Lalat dapat promotion ke gred 41. Aku terkejut dan tumpang gembira untuk Lalat.

Aku nak wish dekat Lalat tapi macam mana aku nak wish promotion dia sedangkan dia tak kenal aku pun. Mesti dia hairan. Jadi aku ambil keputusan untuk abaikan je.

Tapi dalam hati aku masih ada perasaan untuk Lalat sebab dia lah lelaki pertama yang ada dengan aku dulu even antara kami cuma dalam alam maya.

Tahun 2023, aku masih belum move on dan masih stalk Lalat. Dan tahun ni ujian bagi aku, setiap masa dan setiap hari aku teringat akan Lalat. Yang tak masuk akal, Lalat masuk dalam mimpi aku. Aku tahu itu cuma mainan syaitan dan aku malas hiraukan.

Tapi peliknya berbulan2 aku hadap benda yang sama. Mimpi tu kerap masuk dalam tidur aku. Sampai aku penat nak hadap sebab setiap kali aku mimpi akan dia, aku mesti akan stalk ig dia.

Akhir tahun 2023, aku ambil keputusan untuk jujur dengan Lalat. Aku contact dia dekat imessage, aku tak bagitahu siapa diri aku tapi aku cakap aku tak boleh lupakan dia. Tujuan aku hanya nak lepaskan rindu dekat Lalat.

Guess what? Lalat tahu itu aku even aku tak bagitahu pun itu diri aku. Dan paling aku terkejut Lalat tahu aku yang dekat ig tu yang request follow dia. Aku masih menidakkan, aku masih tak mengaku itu diri aku.

Lalat masih paksa aku untuk mengaku dan akhirnya Lalat marah dan cakap dia tak lupa pun gambar yang aku pernah bagi dia waktu raya dulu even gambar tu aku tak tunjuk muka dan dia cakap gambar tu sama dengan gambar dekat ig aku.

Lalat juga cakap “past is past, dia dah lama tahu itu aku tapi dia malas nak tanya itu ini dah sebab benda dah berlalu”.

Aku tak reply apa apa sebab aku terkejut dan malu yang Lalat dah lama tahu siapa aku. Ya Allah apa bangang aku ni terlupa sendiri gambar yang pernah aku bagi kat dia.

Dulu aku hairan kenapa Lalat view story aku, rupanya Lalat dah tahu itu aku even aku belum confess pun. Aku hilangkan diri dari Lalat, buat macam takde apa apa berlaku ye. Macam tak bersalah.

Tahun 2024, diri aku masih sama. Masih ada Lalat dalam hati aku, takde yang berubah. Mimpi pun masih sama, kerap juga. Tapi aku dah lali. Tahun ni tiba-tiba aku nak improve diri aku. Bayangkan aku boleh lose weight 17kg dan dalam journey pakai braces.

Aku tak tahu kenapa aku boleh senekad itu, mungkin aku masih mengharapkan Lalat 100% untuk berbaik. Tapi aku tak mengharap lebih, aku tahu dia pun pasti dah jumpa perempuan pilihan hatinya.

Tipu kalau dia kata takde. Sebab aku pun dalam fasa yang sama, attend meeting dan training konfem kenal banyak orang. So mungkin adalah dia terpaut suka sama orang lain.

Aku? Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku, langsung takde. Atau mungkin aku yang taknak buka hati aku. Bila orang nak kenal aku, aku buat tak kisah, dry text dan ghosting orang.

Aku tahu hati aku masih untuk Lalat. Hanya kami berdua je tahu kenapa aku tak boleh lupakan dia. A

ku ada juga contact Lalat minggu lepas nak ajak dia jumpa lepak, Dia ada reply wasap aku. Tanya kenapa nak datang tempat dia, tanya aku datang dengan siapa dan dia bagitahu dia tak janji dapat jumpa sebab bila cuti dia balik kampung.

Mungkin dia tanya itu ini, nak jaga air muka aku dan tak nak sakitkan aku. Aku dapat rasa dia taknak buat aku rasa layanan buruk.

Aku taknak mengharap lebih lebih tapi tipula kalau aku dah move on. Lagi lagi dia sentiasa datang dalam mimpi aku seminggu 3-4 kali. Aku dah cuba move on dalam masa 10 tahun tapi masih gagal lagi sehingga hari ini.

Aku ambil keputusan yang aku tak akan jumpa Lalat even dia nak jumpa next week sebab bagi aku kenapa aku nak datang semula dalam hidup dia.

Aku rasa diri aku sangat jahat, datang dan pergi dalam hidup dia saat sekarang dia dah berjaya. Ibaratnya aku materialistik memandang harta benda.

Aku cuba stop post story dekat ig untuk aku senang move on supaya dia tak view story aku dan cuba busykan diri.

Aku yakin satu hari nanti aku pun dapat lupakan dia, mungkin bukan sekarang tapi satu hari nanti. Aku percaya setiap takdir Allah pada aku adalah terbaik walaupun itu menyedihkan diri aku sendiri. Mohon doakan aku.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Tu la, betapa pentingnya jujur dalam apa2 perhubungan, kalau selalu tknak berterus terang, cam ni la jadinya, klu betul dia pun masih single, awak pun single, confess ja terus, jgn simpan lama2 sebab makan dalam nanti, cuba, mana tau ada jodoh kan…

  2. Dari awal tak jujur, muka tak pernah nak tunjuk. Keep giving excuse takde confident. Yang laki patot dari awal cut off kalau jumpa camni. Buang masa jer.

  3. Gini la dik. Akak pun sama macam kisah awak, takde la cantik sangat, okay-okay gitu la. Akak layan dari sekolah menengah, sampai zaman uni. Zaman tu akak ada yahoo messenger (YM) je. Akak kat India, dia kat US dengan beza masa banyak giler tapi sanggup tunggu YM si dia and dia pun tunggu YM akak. Macam benda2 sweet-tunjuk salji, tunjuk musim luruh, eh layannn. Akak rasa memang betul dan yakinnn dia sukakan akak ni. So akak nekad, confess je, umur makin tua, kita plan ke arah baik kan. Aim akak, kalau dia terima alhamdulillah. Kalau tak, move on je. Tapi tu la, dia cakap dia anggap kita kawan je dik, kita je mikir lebih. So, move on je. Sakit, but there is someone good somewhere. I met my husband alhamdulillah. Selagi u main tarik tali, u letakkan harapan kat dia je, memang rugi la masa u tu dik. U actually takut kecewa, tu jer problem u. U kecewa kejapppp je kalau dia taknak. Tapi u rugi masa and rugi peluang.. Kilang telur kita precious, so chin up and mahalkan diri anda, bagi peluang kat orang lain kenal u. Okay bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *