ALLAH YANG SATU

Assalamualaikum.. Rasa terpanggil utk menulis. Agar sedikit perkongsian memanfaatkn buat semua dpd semua sudut..

Terlalu banyak aku lihat ketidakpuasan hati terhadap keluarga sendiri. Terasa. Merajuk. Dendam. Dimaki. Tidak dihargai dan sebagainye.

Ye.. Kita sebagai ank, perlu ade perasaan sedemikian. Barulah ade tanda punyai rasa kasih kpd keluarga. Mahu disayangi. Ok berbalik kpd td, tidak ade ujian terhadap hambaNye jika kita tiada kemampuan. Memang. Kita yg merasai. Kita yg disakiti tetapi jika tidak bertatih, manakan mahu berlari?

Aku jua punyai masalah keluarga yg tersendiri. Tetapi kemas tersimpan dihati apa jua yg terjadi dalam kalangan keluarga ku sendiri. Masalah yg terjadi boleh kita lihat daripada sudut yg baik. Tanya pd diri sendiri. Adakah Allah menguji kerana khilafku sendiri? Terlawan kata2 ibu mahupun ayah tanpa sedar? Terhentak pintu tatkala dimarahi? Ye.. Remeh tetapi itu yg sering terjadi. Permasalahan sebegini tidak perlu kita saling menyalahi tetapi salahkan diri sendiri. Mana silap kita?

Allah uji kerna mahu kita dekatkan diri kepadanya. Mahu mendengar rintihan kesedihan. Pada setiap permasalahan ade jalannya. Jika buntu marah sedih kecewa, Dia lah sebaik baik pendengar dan juga pengubah segalanya. Mohonlah rintihlah. Allah merindui kita. Benar :)

Manis indah. Pahit jua indah. Bergantung pd bagaimana kita mengatasinya. Allahuallam..

-Saya. Jua hambaNya.

– NURUL FARAH ASIKIN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. Bagusla ingtan mcmni..tq ye…jz mungkin kdg2 pahit tu terlalu pahit utk menjadi indah…saat tu sbr n iman diuji..kan..ape2 pon Allah sntse ade..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *