Assalamualaikum. Sempena bulan Syawal ni, aku nak tanya la, salah ke pegangan, fahaman dan amalan aku selama ni berhubung amalan menziarah dalam bulan Syawal?
Arwah ayah dan mak aku orang yang suka memuliakan tetamu. Kau orang bayangkan kalau kawan2 atau saudara mara yang jauh sikit dari rumah datang, tetamu belum duduk panas punggung, dah di keloinya anak2 suruh bancuh air.
Kalau anak2 tatang air dalam dulang kosong, mula la mak ayah aku datang dapur dan tanya takda apa2 ke nak dijamu tetamu? Biskut2 ke? Tepung ada tak? Kalau ada, buat cucuq. Haa.. Kalau ada kuah gulai semalam, disuruhnya anak-anak bawak ke depan. Bagi tetamu makan cucuq masin cicah kuah gulai semalam. Selalu memang licin. Haha..
Bila tetamu dah agak lama tak berganjak, mula la mak ayah aku keloi, “masak nasi oii… Masak la apa yang ada..” Kat depan ruang tamu kami anak-anak dah boleh dengar sesi tolak menolak. Tuan rumah suruh makan tengahari, tetamu tak nak. Tapi akhirnya tetamu mengalah. Menjamu la selera kat rumah kami.
Lepas makan tengahari bila tetamu dah nak beredar, mak ayah aku keloi lagi anak-anak kat dapur. “Bancuh kopi panas oii… Depa nak balik dah ni…” Maka kami pun bancuh la air kopi… Bila tetamu balik, lurus sekejap pinggang. Seronok memang seronok layan tetamu. Kalau hari biasa ok la kan sebab bukan selalu datang menjamu selera kat rumah kami.
Nak bagi tau, begini la cara mak dan arwah ayah aku layan tetamu yang datang rumah. Jiran sebelah rumah yang datang sekejap sekejap pun tetap disediakan secawan air. Kalau ada cekodok sejuk, jiran jenis tak kisah, memang itu yang jadi hidangan kalau dah takda apa-apa makanan.
Cuma yang aku peliknya, mak ayah aku pulak selalu pesan kat kami anak-anak, pi rumah orang jangan pi waktu nak makan tengahari. Nanti susahkan orang nak masak-masak kat kita. Sebelum sampai rumah yang nak dituju, mak ayah pesan nanti jumpa kedai makan, singgah makan kenyang2 dulu. Jangan pi rumah orang nak susahkan orang. Niat nak ziarah. Pi rumah orang tangan jangan kosong.
Dan lagi, ayah aku cukup pantang bila kami pergi rumah orang secara berkonvoi. Setakat 2 biji kereta ok la kata ayah aku. Tapi kalau dah sampai 3 ke 4 buah kereta sekali pergi, nanti menyusahkan tuan rumah. Pesanan ayah aku ni termasuk la pada hari raya.
Jadi selama berpuluh tahun kami hidup dengan pesanan ayah sampai dah jadi sebati. Sudahnya jarang kami sekeluarga dapat sama-sama rasa kemeriahan hari raya macam orang lain. Aku sendiri pun jadi malas nak pergi beraya kat rumah orang. Sudahnya aku jugak yang kadang-kadang macam nak patah pinggang melayan tetamu datang beraya tanpa henti.
Pesanan yang dah sebati dengan diri aku ni kadang2 buat aku terfikir wajar ke kita konvoi ramai2 sampai 3, 4 biji kereta ke rumah orang. Sebab aku takut kalau tindakan macam ni akan menyusahkan tuan rumah. Tuan rumah terkejar2 nak sedia juadah. Kalau tuan rumah sedia air je takut nanti ada pulak yang mengata kat belakang.
Aku pernah pergi dua buah kereta dengan kereta ke rumah sedara. Kelam kabut dibuatnya kat dapur. Sudahnya kami minta izin nak tolong bancuh air, potong ketupat. Biskut-biskut raya pun kami tak jamah sebab tengok bekas pun tak cukup sebab ada banyak group lain yang datang bertandang.
Dan aku nak tanya, betul ke yang datang beraya, datang bertandang bagai nak rak ni sebenarnya nak elak orang bertandang ke rumah dia orang? Bila dia orang balik rumah, ditutupnya rapat pintu tingkap sebab nanti penat nak layan tetamu datang. Ada ke yang niat macam ni?
Pagi ni aku call mak aku. Mak aku kata ada sedara nak datang dengan 2 buah kereta. Mak aku ok ja. Tapi aku pulak yang susah hati. Kesian mak aku sorang-sorang terkial nak masak kat dapur. Hrrrmm.. Harap-harap, ada la yang bantu mak aku kat dapur nanti…
Syawal ni memang sebulan nak kena sambut ke macam mana? Tak cukup ke kalau setakat raya pertama dan kedua ja. Kemudian tunggu je orang buat jemputan open house? Kalau korang macam mana pulak ye?
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit