Amat menyedihkan keadaan di Malaysia sekarang akhirat perbuatan kerajaaan……

Assalamualaikum.
kisahnya begini…
Pergi ke Speedmart hendak membeli susu nephew sebagai susu tambahan, tiba-tiba terdengar perbualan suami isteri di mana isterinya sedang mendukung anaknya berumur sekitar 5 bulan.

"Takperlah bang, kita ambil susu yg 350 gram ni jela, murah sikit, kalau beli yg 650 gram mahal,nanti duit gaji abang tak cukup"

Maka si suami membalas, "Tapi 350 gram cuma bertahan 2 minggu saja kan?"

"Takperlah bang, saya buat cair2, janji baby kenyang.Lagipun saya cubalah bagi susu badan saya campur dgn air, Insyaallah boleh tahan sebulan," balas isterinya dengan sayu.

Mengalir air mataku melihat keadaan mereka. Harga susu 350 gram cuma RM 30 manakala 650 gram ialah RM 45. Saya pun memberikan RM 15 kepada mereka dan menyuruh mereka membeli susu 650 gram itu. Akibatnya, saya pula tak cukup wang pada saat itu untuk membeli susu nephew, tapi tak mengapa, ATM mesin dekat sahaja dan saya pun mengeluarkan wang untuk membeli susu utk nephew.

Begitulah susahnya hidup rakyat Malaysia sedangkan kerajaan masih mencekik rakyat dengan mengenakan pelbagai jenis cukai seperti GST, menaikkan tambang komuter dan LRT, menaikkan tarif elektrik, menarik subsidi minyak, menaikkan harga tol, menaikkan harga gula dan minyak masak serta banyak lagi tekanan yg mereka buat pada rakyat. Bani Israel pun tidak sekejam ini pada rakyat dan bangsanya.

Kalau alasan untuk menambah pendapatan negara yg semakin miskin angkara korupsi kamu, lalu pelbagai cukai dikenakan dan subsidi ditarik, itu namanya kejam.

P/S: Nasib baik susu bayi tiada GST, tapi harga masih naik…huhuhuhu

– Encik Megat

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *