Ana pilih untuk tinggalkan dakwah dan tarbiah

Maaf akhi , setelah banyak yg berlaku selama ini . Akhirnya ana pilih untuk tinggalkan dakwah dan tarbiah .

Dlu ana memang seorang yang aktif , boleh dikatakan penggerak qowiy kt salah satu medan baru . Rancang program , gerakkan penggerak , tajmik mad'u baru , bawak usrah sendiri , bantu usrah orang lain , even time tu penggerak 4 ke 5 kerat je . Memang semangat membara , yakin akan ketulusan dan kesucian perjuangan ni . Naik turun hep berbincang , jumpa penggerak2 jemaah lain , kongsi idea , bertukar pendapat .

Memang level yang ana sendiri harini fikir balik , respek . Siang akademik perform , petang jumpa mad'u , malam usrah , pastu esok bincang program follow up , then pergi qiamullail . Esoknya ada test pagi pulak tu . Game , anime , couple semua memang terhindar jasmani dan rohani la .

Ana akui , 'jasa' dan kelebihan yang ana sendiri dapat daripada didikan tarbiah dulu . Dulu segan cakap depan orang ramai , sekarang dah boleh . Dulu tak reti bergaul dengan orang , sekarang dah pandai . Dulu tak pernah arrange program , sekarang dah berpengalaman . Dulu tak mahir uruskan masa , tapi sekarang dan semakin mantap . Ana sangat-sangat sedar bahawa semua ini terima kasih kepada TARBIAH yang mengajar ana ini semua , menjadikan ana orang yang lebih hebat berbanding sebelum ini .

Ana tau antum semua pun memang meletakkan harapan yang tinggi pada diri ana . Antum boleh nampak ana sangat berpotensi untuk menjadi pelapis baru di peringkat yang lebih tinggi .

Tapi akhi .

Tu dulu .

Kalau cerita pasal dulu-dulu gajah pun pernah terbang kan ? (Err maybe not huhu)

Skrg ana dah masuk ipt baru , banyak berbeza . Ana minta maaf sangat . Tapi ana dah tak berapa minat dengan dakwah dan tarbiah ni .

Bukan sebab ana taknak Islam tertegak di bumi ni . Bukan juga sebab ada gaduh dengan ikhwah . Turut bukan kerana tak yakin jemaah ni akan berkembang.. Tapi.. Semata-mata sebab ana rasa dunia ni terlalu indah untuk ditinggalkan .

Dengan kelebihan yang ana dh dapat daripada tarbiah ni , ana nampak dunia ni semakin terbentang luas untuk ana . Nak jadi popular , mudah . Tak perlu lagi terikat kepada maslahat jemaah . Nak buat duit , senang . Tak perlu lagi risau 'ikhlas tak ikhlas' bagai . Nak kenal orang , nak bersosial pun lagi senang . Takyah nak risau pasal ikhtilat la dan macam2 .

Kalau tak selama ni disebabkan ana ni macam 'icon' jemaah , selalu je nak sembang dengan perempuan jadi isu . Nak lepak dengan awek seksi2 , atau even laki la yang popular2 , jadi isu juga .

Ana nak bebas .

Kalau ana nak kuasa , nak jadi MPP ke apa , nak join persatuan apa ke , takyah serabut2 nak bincang dengan ikhwah .

Ana nak berkembang . Sendiri .

Ana minta maaf lagi akhi . Ana langsung takda perasaan tak puas hati dengan antum . Tarbiah yang ana kenal melalui antum of course 'kekangan' sana sini adalah untuk kebaikan . Ana faham sangat tu . Ikhtilat , populariti , komitmen tu semua , demi kebaikan , antum adakan batasan yang terkawal .

Ana sedar , bukannya tak boleh berkembang pun kalau ikut tarbiah . In fact perkembangan ana selama ni pun adalah thanks to tarbiah .

Tapi ana tak puas akhi . Ana nak lebih daripada ini .

Dunia ini terlalu indah untuk ana tinggalkan .

Semoga antum teruskan perjuangan menegakkan Islam ikhwah . Ana akan setiap support sekadar kemampuan dari jauh . Farewell .

Jazakumullahukhairan kathira.

Asif jiddan .

– Ex-akh

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

64 Comments

  1. Iman ada turun naik..
    Cuma jangan pergi lama sangat. Dan jangan pergi jauh sangat.

    Bila penat dan lelah, carilah ketenangan itu di mana. Jangan jadi org lain yg awak sendiri akan regret di kemudian hari. Be strong!

  2. Em ruginya. Begitu ramai yang menginginkan untuk sentiasa berada dalam keadaan yang orang sentiasa menegur dan menasihat kita. Serius cakap, rugi. Takpe la kalau kau nak stop dpd tarbiah dan dakwah tapi gunakanlah kelebihan yang ada untuk mengajak orang untuk berubah. Bukan kerana keterpaksaan dalam agama, tapi kerana sayangnya pada saudara sendiri. Allah. Gembiranya dapat kawan yang sentiasa menasihati tentang agama. dapatlah aku ubah mana yang perlu.

    Ruginya saudara.

  3. Kalau rasa nak berhenti, ingat kembali sebab apa enta mula dulu.
    Kalau lillah, enta tahu matlamat utama dakwah apa.
    Ingat kembali sirah,
    Betapa susah Nabi nak sampaikan dakwah,
    Memang iman turun naik tapi nasihat dan teguran tu perlu untuk stabilkan ia..
    Bukan berserah pada keadaan, kekuatan tu kita sendiri yang kene cari.

  4. Unlike what everyone says here, I think you should go and see the outside world. Minda kite ni jangan narrow minded sangat. Islam is not just about Usrah and Tarbiah and anta unta. Islam is in every details in life. Every good thing we do will be an Ibadah, if done with the right intention and right way. In sya Allah. Lagi-lagi la kamu ada basics in Islam. By all means, go outside and learn about life. Berdakwah lah with your actions to the common people out there. Go. Fly. And return with knowledge of this world so we all can benefit from you in the Hereafter.

  5. Jap kenapa kena kekang ape sume nak sembang dgn kwn2 even yg seksi meksi tu? Kalau dgn lelaki popular tu paham laa jugak sebab batas.

    Satu je pesan jangan terkeluar dari landasan hati.

  6. :) one advice, jangan rasa kosong sudah selepas tinggalkan dakwah, usrah sebab semua tu actually yang memantapkan akhi/ukhti untuk hidup dan survive dekat dunia ni. Janganlah totally tinggal, rugi (sy dh rasa)

  7. Aku sorang je ke yg baca ni dengan “double meaning”?

    Boleh jadi apa yg disampaikan ialah literal, tapi aku baca ni sebagai nasihat sarkastik yg mendalam.

    Mana2 pun, ada isi yg kita boleh ambil ibrah.

  8. Pada sudut pandangan ma’nawi, mungkin brader yg confess ni cuba sampaikan yg segelintir usrah dan tarbiah sekarang sudah menyimpang dari landasan tapi dia nisbahkan usrah kpd diri dia. Mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *