Anak Derhaka

Aku berusia 30-an, berkahwin. Itu saja pengenalan diri yang aku nak beritahu.

Nukilan ni aku dah beribu hari pusing2 dalam minda. Trauma yang sungguh pedih.

Ketika aku bercerita kepada suami aku tentang pengorbanan, sakit dan penatnya jadi seseorang ibu. Dengan nasihat “please appreciate your mum.”

Dia jawab,

“Cakap kat diri sendiri.”

“Sayang yang patut appreciate your mum more.”

Aku tergalak dan cakap;

“Kalau abang rasa abang buat baik dekat mak sebanyak 50 ribu kali. Percayalah aku dah buat baik kepada mak aku 18 juta kali.”

Seawal usia kanak kanak aku dah dikerah menolong ibu bapa cari duit.

Senyap2 menyelinap di gate tickets LRT untuk hantar makanan yang orang order ke bukit jalil sambil jinjing plastik makanan sebesar gabak ketika Komanwel 98.

Sebab ibu bapa aku tak nak bayar duit tiket, sebab nak jimat boleh untung lebih.

Seawal usia kanak-kanak bermain aku dah angkat papan angkat besi potong ayam tolong ibu bapa cari duit.

Ketika anak anak lelaki dirajakan. Aku di kerah kemas dapur, sidai baju anak lelaki, kemas rumah dan *tolong* ibu ayah cari duit.

Separuh mati.

Aku yang baru beberapa jam pulang daripada study perantauan dah dikerah oleh ibu;

“Pergi berniaga. Aku sakit kepala ni.”

Tanpa bertanya khabar. Tanpa menyantuni anak sendiri. Sedangkan setiap kali cuti aku berkobar kobar nak balik rumah.

Dan diantara seribu alasan nak balik cepat itu adalah sebab nak tolong ibu bapa berniaga.

Tapi.. yang aku sentiasa dapat adalah makian. Dan tiba waktunya mereka cakap;

“Kau anak derhaka, kau tak pernah tolong aku, kau anak tak boleh tumpang.”

Adakala aku melawan sebab kepala otak aku penat dicaci maki tatkala disalah erti, dan dikata sesuatu yang sesungguhnya jauh daripada apa yang aku korbankan.

Sedaya upaya aku belajar sungguh sungguh. Setiap kali balik daripada universiti aku bawak berbagai kejayaan untuk tatapan mak ayah. Tapi setiap kali itu aku tidak pernah disantuni.

Emosi aku berbolak balik. Esoknya selepas dimaki aku kembali berkobar-kobar buat baik terhadap parens sebab aku tahu apa itu maksud anak derhaka.

Aku tak nak jadi anak derhaka. Tapi kenapa sangat suka dera dan maki aku?? Aku selalu dijadikan ‘punch bag’.

Tapi aku tetap terus berbuat baik, sedayanya aku nak juga tawan hati ibu ayah sebab..

Sebab sesuatu yang aku perlu sangat dalam hidup aku adalah doa dan kata kata yang baik daripada ibu bapa aku sendiri.

Dan ke akhirnya.. Terus dihina dimaki dipandang rendah oleh seseorang yang aku gelar

IBU

Memori aku penuh dgn betapa bencinya aku pada dia. Aku berlapar setiap hari selepas balik dari sekolah. Tapi dia tak pernah alert.

Aku kurus, aku sangat kecil. Kekadang aku pengsan di sekolah. Doktor cakap kurang zat.

Tapi, saat sedara mara datang rumah disantuni penuh cermat. Makanan penuh meja, 10 lauk pun boleh buat.

Ibu bapa aku sanggup pergi sejauh 7-8 jam balik kampung sebab nak pergi agihkan zakat dan agihkan sedekah.

Aku tahu itu yang diorang kejarkan untuk buat sebab aku nampak riak muka penuh bangga bila orang kampung gelar mereka kaya.

Tapi anak sendiri berlapar…

Anak pakai baju buruk.

Baju raya tak pernah beli.

Kini.

Aku berhenti berbakti demi mental aku yang semakin koyak.

Nukilan,

– Anakmu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *