Anak gadis

Kalau kat kampung waktu-waktu subuh, bila azan berkumandang, mak sudah tentu bangun awal dan kejutkan abah dan anak-anak untuk solat subuh. Usai solat subuh, mak akan ke dapur untuk masak air dan siapkan sarapan. Paling tidak pun roti sapu planta. Setelah semuanya siap terhidang, maka bersarapanlah bersama. Selepas bersarapan, mak akan membasuh baju. Dikutipnya baju abah dan anak-anak untuk dibasuh. Kalau dulu mak basuh gunakan tangan. Habis jari-jemarinya kecut dek terendam dalam air dalam waktu yang lama. Sebelah tengaharinya, mak akan menyiapkan masakan untuk makan tengahari pula. Begitulah hari-harinya dilalui. Kasih sayang mak memang tiada tandingannya.

Dahulu anak-anak gadis hidup mereka tidak kosong, sarat dan berat dengan pengisian. Pagi-pagi perlu menanak nasi, kopek buah kelapa, kukur nyior dan perah santan. Itu sahaja sudah memakan masa. Sudah siap, baru potong ikan, buang isi perut, masak gulai, masak lemak atau goreng bercili.

Belum ada bibik-bibik yang diarah semua kerja. Dari memasak, membasuh baju, mengemas rumah, mop lantai dan sapu sampah semuanya kene buat sendiri. Kalau tidak dicop anak dara pemalas.

Persoalan yang sering bermain di benak fikiranku ketika ini adalah, Masih adakah anak gadis seperti mak di zaman ini? Ada lagikah anak gadis yang sanggup bangun pagi kejutkan aku solat subuh berjamaah bersama, buat sarapan untuk aku mengalas perut diwaktu pagi dan bertanggungjawab dengan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri menghadap susah dan senang bersamaku kelak. Fikiranku berasa ragu dengan didikan gadis-gadis sekarang. Menghiasi mukanya sampai satu jam dua jam, tetapi memasak gulai mereka tak tahu. Menguruskan baju, menggayakan pakaian, bersolek dan sebagainya mereka terlampau pintar, tetapi menyapu mereka tak mengerti. Perempuan sekarang bukan untuk dibawa hidup, tetapi untuk dibawa menonton.

– S P

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *