anak yang selalu kena marah

Assalamualaikum
siapa kat sini yang selalu kene marah dengan parents dia walaupun tu bukan salah dia?
aku xfaham kenapa parents aku dari kecik asyik marah aku walaupun tu bukan salah aku.
aku ingat bila dah besar dah ikut kehendak dia sambung diploma sambung degree dye dah xmarah2 lagi. tapi aku silap dia still lagi marah aku.

contoh macam baru2 ni masa abg aku punya wedding. aku ada class jumaat petang punya la aku bergegas nak balik sebab nak tengok abg aku nikah tp xsempat sebab aku smpai pkul 11 malam. masa kat terminal tu ayah aku smpai n then kereta penuh sebab dyeorg baru balik kenduri abg aku tu. nak dijadikan cerita adik aku badmood n xnak bagi aku masuk. xpe aku sabar lagi lepas tu dalam kereta aku cerita la macam2 kat parents aku lepas tu adik aku bising marah2 aku cakap aku ni memekak la ape la. start dari tu aku dah mula panas. lepas tu aku sabar lagi bila adik aku marah2 aku sampailah kat rumah dye kunci bilik xbagi aku masuk.
aku dah start panas sebab aku nk mandi solat dye buat macam tu lepas tu aku dah start marah2 sampai aku lempang dye n sampai aku menangis. time tu ayah aku marah aku sebab aku gaduh dengan adik aku. aku rasa semua xfaham aku. aku punyalah bekejar nak balik sampai xmakan tapi bila sampai rumah adik aku buat aku macam tu. okay tu cerita pertama.
cerita kedua bila nak buat majlis sambut menantu n aku sorg je yang kemas rumah sebab aku cuti mid term seminggu. padahal aku ada 2 org kakak n sorg adik perempuan.
punyalah penat aku kemas n jenis aku kemas pulak benda yang xpakai aku buang. tiba2 selang 2 3 hari mak aku datang terus marah aku cakap aku buang cek dye. padahal aku xtau pape pun pasal cek tu.
xpe aku sabar lagi kemuncak dia bila selesai majlis esok tu mak aku tuduh aku macam2 cakap aku cerita hal keluarga kat orang lain. aku dah start lawan mak aku, aku cakap ape yang aku cerita kat orang lain? padahal aku xrapat langsung dengan family belah mak aku. tapi mak aku xcakap dye terus masuk bilik.
lepas tu aku dah start balik u mak aki boleh whatsapp aku tanya pasal duit kenduri yang orang bagi. dia cakap duit tu xcukup dia marah aku sebab aku cuai. padahal aku dah suruh kira betul2 dia tetap jugak salahkan aku. lepas tu aku diam memang xbalas whatsapp dia kejap tu dia anta whatsapp cakap duit kenduri tu cukup.
sekarang ni aku memang xde hati langsung nak balik rumah dengan balik kampung menghadap muka nenek aku yang suka cerita hal aku. sebab dia aku kene marah dengan mak aku. sampai aku rasa aku nak lari jauh xnak balik rumah dah.

aku nak mintak tolong macam mana aku nak hadapi dengan family yang suka tuduh & marah aku ni. padahal rumah semua aku kemas, apa dia nak semua aku buat. tapi kenapa dia still marah aku lagi 😭😭😭😭😭

– insan kecewa

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Form Link

5 Comments

  1. Sabarlah dik. Kadang-kala bila orang tu dah tak ada baru dia akan sedar kehilangan tu. Hm, sama juga situasi jika awak yg hilang mereka. Kalau rasa dalam waktu terdekat ni tak boleh berjumpa/bercakap, elakkan dulu tp jgn lama-lama. Dah cool down balik la rumah k

  2. Cerita yang sama macam kawan aku , cuma dia lebih teruk lagi … papepon sis buat masa ni mengikut hemat saya sis asingkan diri utk masa terdekat , biar mereka jalani kehidupan mereka macamtu , sbb saya rsa mereka tak suka ada sis dgn mereka … cuma bila sis down macam ni , cari tempat boleh berkongsi , misalnya kawan baik yg betul2 sis percaya dan jgn putus berdoa pada tuhan , cerita kwn saya pun lebih kurang sis dan dia lebih teruk kena , cuma dia tak pernah putus berdoa dan berkongsi dgn kawan baik dia . Alhamdullilah semakin baik , sbb beban ni akn buat sis stress dan dia tak baik utk sis pun , moga terus tabah deh :)

  3. Kdg aku rse perasaan yg sama..tp mungkin ada juga kesilapan yg dtg dri aku tanpa aku sedar..walaupun aku habia check xde kesilapan tp pasti ade kesilapan yg aku x sedar.sabarlah..insyaAllah..semuanya akn baik2 shj..elakkan diri tp jgn terlalu lama..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *