Anak Yang Tak Disayangi

Sebenarnya aku ada banyak sebab kenapa aku tak suka balik rumah. Aku lebih suka duduk di rumah yang disewa dengan kawan-kawan aku.

Pengalaman aku sejak kecil bersama keluarga banyak menimbulkan sikap negatif daripada positif. Banyak kali aku terfikir, kenapa aku terpilih untuk dilahirkan? Bukan kemahuan aku untuk dilahirkan dalam dunia yang penuh dengan ‘scam’ ni.

Dan bukan pilihan aku juga untuk lahir dalam keluarga yang macam ni. Bukan nak kata aku tak bersyukur, aku tersangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang agak berada, walaupun kami tidaklah sekaya menteri-menteri dan ahli business diluar sana.

Tapi itulah, aku pun pelik kenapa aku tiada depression sedangkan ayat-ayat daripada umi aku sangatlah menusuk kalbu.

Aku kadang-kadang agak dengki dengan sesetengah kawan-kawan aku yang mempunyai parents yang sangat baik, tak bandingkan anak-anak dan sangat supportive terhadap anak mereka. Dan juga parents yang tak ‘bias’ terhadap anak mereka sendiri.

Aku mempunyai dua abang dan seorang kakak dan aku tahu, umi aku sangat menyayangi kakak aku berbanding kami yang lain. Tapi tak apa, aku fikir juga sekurang-kurangnya umi ada seorang anak yang boleh berbual dan happy bersama.

Walaupun aku juga anak perempuan, aku pelik kenapa sampai begitu sekali layanan umi aku terhadap aku. Entahlah, mungkin aku bukan anak yang di’planned’ oleh mereka?

Ataupun mereka tidak sangka aku seringkali menghampakan perasaan mereka? Entahlah.

“Adik masa 2 tahun dah pandai bercakap, umi ingatkan adik genius, tapi tak pun”.

“SPM 8A je pun dahla ada C, kenapalah anak-anak aku ni semua tak bijak’.

“Kenapalah anak-anak umi abah ni takde sorang pun ikut jejak kami, rajin belajar dapat result elok”.

“Eh kalau malas belajar result teruk, takdelah awak hidup boleh makan macam-macam, macam sekarang ni”.

“Umi dengan abah ingatkan nak bina empayar yang besar dengan anak-anak, tapi bila dapat anak-anak macamni, habis runtuh empayar umi abah”.

“Dulu umi gugur anak kembar sebelum kakak, kalau tak, takde dah adik sekarang ni”.

Aku tahu semua di atas seperti gurauan untuk mereka, tapi bukan bagi aku. Aku juga punya perasaan.

Disebabkan oleh family aku juga, aku jadi tidak berani untuk menyuarakan pendapat aku dalam pelbagai situasi, walhal ketika kecil aku seorang yang lantang. Banyak sikap aku berubah. Dulu aku seorang yang banyak bercakap, tapi sekarang aku lebih gemar pendam semuanya sendiri.

Bukanlah aku hendak mengatakan yang aku seorang sahaja yang berperangai begini, tapi aku sedih melihat perubahan aku yang.. entahlah. Aku terfikir, kenapa kasih sayang tu perlu berat sebelah? Bukan kehendak aku untuk dilahirkan, dan bukan pilihan aku untuk semua ni terjadi.

Andai kata betul lah aku ni anak kepada parents aku, kenapa mereka bertindak pilih kasih? Kalau tidak, kenapa mereka lahirkan aku? Kenapa mereka sedaya upaya selamatkan aku daripada peluang untuk aku mati ketika aku sekolah rendah dulu?

Apa-apa sajalah. Yang penting sekarang aku akan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh walaupun result aku takkan pernah membanggakan parents aku. Aku berazam suatu hari nanti aku akan bayar balik penat lelah mereka membesarkan aku.

Dan jika aku berpeluang untuk berkahwin dan ada anak pada masanya, inshaaAllah aku tidak akan berat sebelah terhadap anak-anak aku.

Untuk ibubapa yang ada membaca artikel saya yang tidak seberapa ini, saya minta janganlah sekali-kali terfikir untuk bersikap berat sebelah terhadap anak-anak anda.

Anda tidak tahu emosi dan tekanan yang mereka hadapi dan jangan sesekali berfikir seperti ‘dulu aku macamni, anak aku tak macamni pun sekarang’.

Tolonglah, apa guna anda melahirkan dan melayan sebegitu terhadap anak yang tidak bersalah?

Dan untuk sesiapa yang mengalami masalah seperti aku, tabahlah dan try to always be happy in every situation you are. Kalau anda tiada sesiapa untuk mengadu, Allah ada :)

– ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *