Anak yg sedih

Aku harap sgt admin approve lg2 bulan barakah ni,even cite tak menarik mane pun.. Aku perempuan, umur lewat 20-an dan da lama aku buat percubaan nk post kt sini..maaf kalau panjang cuma nak minta follower page ni utk doakan abah aku..

Hmm segan nak ckp,family aku ni kecil je tp yg lelaki susah sgt nak solat.. Mcm abg aku kene suruh baru buat, abah aku ape lg langsung tak nak buat..

Bln ramadhan yg mulia ni aku dan mak aku selalu doa semoga dibukakan hati dia utk solat,mengaji semua.. Ada rezeki inshaa Allah nak dia pergi haji,aku sedih sgt2.. Nak puasa pun susah kalau tak sahur,aku tegur je lepas tu aku diam terus masuk bilik sbb rasa nak nangis..

Hmm mungkin aku pun tak baik,tp aku cuba solat dan tutup aurat supaya aku tak tarik dia pergi neraka.. Dulu pun aku jahat,aku jahil tp sbb tsunami aku terus cuba utk solat penuh.. Even da solat pun tp masih lg bermaksiat,kdg rasa byk sgt dosa tp selalu cover dgn solat taubat..harap Allah terima.. Cuma bila da makin matang aku selalu minta Allah bg abah aku hidayah supaya dia buat ape Allah suruh,aku minta kami boleh kumpul sama2 kt syurga.. Mungkin aku masih byk dosa so Allah blm nk kabulkan doa aku,jd aku tggu bila tiba masanya..

Sedih,sedih sgt.. sampai kdg2 aku rasa dia ada saka sbb keluarga belah abah ni aku selalu dgr cite pelik2,bkn aku nak buruk sangka cuma aku fikir selalu benda2 mcm tu la buat org liat nk beribadah.. Kdg masa azan ke maghrib dia buat perangai pasang lagu kuat2,aku ni sabar je dlm hati aku ni baran jgk tp fikir abah kan.. Kalau nk pegi berubat utk org lain kt ustaz2 sanggup dia tak ikut bg mcm2 alasan,takut agknya..

Hmm aku selalu sedih fikir family aku yg lelaki ni,aku jeles tgk family org lain berjemaah.. Mungkin org tgk family aku senang bahagia tp setiap family ade ujian masing2 kn,aku redha dlm tak redha.. Mcm abg aku tu even da tak muda sgt tp aku harap sgt bila dia kawin nnt dia akan berubah inshaa Allah.. Dan aku harap sgt suami aku nnt boleh jd imam,ketua keluarga yg baik.. Bg aku selagi kita bernyawa masih tak terlambat lg utk bertaubat even org kata bila umur da lebih 40 tahun hati da hitam,nauzubillah.. Aku tak percaya sbb bg aku tu kuasa Allah

Ye sampai skrg aku masih sedih sbb dia baik.. Dia selalu bg apa aku nak,aku taknak dia meninggal dlm keadaan skrg.. Org lain mungkin tak kisah family dia tak solat janji dia solat tp aku tak nak,aku tamak aku nak semua family ke syurga sama2..

Tp serius aku mmg tak baik,Allah byk tutup aib aku tp tu bukan tiket aku nak biarkan family aku hanyut.. Kdg dia pegi solat jumaat pun mak aku da syukur da, perempuan dlm family ni la yg dia pernah ckp tonggang tonggeng solat doakan dia utk solat sama..

Da puas ajak semua,tp byk je alasan dia yg aku tak boleh terima sampai rasa nk nangis je sbb kdg dia buat benda tu main2.. Ceramah dgr tp hati mcm da takde rasa ape2,paling segan dtg umah org saje je duduk bila azan.. So aku makin lama makin segan nk pegi umah org dan tak pernah ajak kwn2 dtg tidur kt rumah..

Benda ni da lama da,dari aku belum belajar solat lg.. Kpd perempuan cari la lelaki yg solat,paling cikai penuh 5waktu sbb dia la jd contoh ikon dan hero anak2 kita.. Utk lelaki,solat ni tak susah sbb korang tak payah pakai telekung,tak payah susah fikir amek wudhuk kt tmpt yg open solat tepi jln pun boleh.. Aku sendiri pun usaha cukupkan 5 waktu,yg sunat2 tu nnt hati kita sendiri akan tergerak nak buat.. Percayalah

Aku harap mereka yg baca doakan abah sy,abg sy dan family sy..mungkin doa anda yg terpilih,semoga Allah berkati kita semua..amin3 terima kasih

– Miss F

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Dik, jangan berputus asa dengan rahmat Allah dan jangan tergesa-gesa. In shaa Allah akan ada masanya dorang tu akan berubah. Aku pun dari background yang macam tu juga, memang masa kita rasa manisnya iman tu kita tak sabar nak tengok dorang berubah jugak. Tapi hidayah Allah tu datang tanpa kita sangka jalannya. Teruskan berdoa, tunjuk contoh yang baik, gunakan ayat yang manis. Jangan sesekali menghukum dorang, sentiasa give hope.

    Semoga dorang tu dapat hidayah.

  2. Kita hidup di dunia ni, satu je.. Kita berubah untuk mereka.. Biar mereka melihat perubahan kita.. Supaya dapat terikut sikit demi sedikit.. Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengubah manusia.. Paksa macam mana jika diri tak nak, memang susah.. Apa yang boleh buat. Doa banyak2.. Tunjukan akhlak.. Benda itu pelahan2 menghakis benda yang buruk di hati. Ingat satu perkara.. Percaya pada Allah ye..

  3. Aamiin. Aku pun nak ada satu family bjemaah. Tnanti-nanti. Aku faham mcm mna rs dia. Bdoa utk ada pluang mcm fmily org lain. Kluarga muslim. I’Allah kita sma2 doa smoga ramadhan ni Allah makbulkan doa kita. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *