Andai Ini Akhirnya, Moga Aku Kuat!

Assalamualaikum semua, dipendekkan cerita aku nekad untuk berpisah dengan suami aku, tapi aku tak cukup kuat nak tempuh hari2 yang akan datang. Doakan moga urusan aku dipermudahkan.

Mulanya aku cuba pertahankan sebab sayangkan anak2 dan dia. Tapi aku penat, mental aku koyak. Aku kena tanggung segala benda.

Kadang makan pun catu. Anak sampai menangis kenapa ayah diorang abaikan mereka. Aku lost, cumanya suami aku bukan jenis kaki pukul & tinggi suara.

Tapi semenjak dua ni dia abaikan kami semua, bila ajak bincang jadi gaduh besar. Bila bergaduh tak peduli anak – anak.

Dan saat aku sarat, aku masih bekerja. Tapi bila sekarang aku minta dia handle bisnes aku dia acuh tak acuh.

Dan dia memang tak kisah kami makan ke tak dan itu la alasan dia nak create cakap aku tak pernah jaga pakai minum dia. Dasar tak bersyukur aku yang tanggung semua.

Dia cakap aku tak hargai dia, perempuan kalau susah dia sanggup hadap sama2 dengan suami dia. Susah tu aku boleh terima lagi, cuma aku tak nampak effort dia nak bahagiakan aku dan anak-anak. Ajak slow talk esok buat perangai.

Kerana lebihkan kawan-kawan sanggup abaikan aku dan anak-anak, tergamak dia balik sampai 2-3 pagi. Perghhh macam2 alasan dia twist.

Macam biasa aku malas bergaduh depan anak-anak.

Aku tak nak family aku tahu suami aku perangai teruk. Judi, perempuan (setakat yang aku tahu diorang tak pernah jumpa, baru jinak2 mesej di tiktok & wasap), ketum yang jenis bercampur2, menipu orang sana sini & putar belit.

Entah aku stress. Aku tak tahu cara macam mana nak bagitahu parents aku. Nanti anak-aku diejek ayah diorang perangai macam tu oleh sepupu-sepupu toksik.

Aku nekad nak pergi pejabat agama. Tapi mertua minta aku bagi peluang. Dulu bila aku mengadu anak diorang perangai macam ni, diorang kecam aku cakap aku bukak aib suami. Aku cuma mengadu dekat parents dia kot. Bukan aku reveal dekat facebook aku pun.

Sumpah aku lost nangis non stop. Aku buat umrah ajak suami, aku doa moga Allah tunjuk perangai sebenar dia tanpa aku bukak aib dia. & aku doa moga dia dapat hidayah & berubah.

Allah makbul kan doa aku, baru parents dia nampak perangai sebenar anak dia. Minta aku bagi peluang untuk diorang berubat anak dia.

Balik umrah, lepas 2 tahun macam2 perangai sebenar dia keluar. Aku cakap kalau nak berubat mak abah pergilah aku dah tawar hati. Ye mak mana nak tengok hidup anak dia seksa kan.

Dia jadi macam tu sebab pengaruh kawan2. Tapi aku tak sanggup ditipu dan diabaikan. Dia ego, terima kasih dan maaf tak pernah keluar dari mulut dia.

Dan aku mengaku, aku bukanlah isteri yang baik. Macam mana aku nak jadi baik, dari bab uruskan rumah, sara keluarga semua atas aku?

Mesti korang cakap kenapa aku stay & bertahan lagi kan? Sebab anak aku rapat dengan dia.

So semenjak dia makin menjadi-jadi lebihkan kawan-kawan, aku makin nekad dengan keputusan aku. Entah, aku penat. Susu pampers anak pun kadang aku nangis kalau takde. Dia?

Tanya pun tak pernah.

Dan masa aku bersalin anak ke 4, dia biarkan aku bersalin dekat rumah. Dia keluar pergi mana aku tak tahu. Ngam dia balik, dia sendiri sambut anak.

Aku menangis masa tu aku cakap, apa2 jadi aku tak kan maafkan. So, aku ingat dia berubah lepas kejadian tu. Sebab dia layan aku & anak-anak baik sekali.

Tapi semua tu palsu. Dia buat balik perangai keluar rumah cakap ada hal, aku warning jangan balik lambat. Hasil still sama. Pagi baru balik.

Bisnes aku acuh tak acuh handle. Biasala orang kalau dah ketagih, tak sangka macam tu sekali effect dia. Dan aku dah cakap dekat dia kalau pilih kawan hilang anak bini.

Dia cakap mmg teringin sangat ke nak jadi bujang? Aku rasa, aku yang patut cakap macam tu kan. Dan dia siap cakap kat aku angan menyesal. Ermm Memang dasar betul!

Dan sekarang aku cuba kumpul segala kekuatan untuk aku bagitahu family aku. Aku tak anak2 aku diejek.

Ye family aku agak toksik sikit. Tak semua, tapi yang sikit tula akan jadi kudis kat anak-anak aku nanti. Dan nak tengok muka mak aku pun aku tak sanggup, mak mana sanggup dengar anak dia menjanda.

Menangis mak, menangis la aku. Situ yang aku tak kuat. Anak-anak tanya nanti macam mana aku nak jawab. Sampai saat nie aku menangis, menangis sebab nak bagi jawapan terbaik buat anak-anak tu berat.

Tak kan aku nak buruk kan ayah diorang, aku tak nak diorang benci ayah diorang. So aku kena kuat. Tapi tulah kita perempuan penuh emosi.

Dann..aku dah bagi kata putus kat mertua aku, andai kata dah berubat. Dan dia tak ubah perangai dia balik. Tak berubah segala-gala nya.

Aku bagi tempoh 2 bulan je. Saat tu aku aku sendiri pergi pejabat agama. Terpulang family dia nak judge aku macam mana.

Aku sampai harinie sedih kenangkan makan minum anak aku kena catu sebab bisnes aku slow. Maybe Allah nak uji aku lagi.

Entah aku down, aku susah tak pe.. tapi bab makan minum anak, pampers susu kurang aku boleh nangis teruk. Maafkan mak anak-anak.

Doakan aku kuat, doakan moga Allah angkat segala kesedihan aku. Andai tiba masa tu, doakan aku tak keluarkan air mata depan dia.

Aku nak buktikan aku boleh hidup tanpa dia. Saat nie pun aku still menangis kenangkan kenapa anak-anak aku ada ayah perangai macam ni.

Dan kenapa ujian aku suami macam ni.

Aku sangat2 down korang. Down kadang tiba-tiba menangis. Doakan aku tau, Mana tahu doa-doa kalian Allah angkat. Terima kasih atas nasihat & komen-komen kalian, andai tiba saat tu. Aku akan kongsikan lagi. Doakan aku ya.

– Mel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *