Anime Bukan Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum para pembaca. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah SWT dan mendapat syafaat Rasulullah SAW.

Penulisan ini mengandungi bahasa rojak dan beberapa istilah yang mungkin agak asing bagi sebahagian pembaca.

Semua yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan pendapat peribadi aku sahaja. (Amaran: penulisan agak panjang. Feel free to stop in the middle)

“Apalah tengok kartun. Tu untuk budak budak je!”

“Apalah baca komik. Tu untuk budak-budak je!”

Ini adalah reaksi yang selalu aku terima apabila aku zahirkan minat aku terhadap anime, manga dan manhwa (komik dari Korea Selatan).

Mungkin ada di antara rakan otaku yang pernah terima reaksi yang sama.

Sebagai penonton dan pembaca anime dan manga dari pelbagai genre. ‘Remarks’ bahawa anime dan manga ni ‘untuk budak-budak je’ buatkan aku terfikir, “betulke anime ni untuk kanak-kanak je?”.

Dalam penulisan ini, aku akan memberikan beberapa sebab menurut pandangan aku yang menjadikan anime ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa.

Siapakah yang dimaksudkan oleh kanak-kanak?

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001.

Tapi dalam konteks penulisan ini, aku lebih suka merujuk kanak-kanak sebagai mereka yang belum mumayyiz. Yang tak tahu apa yang elok dan apa yang tak elok.

Dalam erti kata lain, baru setahun jagung mengenal dunia, kailnya pun baru sejengkal. Belum cukup panjang untuk menduga di lautan yang dalam.

Punca utama yang menjadikan anime ini sebagai bahan tontonan yang kurang sesuai untuk kanak-kanak ialah kerana isi kandungannya yang boleh memberi pengaruh negatif kepada sosial dan akidah.

Tontonan anime dengan pengawasan ibu bapa adalah sangat disarankan walaupun genre itu adalah ‘kodomo’ yang mana target mereka sememangnya kanak-kanak.

Umum mengetahui bahawa di akhir zaman ini telah berlaku pelbagai fitnah dan kemungkaran secara tersembunyi mahupun jelas di depan mata.

Jenayah seksual, sumbang mahram, zina, LGBT, pedofilia, pembunuhan dan sebagainya saban hari muncul di kaca televisyen, sosial media dan juga Internet.

Percaya atau tidak, apa yang aku senaraikan adalah antara genre yang diguna pakai di dalam anime. Sexual violence, incest, NTR, yaoi, yuri, loli/shota-con, chouko ero, violence adalah antara genre anime.

(warning: you can google some of the definition of these genres at your own risk). Genre tersebut adalah antara ‘hardcore’ dan sangat tidak disarankan kepada kanak-kanak.

Walaupun genre tersebut lebih tertumpu kepada orang dewasa, tetapi tidak mustahil kanak-kanak yang menonton anime mungkin pernah terserempak dengan genre tersebut.

Lagi pula, kanak-kanak juga bebas menggunakan gadget untuk melayari internet tanpa batas yang membolehkan akses kepada saluran anime seperti Netflix, Bilibili, Chrunchyroll, YouTube, AnimeLab dan beberapa website yang boleh ditonton secara haram.

Saluran tersebut tidak ditapis baik dari segi kandungan mahupun genre.

Aku pernah ternampak dekat telefon anak buah aku, satu anime yang dikategorikan sebagai ‘hentai’ lalu dekat recommended YouTube dia. Hentai itu adalah ‘anime p*rn’. Aku sangat terkejut.

Macam mana benda tu boleh lalu, kalau dia tak pernah buka mana-mana video yang berkaitan? Dan anak buah aku tu baru darjah enam. Nauzubillah.

‘Genre’ yang terdapat di dalam anime merangkumi demografi, genre utama dan subgenre. Demografi merujuk kepada kumpulan umur yang disasarkan sebagai penonton.

Genre utama pula adalah tema utama sesebuah anime. Manakala subgenre pula adalah unsur tambahan yang ada di dalam penceritaan.

Kebanyakan anime meng’hypersexualize’kan karakter perempuan dan menjadikan mereka sebagai objek pandangan mata nafsu karakter lelaki atau lebih sinonim dengan perkataan ‘fan services’ dikalangan otaku. ‘Verbal sexual harassment’ pun dikira sebagai biasa di dalam anime.

Shounen anime (remaja lelaki 10-15 tahun) adalah antara genre yang paling banyak ada ‘fan service’. (Dengan baju tak cukup kainnya, t**** besar, panty shots, scene tengah mandi…)

Antara shounen anime yang mungkin semua tahu: One Piece, Black Clover, Boku no Hero, Naruto, Bleach, Fullmetal Alchemist, Fairy Tail, Konosuba, and etcetera. Boleh dikatakan hampir semua itu mempunyai ‘fan service’.

Berapa banyak shounen anime yang zero ecchi yang kalian pernah tengok?

Selain daripada unsur seksual, ada juga di antara anime yang mengandungi unsur LGBT. Genre shounen ai (boys love), yaoi (gay), shoujo ai (girls love) and yuri (lesbo) adalah genre utama yang menjadikan LGBT sebagai tema utama cerita. Nauzubillah hi min zalik.

Aku ada terbaca perkongsian daripada saudari Hanis tentang “Cerita Kanak-kanak yang Mengandungi Unsur Lgbt”.

Sungguh tak sangka, banyak sebenarnya cerita yang disajikan kepada kanak-kanak mengandungi jarum halus dakyah geng rebel.

Anime juga adalah antara tambahan senarai yang mengandungi unsur tidak bermoral ini.

Beberapa contoh anime yang agak terkenal dikalangan peminat dan mempunya karakter berperilaku songsang ialah seperti:

Attack on Titan: watak Ymir sebagai lesbo dan minat dekat Crhista.

Hunter x Hunter : Alluka dan Kalluto adalah genderbender (lelaki menyerupai wanita)

Non non biyori : ni cerita Slice of Life bertemakan kanak-kanak, tapi ada unsur lesbianism. (Hotaru ada crush dengan Komari)

Dan beberapa anime yang aku pun tak ingat tajuk, mempunyai watak ‘diehard fujoshi’. Yang mana ‘fujoshi’ ni, dia akan ‘ship’ (‘kenen’kan antara dua watak yang dia suka) karakter lelaki dengan lelaki dan berimaginasi dengan ‘ship’ tu.

Kebanyakan doujin (self made manga/thin book) ditulis oleh ‘fujoshi’ dan mengandungi unsur-unsur liwat, musahaqah dan lucah.

Seterusnya, cerita anime banyak berkonsepkan ‘reincarnation’.

Tipikal plot cerita berkonsepkan isekai/tensei ini bermula dengan watak utama di langgar ‘Truck-kun’ ,

Berjumpa dengan tuhan, buat deal kemudian reincarnate dekat dunia baru berlatarbekangkan Middle Europe dengan kewujudan ‘sword and magic’ dan menjadi paling OP dekat tempat itu.

Konsep ‘reincarnation’ ini adalah bertentangan dengan Islam. Kita hanya hidup sekali di muka bumi ini. Kebangkitan semula hanyalah di Mahsyar kelak. Jadi, konsep ini bercanggah dengan pegangan kita sebagai Muslim.

Sebahagian anime berkonsepkan isekai tensei dan fantasy menggambarkan tuhan itu berjisim, ‘clumsy’, membuat kesilapan dan boleh dibunuh.

Contoh anime adalah seperti anime Konosuba, Kumo desu ka nani ka?, No Game no Life, Youjo Senki (salah satu favorite aku), etcetera adalah antara yang menggunakan konsep isekai tensei.

Konsep tuhan yang digambarkan ini sangat bercanggah dengan akidah Islam.

Di dalam surah al Ikhlas mengatakan bahawa Allah itu tunggal, dia tempat meminta segala sesuatu, dia tidak beranak dan diperanakkan, dan tidak ada sesuatu yang setara dengaNya.

Jika tuhan di dalam anime itu digambarkan sebagai lemah, berjisim, membuat kesilapan dan boleh dibunuh, maka mereka itu bukan tuhan.

Mereka adalah makhluk. Yang serba serbi lemah.

Sekiranya ideologi anime tentang tuhan dan reincarnation meresap ke dalam pemikiran anak-anak, perkara ini boleh menggugat akidah mereka.

‘Takkanlah tengok anime pun boleh terpesongkan akidah?’.

‘Takkan tak boleh fikir benda tu logik ke tak?’

Mungkin ada sebahagian pembaca yang berpendapat seperti di atas. (atau mungkin tak).

Harus diingat bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. Mereka belajar daripada apa yang mereka lihat tanpa mengambil kira logik atau tidak, baik atau buruk.

Kanak-kanak boleh digambarkan sebagai satu benih yang baru bertunas. Akarnya tidak cukup kuat mencengkam tanah. Pucuknya sangat lemah. Jika terdedah dengan sinaran mentari yang menyengat, daunnya boleh layu.

Jadi, ibubapa lah berperanan menjadi penapis sinaran sang suria supaya cahaya yang diterima mencukupi, menyiram akar dengan ilmu dan ajaran Islam supaya kuat mencengkam tanah.

Tunas ini perlu dijaga sebaiknya supaya mereka menjadi pokok yang tidak tumbang ditiup angin dan tidak hanyut dilambung badai.

Ketika itu, nak tengok anime genre apa pun boleh. Tapi bagusnya, elakkan tengok genre yang tak elok, sebab apa yang kita tengok tu akan dihisab di Mahsyar.

Akhirulkalam, aku tidak bertegas dengan pendirian bahawa anime tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Bahkan aku menyarankan mereka menonton kerana ada juga nilai-nilai murni yang disampaikan melalui anime, seperti tidak pernah menyerah, semangat setiakawan, kekeluargaan, hormat-menghormati tetangga dan sebagainya.

Tetapi, perlulah di bawah pengawasan ibu bapa supaya mereka dapat memberi tunjuk ajar apa yang baik atau tidak semasa menonton anime.

“The work of education is divided between the teacher and the environment.” ~ Maria Montessori

– Iqra’ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *