Another Saksi Kematian

Assalamualaikum

Harap admin dapat approve confession aku ni. Hihi..

Terasa nak share sikit pengalaman aku selama berpraktikal lepas baca confession najwa “saksi kematian”. Hahaha.. tak salah kann.. aku sangat yakin Najwa student MA (Medical Assistant / Penolong Pegawai Perubatan) Sem 5. sebabnya, berdasarkan apa yang diceritakan, aku pernah buat semua tu masa semester lepas. Hihi.. Aku student semester akhir dahh.. kurang lagi 2 bulan habis study. InshaAllah.. then, tunggu la beberapa bulan nak dipanggil kerja.

Actually, Jabatan kecemasan antara posting wajib untuk kami. Department paling bnyak pengalaman yang aku dapat. Pelbagai. Kalau tengok kerja kerja medical staff ni dari sudut kaca mata seorang masyarakat biasa, memang tak tergambar diorang boleh amalkan kehidupan macam tu. Bila sebelah kaki dah ada dalam platform ni, memang tak terjangka. Dari mana kekuatan tu datang aku pun tak taw. Kekuatan yang aku katakan dari segi mental dan fizikal. Mungkin niat kita tolong orang, Allah mudahkan, wallahua’lam.. sejak first day praktikal lagi aku perhati mcm Dr, MA, dengan nurse. Takde masa weyh diorang ni nak buat apa yang orang biasa suka buat. Agak terbatas. Tapi jalan ni yang kami pilih, hidup perlu diteruskan. Ikhlas dan redha itu perlu. Betul tak?

Berbalik pada apa yang aku nak cerita. Masa aku posting jabatan kecemasan hospital daerah semester lepas. Memang aku tak kan lupa sampai bila2. Masa tu lah air mata jantan aku menitik tanpa sedar. Semuanya bermula bila cuti tahun baru cina dah start. Ramai orang dah mula berpusu balik kampung. Korang pon taw jelah, mesti jalan jem kan. Berebut nak balik kampung. Cuti agak lama. Tapi aku tak balik rumah sebab rumah jauh. Haha. Hari tu aku shif petang. Tapi patient agak ramai tapi tak seramai hari hari biasa. still under control. Mungkin sebab diorang dah balik kampung kee.. aku pun tak tahu. Haha. Dah plan dengan member nak buat over time malam tu. Lepas habis kerja pukul 9 malam, balik kuarters, mandi, makan malam, datang balik ED (Emergency Department). Masa tu baru pukul 11.15 malam. Keadaan terkawal dan tenang. Katil zon merah (zon kritikal) semua kosong. Zon kuning (separa kritikal) ada sorang makcik sesak nafas. Abang MA tengah cucuk branula nak masuk air dan bagi ubat. Zon hijau ada beberapa orang menunggu giliran. Kes biasa macam demam, muntah, cirit.

Kalau korang nak taw, bila keadaan kat satu satu department dalam hospital tu agak lengang, terkawal, calm n cool.. nak kata boleh buat kerja sambil hati bernyanyi riang lah. Haha.. Tolong! Jangan lah tegur kata “ehh banyaknya katil kosong” atau “wahh tenang nye harini”. Mana mana staff yang dengar korang kata macam tu, confirm korang akan dapat renungan yang tajam dari diorang. Hahaha. Aku selalu kena. Ni bukan syirik, karut atau ape2 yang khurafat. Tapi betul wei! Mula mula aku pun tak percaya.. tapi Lepas je ada mulut cabui yang dok melepas kata gitu, kompem jonah. Suasana tenang boleh jadi perang dunia ketiga kalau korang tahu. Tak dapat nak cakap cemana. Mungkin kebetulan jgk. Haha.. aku tak taw lah, mngkin jugak laa disebabkan kawan aku ni kata “macam krik krik je malam ni. Jap lagi kita chaw la.” tak sampai setengah jam, Satu kes MVA masuk zon merah. Kes kemalangan kereta bertembung dengan kereta. Terus buat red allert (siren 3 kali).

Kes ni direspon oleh klinik kesihatan yang berhampiran dengan kwasan kemalangan. Mangsa kemalangan satu keluarga terdiri dari suami isteri dan seorang anak perempuan berumur lingkungan 2 tahun lebih. Si bapa mendukung si anak keluar dari ambulans dengan baju berlumuran darah dan muka bnyak serpihan halus seperti serbuk kaca. Kaca yang pecah dari cermin depan kereta mungkin. Si ibu pulak susah bernafas. tercungap cungap mencari nafas. Macam kelemasan pun ada. tapi masih cuba mengangkat kepala nak tengok keadaan anak. Ibu dan anak di tempatkan di zon merah, manakala si bapa di zon kuning. Si bapa nampak stabil tapi sangat jelas dia menghadapu trauma yang kuat bila dinilai dari air mukanya.

Keadaan si anak tadi sangat menyayat hati. Aku ni kalau patient budak kecik badan muka penuh darah, memang tak tahan. Bibir adik tu dah kebiruan. Pucat teramat. telinga dan hidung mengalami pendarahan. Darah meleleh keluar dari mulut. Rasanya tercampak keluar dari kereta masa kemalangan berlaku. Bila diperiksa, tiada nadi. Cardiac monitor juga menunjukkan asystole. Petanda bahawa jantung telah berhenti mengepam. Pertama kali aku buat cpr kat budak. Cpr kanak kanak berbeza dari cpr dewasa. Cpr kanak kanak guna satu tangan je. Sambil cpr tu aku cuba tahan sebak. Sentiasa pandang cardiac monitor dengan harapan jantung dia dapat berdegup dengan sendiri. Doktor mula masukkan ET Tiub untuk bantu si anak bernafas (intubate). Tekan dada disambung dan ubat perangsang jantung mengepam diberi. Tangan dah mula lenguh. Aku bagi hint. Cpr bertukar tangan. Nadi masih senyap. Sementara si ibu, doktor mendapati ada pengumpulan darah pada lapisan paru paru sebelah kanan (hemothorax). Mngkin kecederaan berlaku akibat hentakan kuat pada dashboard kereta. Wallahua’lam. Chest tube dipasang bagi pengaliran darah keluar dari paru paru. Bantuan oksigen diberi. Keadaan si ibu semakin stabil. Sedangkan si anak, jantung masih tidak dapat mengepam dengan sendirinya.

Selepas hampir 30 minit usaha menyelamatkan dilakukan, doktor mengarahkan kami untuk berhenti. Usaha kami terhenti di situ. Si anak sudah tiada. Waktu kematian dicatatkan. Aku mengekori doktor untuk menyampaikan berita tentang anak kepada si bapa. Lepas si bapa menerima berita anaknya sudah tiada, dia meminta untuk melihat jasad si anak. Kami turutkan. Si bapa peluk erat tubuh kecil si anak. Menangis meraung. “Maafkan ayah mia.. maafkan ayah..”. Air mata aku dah bergenang. Cepat cepat aku kesat. Nasib pakai mask. Boleh sorok muka. Khusyuk aku perhatikan perilaku si bapa. Selepas beberapa ketika, Si bapa nak berjumpa dengan isterinya. Dia memaklumkan anak kesayangan dah tiada. Si isteri nampak lebih tabah. Kami dekatkan katil si isteri dengan jasad si anak. Di usap lembut wajah si anak. Di lurut rambut panjang anak perempuannya. Allah.. tabah sungguh. Cuma terdengar desakan halus sedu dari mulut si ibu. Mungkin kerana sakit yang ditanggung, kesedihan tidak dapat diungkap dengan kata2. Aku terpaku. Tak terbayang suasana yang tadinya tenang, jadi muram dan sedih sekelip mata.

Wahai pemandu atau penunggang sekalian. Walau siapa pun anda, walau cekap mana sekali pun anda, ingat orang tersayang. Jangan ikut hati. Pandu cermat. Kita tak kan tahu apa yang jadi kemudian hari. Nyawa takde ganti. Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan bila tengok seseorang menjalani fasa sakaratul maut. Kita tak kan jangka. Cuma satu, buat baik selagi masih bernafas. Jangan menyesal bila nyawa kita atau nyawa orang tersayang sudah sampai di hujung kerongkong.

Kesinabungan cerita, aku dapat berita yang si isteri juga meninggal dunia beberapa hari lepas kejadian. Disebabkan komplikasi yang berlaku pada salur pernafasan. Doktor dan perawat dah cuba yang terbaik. Tapi Allah lebih sayangkan mereka. Pulanglah si ibu dan si anak bersama bertemu Rabbul Jalil.

Kalau ikutkan, memang hampir setiap hari tengok kes kes yang berakhir dengan kematian. Rasanya malaikat maut pun boleh cam muka kami yang selalu ada saat saat akhir pesakit yang dah kritikal. Susah nak dapat pengalaman yang macam ni. Kami lah orang yang terakhir dengar kata2 akhir si mati. Kami juga lah yang berusaha mengajar pesakit mengucap 2 kalimah syahadah di ambang kematian. Hati memang kena sadoo. Tapi kami juga manusia. Kadang kadang, walaupun hati kental, kalau dah kena maki, cerca macam takda perasaan, lebur jugak akhirnya. Walaupun banyak ragam pesakit atau relatives, aku perhatikan staf staf ni buat rileks je. Dalam hati kita tak tahu. Pernah sekali aku tengok sorang HO ni menangis kena tengking dengan relative. Macam takde maruah dibuatnya. Dia tolong keluarga kau kot. Tu kau balas? Memang tak malu jadi manusia.

Kalau korang nak taw lah kan, bende paling mudah nak buat para perawat ni happy, ucapan “Terima kasih”. Sangat lah bermakna. Rasa hilang segala penat bila pesakit atau ahli keluarga ucap terima kasih. Serius! Rasa berbunga je hati. Sengih sampai kesudah. Haha..

Lastly, Thanks to all Healthcare Provider! Kalian wira yang tidak didendang. InshaAllah.. biarlah nampak buruk di mata manusia yang tak tahu rasa bersyukur. Lebih baik viral dan terkenal dalam kalangan penduduk di langit. Aku tak dapat letakkan diri aku sepenuhnya dalam bidang ni. Masih student kan.. haha tapi, Yang penting kena ihklaskan diri. InshaAllah. Moga Allah redha.. :)

– -Ewan-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit