Baca Ini Jika Anda Pemegang Degree Mahupun Diploma

Baca Ini Jika Anda Pemegang Degree Mahupun Diploma

Assalamualaikum wbt Admin.

Semoga confession ini dapat memberi manfaat buat semua yang membaca. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman dan tips bagi adik-adik sekalian yang sudah bekerja mahupun sedang mencari kerja. Alhamdulillah ada sedikit pengalaman sebagai HR yang cukup membuka mata saya sendiri sebagai degree holder.

1) Nilai Resume Anda

Anda kena faham, resume is the first impression memandangkan HR tak dapat nilai from physical contact prior the interview invitation. Bayangkan perasaan HR nak tolong adik-adik kat luar sana untuk diterima masuk kerja, terima resume anda dengan all capital letters, gambar tak letak, pengalaman tak ada elaboration, tak tulis competency in technical (Spreadsheet, Software and etc) referees tak letak siap tulis provided upon request.

Forget about grammatical or spelling errors in the resume, kebiasaannya saya bagi second chance, proceed with filtering on other key points in the resume. Adik-adik nak cari kerja bersungguh-sungguh, so spend your time to carefully examine the content of your resume. HR bila terima application bukan 5-6 resume dik, beratus-ratus nak filter. Saya percaya HR pun memang nak bantu orang cari kerja, after all our motto is about PEOPLE, so please adik-adik, make sure resume tiptop okay? Tapi jangan pula tipu dalam resume, that one is intolerable.

2) Apa nak buat masa menganggur…

Saya selalu nasihatkan sesiapa yang menganggur, luangkan masa anda untuk polish your skills especially IT-based. Hatta kerja admin sekalipun kena pandai guna komputer. Kerja on-site mungkin tak payah la, tapi knowledge is gold, so ada knowledge ini ada potensi duduk di kerusi Management pula buat analysis. This one is a basic, a MUST.

– Microsoft Office

Kebanyakan candidate pandai guna Word, ianya lebih mudah tapi bila part Spreadsheet (Excel) and Powerpoint, tak berapa mahir. Basic functions yang anda boleh pelajari (Merge, Math Functions, Filter, Chart, Pivot, What-if, Insert, Conditional Formatting). Kenapa saya tekankan skill ini? Sometimes employer wants to train you for upper level, nak bagi job yang tinggi sikit tapi skills tidak menepati piawaian, ianya akan memberi kesan kepada productivity. Belajarlah, Youtube banyak dik. Tak perlu tunggu bayar kos training ribu-riban pun, you can learn from a click away.

– Soft Skills

Presentation skill, negotiation, multitasking, semua ini penting adik-adik. Buat kerja part-time sambil-sambil tunggu offer kerja tetap, engage dengan customers kat luar sana, insyaAllah sedikit sebanyak bantu untuk polish soft skills. I did that as well, tiap kali ada cuti panjang, buat part-time untuk engage dengan dunia luar. Kalau ada kekangan keluarga nak jaga ahli keluarga sakit, cuba buat online business, jadi dropshipper dulu ke kan. Setidaknya pengalaman itu mendewasakan.

3) When HR Calls You.

Ada certain company akan conduct phone interview. Kadang-kadang adik dapat call ini berkemungkinan masa adik tengah drive, tengah makan, tengah buat perkara-perkara lain misalnya. Remember, keep your phone etiquette on guard. Jangan pula adik kata, “Saya tengah ada hal la, nanti awak call balik boleh?”

Of course HR wouldn’t mind calling you back, but the way you put the sentences are as if siapa yang sedang mencari kerja sekarang ni? Saya cadangkan adik-adik cakap macam ini “I apologize for the inconvenience but I am in the middle of urgent errand but may I return the call within 10 minutes? Can I call back to this number, Sir?” Bila HR dengar, kami kebiasaannya akan reply bahawa kami akan call kembali within sekian sekian masa walaupun adik offer dulu. When you replied in such manner, HR is convinced on your commitment.

4) Hari Interview Pun Tiba…

Kebiasaannya sebelum hari interview HR akan terangkan dokumen apa yang perlu dibawa. Often the scenarios, candidates bawa original certificates rather than the copy of it. Which is not helping at all, sebab the purpose of the certificates copy adalah untuk HR validate kelayakan anda. Sebelum interview buat checklist, A copy of IC & driving license, Copy of Certificates, Resume, Presentation Point (if needed). Jangan bagi alasan traffic congested, tak sempat fotostat, lupa bawa dan sebagainya. This will totally affect panel’s first impression towards you.

Dalam bilik interview, masuk dan beri salam pada panel. Firm handshake is a plus point, it portrays enthusiasm regardless how nervous you are. Adik-adik jangan nervous masuk bilik interview, ianya akan memberi kesan kepada intonasi dan body language adik-adik. Selalu saya akan remind candidates not to be nervous, this will be rather a casual session for employer to know you in depth, and vice versa. Kalau you nervous, we won’t be able to judge in clarity as elements of nervousness will make you stuttering all the time.

5) Sebelum Anda Keluar Dari Bilik Interview

Dah penat interviewer tanya pasal awak, awak pula tanya kepada mereka, from employer’s perspective, apa harapan employer terhadap anda dan based on the interview session, areas apa lagi yang anda boleh pelajari in the mean time to fit the position. This will promote two-ways communication, anda boleh pulang dengan hati yang terbuka dan bersedia dengan masa depan by training yourself to equip such skills needed for the company. From this question, employer akan nampak adik-adik willing to learn, one credit for you.

6) Anda Diterima Atau Direject

Bila HR notify anda diterima masuk kerja, jangan lupa sujud syukur. Rezeki itu Allah yang beri, HR perantara saja. Tapi kalau kena reject, jangan give up pula. Jangan marah HR pula, jangan pergi kutuk company tersebut. Ingat, what we give, we get back. Anggaplah ianya rezeki orang lain dan apply kerja lain.

THE DONTS!

– Baik anda degree holder ke, diploma holder ke, SPM holder ke, baca ni… Hadam elok-elok… Menurut perspektif HR, tak salah anda nak gaji yang stabil, provided, you have the skills and the right attitude. Ada yang minta gaji tinggi, bila suruh buat simulasi simple task, jawab case-study, buat psychometric test, tak mampu buat. Kemudian bila kita ambil juga bekerja, mula datang lewat, balik on the dot, sharp tapi kerja banyak tertangguh. Bukan kami ini harapkan adik korbankan masa adik seluruhnya untuk kerja. But often it takes some part of your time to spend on driving the company towards its level best of productivity.

Kita ini manusia, ada tuntutan lain nak kena tunaikan. Tapi kecewa juga bila HR tengah interview, demand gaji punyalah tinggi, attitude ke laut, skills sekadar di sijil. Adik boleh kata adik belajar susah-susah jadi adik layak untuk gaji sebegitu, betul tu dik. Saya pun setuju, tapi untuk melayakkan diri adik-adik, you have to prove it. Masa interview ceritalah dekat panel pengalaman adik yang adik boleh relatekan dengan company tersebut.

HR pun manusia. Masa interview kita tanya kekangan candidate, tinggal dekat mana, ada personal issue ke tidak, pergi kerja naik apa, dan sebagainya. From there, salary yang adik request dalam form, HR akan leveragekan cost adik travel back and forth to the office, cost of living, komitmen adik kena tanggung mak ayah sakit ke kan, and your potential to get further increment in the future. Semua kita ambil kira, bukan main tolak saja your demand salary tu.

Cari kerja ini kena sabar adik-adik. Jangan condemn company demand experienced people saja, sebab memang hakikatnya akak boleh akui, salahnya lebih banyak datang dari diri kita sendiri. Experience tidak bererti in the industry sahaja, experience is very subjective. Yang penting adik-adik independent. Jangan tunggu disuap semuanya.

Ingat, sambil menganggur, polish skills. Jangan asyik lepak tak tentu hala, kemudian complain industry sekarang susah terima pekerja. Rezeki adik-adik Allah dah tulis dekat mana, now it is the time for you to take the first step and continue walking. Don’t give up. Fresh grads especially, manage your time and kewangan anda. Jangan hidup bermewah sangat knowing such economic downturn. Kurangkan lepak cafe hipster, waktu anda sangat bernilai!

Akak doakan adik-adik dapat mencari kerja yang diredhai Allah, semoga adik-adik terus kuat menghadapi dunia yang mencabar.

Yakin, rezeki milik Allah, maka berusahalah ke arahnya :)

Sekian, nukilan kakak HR yang cuba bantu semua orang.

– – Kakak HR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit