assalamualaikum kepada semua.
pertama sekali bila korang baca title confession aku ni. ade kisahya tersendiri.
aku ni seorang lelaki bekas pelajar di sebuah tahfiz di Malaysia. Alhamdulillah aku pun dah habis hafaz 30 juz al-quran. sekarang aku belajar di sebuah U di malaysia. aku bukan pelajar UIA tapi bila tengok comment dari confession kat sini. korang memang bagi support. sbb tu aku nk buat confession kat sini
back to the topic. semasa aku di ipts. aku ade seorang kawan perempuan rapat. umur kami pun sama.
tapi
si dia tu aku tengok dari segi pemakaian taklah boleh dikategorikan sebagai 'syariah compliance sangat'. tudung pakai tapi singkat jugak. pergaulan dia dengan lelaki pun kurang ikhtilat.
aku mula berkawan rapat dengan si dia sebab si dia banyak cerita masalah kat aku. dan aku ni boleh dikatakan seorang pendengar yang baik jugak la. sepanjang kami berkawan aku tak ade pun simpan perasaan ape2 kat si dia.
setelah habis belajar di sana. tiba datang perasaan suka akan si dia. memang aku tak nafikan bende ni adalah fitrah.
mase di kampus dulu. kerap jugak kami wasap. tapi selepas habis belajar memang jarang kami wassap. tapi still aku ade simpan perasaan kat dia. gerak hati aku pun kuat mengatakan yang si dia pun ade simpan perasaan kat aku.tapi aku tak pernah confess dekat si dia.
kalau ikutkan hati aku memang dah lama aku confess. tapi aku bukan lelaki camtu. aku paham situasi aku sekarang. aku tak nk becouple sbb aku pikir kewajiban aku banyak lagi yang belum aku tunaikan. nak2 dari segi financial pun kene la kukuh jugak.
sampai la satu masa ni sampai aku rasa stress gila2. aku rasa aku nak confess kat dia terus. sebab yelah aku takut terlepas pulak si dia dekat orang lain. tapi selepas aku cite keadaan aku kat sahabat aku, dia nasihat untuk sabar dahulu sebab sekarang bukan lah masa yang sesuai. aku dengar nasihat sahabat aku. tapi dalam masa sama aku rasa stress ,depress jugak.
tak pernah seumur hidup aku boleh dikatakan aku meroyan dalam hati aku ni. hebat sungguh makhluk bernama wanita ni. hahahaha
so guys,
sampai satu tahap aku rasa aku kene move on. sebab aku rasa aku nak utamakan AL QURAN aku. aku nak jaga al quran aku betul2 sampai bila2. dan bende ni membuatkan aku rasa lagi stress dan bersalah sebab aku rasa aku kene lepaskan perempuan yang aku suka dalam diam2 ni.
kenapa aku rasa bersalah? sebab aku ade niat untuk guide si dia untuk jadi wanita yang lebih baik. dan niat aku untuk meneruskan hubungan kami ke tahap yang lebih serius.
tapi aku pikir. aku nak utamakan alquran aku. aku nak tinggalkan si dia tapi aku rasa sangat2 bersalah. kadang2 pun aku terpikir mungkin dia berhak dapat lelaki yang lebih baik dari aku.
aku perlukan opinion korang. perlu ke aku teruskan niat aku untuk terus bersama si Dia atau tinggalkan sahaja.
sekian daripada saya
terima kasih sudi mendengar dan comment.
– EAP
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->