Antara Taat dan Tegas: Aku Tersepit

Assalamualaikum, saya menulis ini, selepas membaca confession, ‘Antara Taat dan Tegas, Aku Pilih Melindungi’ (https://iiumc.com/antara-taat-dan-tegas-2/).

Saya cerita serba sedikit latar belakang saya. Saya perempuan dan telah berkahwin. Saya dari keluarga yang boleh dikatakan mengamalkan agama islam.

Sebelum berkahwin selalu mengikut ayah ke surau pada waktu subuh.. malam khamis akan ke surau. Walaupun ilmu agama saya tidaklah mendalam tapi masih lagi beramal dengan fardu ain.

Saya dah kenal dengan suami lebih dari 5 tahun sebelum berkahwin. Tetapi selepas berkahwin baru saya kenal siapa keluarga suami saya.

Ayah mentua telah lama meninggal, cuma tinggal mak mentua, dan adik-adiknya. Suami saya anak sulung dan kerja jauh.

Hanya sekali sekala dia pulang ke rumah. Dan saya tahu tanggungjawab berada dibahunya untuk mengajar dan membentuk keluarga.

Keluarga suami, mereka tidaklah memakai pakaian yang terdedah. Cuma mereka tidak solat. Tu pun saya baru tahu sebab saya yang perasan.

Jadi untuk mukadimah saya tanya suami, “abang, bila ‘last’ mak suruh abang solat?” Suami diam seribu bahasa.

“Mak pernah suruh abang solat?” Jawapan nya ringkas “pernah.”.

Sunyi seketika dan kemudian dia sambung, “Abang nak mintak tolong sayang ajar mak solat boleh?” Telan air liur sekejap. “Boleh..”

Tanggungjawab telah beralih ke bahu saya. Saya pun membuat persediaan untuk menjadi guru fardu ain kononnya. Hihi.. tapi saya takut juga.

Biasa saya mengajar kanak-kanak. Pelbagai persoalan yang bermain difikiran, mak nak terima ke? Macam mana nak cakap supaya mak tak terasa hati? Nak ajar yang mana dulu? Mak tak boleh berdiri lama, membaca, menulis dll

Akhirnya saya ready nak beritahu mak, ni berita gembira buat saya sebab dah beberapa kali fikir dan cari cara untuk beritahu mak.

Akhirnya saya pilih beritahu dalam kereta kerana tiada orang lain kecuali kami berdua. “Mak boleh mengaji?” Mak diam.. haaa sudah..

“Mak.. sebenarnya abang mintak tolong siti untuk ajar mak sembahyang.. boleh siti ajar mak?”

Mak mula bersuara “mak cik eton boleh ajar..” hm.. telan air liur.. “takpe makcik eton boleh ajar..” itu la jawapan nya..

Tetapi sampai ke hari ini, tiada perubahan pun. Mak cik eton pun saya tak nampak solat. Kami berjiran. Saya tahu keluarganya pun tak solat.. sedihnya saya. Tapi siapa saya untuk judge keluarganya.

Mak mentua saya baik, baik sangat. Malah bila kami tersekat di rumah mentua dari bulan mac sehingga kini, mak mentua masih baik.

Cuma bila tinggal di sini, saya kurang selesa. Pelbagai lagi yang saya tahu. Yang saya nampak sembahyang dan puasa cumalah suami adik ipar saya.

Bukan itu sahaja, saya juga pernah ternampak mak mentua saya curi-curi ambil buah (tak ditimbang sekali) selepas ditimbang dan dimasukkan ke dalam plastik. Allah.. kecewanya saya. Kami bukan keluarga miskin. Malah gaji suami Alhamdulillah cukup.

Sejak dari itu saya tak makan buah yang mak beli.. saya cuba nak bayar semula ke kedai tersebut lain hari tapi tutup. Dan tidak menjual buah. Saya memang suka makan buah buahan. Sekarang dah jarang. ‘Maafkan siti mak. Siti bukan tak suka buah.

Tapi siti tak nak makan buah curi.’ Saya dah suarakan pada suami. Tapi suami saya cakap, “orang tu memang bagi tester..” tapi pada saya tester bukan lah untuk di ambil segenggam semasa penjual tak nampak dan dimasukkan ke dalam plastik.

Kepercayaan pada perubatan ‘mistik’.. saya pun tak tahu nak percaya atau tak. Ya saya background medical. So, dalam kepala saya cuma kalau sakit jumpa doktor. Saya memang kadang-kadang boleh ‘nampak’.

Tapi untuk perubatan jumpa atok-atok ni entah lah.. lebih2 die bagi kayu la, air renjis, daun.. tapi satu hari tu saya nak jugak ikut ke rumah orang yang mengubat tu untuk percaya atau tak.. huhu.. entah la..

Sepanjang pengubatan, saya tak nampak benda pelik. Alhamdulillah.. kalau tak, saya pun takut.. waktu nak ikut acah-acah berani, pujuk suami nak ikut.. hehe..

‘Hal keluarga suami isteri tak boleh masuk campur.’ Itu yang kawan saya pernah bagitahu apa yang pejabat agama beritahu dia apabila dia cerita dia pernah ke pejabat agama untuk mendengar nasihat. Jadi saya pegang kata- kata tu.

Cuma sekarang saya tidak suka keluar bersama keluarga besar suami saya, sebab mereka tidak akan berhenti solat, dan saya yang rasa janggal bila saya yang nak solat.

Saya suka keluar dengan mak sahaja sebab saya boleh pergi solat bila2. Untuk tegur mak mengenai buah yang diambil pn saya belum berani nak tegur mak..

Dan rasa berat tanggungjawab saya bila suami mintak tolong saya “kalau abang takda nanti, abang mintak tolong sayang jaga keluarga abang ya..” baru kahwin dia sudah cerita pasal mati.. adoii.. maka menangislah kami berdua hari tu..

Pesan saya, isteri jangan masuk campur hal keluarga suami jika tidak diminta.. doa je baik-baik.. doakan keluarga suami saya berubah ya..

Cita-cita saya nak ke tanah suci dengan suami dan ’parents’ kami.. harap dimakbulkan.. Eh jangan lupa doakan kami dimurahkan rezeki, dapat rezeki anak yang comel-comel dan sihat ya.. Aamiin..

– Menantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit