Memilih Itu Salah Ke?

Assalamualaikum dan hai.. Aku menulis ni, sebab hari sabtu pkpb yang lapang, aku buat aktiviti membaca hal2 psikologi hubungan, saja nak audit diri.

Memandangkan usia dah 30 an, dan perempuan pula, aku sebenarnya agak risau juga bila belum bertemu jodoh.

Aku hendak berkahwin untuk membina keluarga yang sihat fizikal, mental, emosi dan penuh kasih sayang. Bila dah usia bertambah ni, aku risau lah, larat ke nak menjaga keperluan anak dalam usia semakin tua.

Banyak jurnal psikologi yang mengatakan jodoh adalah cerminan diri kita, dari apa yang kita percaya pada masa kita membesar, tentang ‘bagaimana pasangan yang baik’. Dan ini berkait rapat dengan situasi hidup kita pada masa kecil, sama ada baik atau abusive

1. Kita akan menjadi/ mendapat pasangan seperti ibu atau bapa kita.

2. Kita menjadi punisher kepada pasangan kita sebagai punishmen terhadap kesalahan karakter ibu atau bapa kita.

Kebanyakan orang yang takut untuk masuk ke perhubungan, disebabkan masalah keluarga pada masa kecil. Boleh jadi keluarga porak peranda, boleh jadi ibu atau bapa yang tidak memberi kasih sayang yang cukup dan lain lain lagi.

Jadi apa masalah aku?

Aku sebenarnya datang dari keluarga, yang aku rasa, sempurna kasih sayang, bagus didikan agama. Alhamdulillah.

Babah ada lah bapa dan suami yang penyayang. Boleh nampak kasih sayang babah pada bonda, dan babah make it point, untuk anak lelaki, this how you treat your wife, untuk anak perempuan, you deserve this kind of love from your husband.

Dan bonda, bila disayangi begitu, she gave more love. Anak anak dilayan adil. Siapa yang rajin, dapat reward lebih.

Cuma aku agak ada perangai suka achieve perfect score in everything i did. My father kinda like that ambitious trait in me and very supportive of it. Which this lead me to be confident to whatever i do. Kecuali, perhubungan romantik.

Jadi sepanjang aku hidup, aku nekad, belajar dari babah dan bonda punya parenting and love style, dan provide my children with that kind of lifestyle. Sederhana tapi penuh kasih sayang.

Disiplin masa yang bagus, belajar Al quran, solat,ibadah, tauhid, terapkan akhlak yang bagus, bina keyakinan diri yang tinggi dan sifat empati dalam diri anak2. Makanan yang baik, aktiviti kekeluargaan yang erat dan bebas asap rokok (i know, i know, this is a privilege).

Dan apa yang aku belajar dari babah dan bonda, dari atuk2 dan nenek2, semua ini tidak boleh dibuat oleh seorang sahaja. Kedua dua ibu dan ayah kena bekerjasama untuk membina karakter yang baik dalam diri anak anak.

Jadi, mana nak cari ‘bapa’ untuk anak anak aku ini? Aku juga perlukan ‘bapa mereka’ yang menyayangi aku juga.

Sampai umur begini, aku tak pernah ada hubungan romantik, sebab aku sibuk dengan aktiviti menjadikan diri lebih baik, fokus kepada kerjaya dan buat aset.

Sebab aku fikir aku tak nak bazirkan emosi dan tenaga aku untuk perkara yang sia sia dan tak ke mana pun akhirnya.

Aku dah cuba kenal melalui kawan kawan, kenal melalui online, sudahnya tak ke mana sebab back in my mind, i was thinking, this is not right.

Aku ini orang yang agak menjaga pergaulan dengan lelaki. Kalau tiada perkara penting, biasanya aku tak berapa suka untuk berborak kosong.

Dan, aku bukanlah perempuan yang terlalu cantik atau terlalu baik/ lemah lembut untuk ada seorang lelaki yang sanggup kejar/ tunggu. Memang biasa biasa sahaja.

Jadi sudahnya, aku ambil masa berehat. Banyakkan membaca parenting books. Aku masih ada adik2 lagi untuk aku tolong bina karakter dan empati mereka. Belajar memahami bonda dan pengorbanan dia menjadi ibu kepada kami.

Jadi, pembaca sekalian. Bagaimana orang macam aku untuk mencari ‘bapa kepada bakal anak anak aku’.

Kalau ada tips, silalah berkongsi dari pengalaman sendiri. Rasanya ramai juga perempuan seperti aku. Terima kasih

– Logical single lady (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *