Antara Viral Dan Privacy

Saya Anne (bukan nama sebenar) dan saya menetap di Abu Dhabi, UAE.

Tulisan saya bukanlah confession tapi lebih kepada sedikit nasihat kepada rakyat Malaysia sama ada yang berada dalam atau luar negara untuk lebih peka kepada peraturan yang ditetapkan oleh negara yang anda kunjungi,

Walaupun sekadar transit, tentang menangkap gambar.

Baru-baru ini, suggested post facebook saya telah mencadang post seorang rakyat Malaysia yang kagum dengan kanak-kanak yang turut travel menaiki kapal terbang seorang diri.

Ya, perkara ini normal di negara-negara lain, mungkin di Malaysia juga normal. Cuma ibu bapa kanak-kanak ini tidak viralkan aktiviti tersebut atas faktor privacy dan keselamatan anak mereka.

Jadi saya berasa terkilan apabila wajah kanak-kanak tersebut terpapar walaupun sekadar background selfie.

Tidak pernah terfikirkah yang kanak-kanak ini mungkin kerap travel naik kapal terbang seorang diri begini dan aktiviti viral gambar kanak-kanak ini boleh membahayakan kanak-kanak tersebut?

Untuk makluman pembaca juga, United Arab Emirates adalah sabuah negara yang mempunyai peraturan mengambil yang amat ketat.

Anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sekumpulan manusia yang tidak ada kena mengena dengan anda.

Anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar kenderaan yang terpampang nombor daftarnya.

Anda tidak dibenarkan untuk mengambil video yang mengandungi wajah orang lain tanpa kebenaran.

Anda juga tidak dibenarkan untuk menyiarkan rakaman dashcam kenderaan anda ke media sosial.

Sekiranya anda seorang residen dan disabitkan kesalahan, anda boleh dihantar pulang (deported) oleh pihak UAE.

Nak menunjukkan yang anda perlu sangat berhati-hati menggunakan camera anda di sana.

Tapi Malaysian tu selfie dan kanak-kanak tu sekadar backgroundkan… UAE dah revise peraturan mengambil gambar dengan gambar orang lain dalam background, takpe la kan… Haihhh…

Sekurang-kurangnya hormatilah privacy kanak-kanak tersebut. Kaburkanlah, tutuplah dengan apa-apa stiker dan lain-lain.

Mungkin ibu bapa kanak-kanak itu berani berbuat demikian kerana, UAE adalah negara yang selamat dan mempunyai hak privacy yang sangat tinggi.

Jangan kerana ingin viral, anda telah mendedahkan seorang kanak-kanak dalam bahaya.

Kita dah dewasa. Sepatutnya lebih sedar tentang yang mana baik, yang mana buruk. Yang mana mendatangkan faedah, yang mana boleh mendatangkan kemudaratan…

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *