Khilaf Sang Suami II

Untuk part I, (https://iiumc.com/khilaf-sang-suami/).

Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi membaca dan memberikan pandangan untuk kisah yang berlaku dalam rumahtanggaku.

Ya, saat itu aku sangat2 buntu, tiada tempat untuk mengadu, kerana jika mengadu bimbang aib suami akan terbuka, jadi hanya dipendam seorang diri dan mengadu pada Allah sahaja.

Banyak komen positif aku terima antaranya dari Ultraman Taro dan lain2, terima kasih untuk kata- kata yang sedikit sebanyak membangkitkan kembali semangat aku. Dan untuk yang negatif dan menyalahkan isteri, tak mengapa aku faham dan aku terima juga.

Sehari selepas kantoi semua ini, suami berjumpa dengan boss nya dan mengaku semua ini dan mohon ditukarkan ke tempat lain, tetapi disebabkan prestasi kerja, si perempuan yang akan ditukarkan.

Buat yang persoalkan kenapa suami tidak block perempuan tersebut, sebenarnya suami telah block di whatsapp kecuali di telegram kerana terikat dengan komitmen kerja disebabkan suami adalah ketua untuk unit dia.

Dan proses pertukaran tempat kerja itu hanya akan berlaku pertengahan tahun ini.

Hari aku berjumpa boss suami(perempuan), dia memaklumkan kepadaku, puan jangan terkejut kalau saya katakan sangat ramai orang yang sukakan suami puan di sini. Dia lelaki yang sangat baik, sangat bertanggungjawab dan boleh diharap.

Tetapi, tidaklah suka yang membawa kepada hubungan terlarang begini. Aku hanya mampu tunduk dan mengangguk lemah.

Dan boss juga menyoal perempuan tersebut di depan aku, adakah sebelum ini awak pernah buat begini dengan lelaki lain belakang suami awak? Awak dah kahwin lama, cuma belum dikurniakan anak sahaja, kenapa awak khianat suami awak?

Perempuan itu menangis dan merayu melutut di depan aku minta dimaafkan (tetapi semua itu hanya pura- pura).

Seminggu kemudian, perempuan tersebut mesej suami lagi minta suami tipu aku lagi. Tapi, suami bagi amaran pada dia, jangan contact lagi kerana dia dah bertaubat dan dia takkan khianati aku lagi (ini suami tak screenshot, aku baca melalui telegram web yang diinstall curi-curi).

Sebenarnya ada satu komen yang aku tertarik untuk kongsikan. Ada netizen yang minta aku cuba rawatan Islam.

Sebenarnya selepas semua itu kantoi, selang seminggu peristiwa itu, aku mimpi seorang perempuan datang dan memegang muka aku dan menyuruh aku tenung mata dia kerana dia ingin merasuk aku.

Mimpi kedua, ada haiwan besar- besar berulang kali ingin masuk dalam bilik kami, tetapi aku sempat menutup pintu.

Aku meminta nasihat kakak ipar(kakak sulong suami), dia meminta aku merujuk mana- mana ustaz.

Dan malam aku rujuk ustaz tu, aku mimpi seorang perempuan kurus memegang suami aku dan dia berulang kali cakap aku takkan lepaskan suami kau. Termasuk juga mimpi dikejar ular hitam yang banyak.

Aku tak pasti adakah semua mimpi ini ada kaitan dengan apa yang berlaku pada suami atau tidak.

Aku kenal suami hampir 14 tahun, dan dia bukanlah jenis kaki perempuan. Kehidupan dia hanya keluarga kecil kami, aku dan anak- anak. Tetapi atas nasihat ustaz, insya Allah kami akan buat rawatan Islam bulan Mei nanti. Moga- moga tiada yang mudharat.

Sebenarnya lepas aku install telegram app dan beberapa apps di telefon untuk pantau telegram suami, aku perasan si perempuan ini kerap block dan unblock suami. Dia block kemudian unblock semula untuk letak stories dengan ayat – ayat sedih dan sebagainya.

Baru – baru ini juga dia ada mesej suami lagi, tapi suami bagi amaran keras jangan contact atau dia akan report pada boss dan suami perempuan tersebut.

Dan akhirnya suami aku telah block perempuan tu di telegram dan telah left hampir semua group yang ada perempuan tersebut termasuk group kerja.

Hari ini hampir 2 bulan peristiwa ini berlalu, dan alhamdulillah aku semakin tenang. Aku terima ini sebagai ujian untuk mendekatkan lagi aku pada Dia.

Bak kata Ultraman Taro “lelaki diuji dengan musibah yang kecil untuk mengelakkan musibah yang lebih besar”. Suami berulang kali ucapkan terima kasih kepada aku kerana sedarkan dia sebelum dia melakukan maksiat yang lebih besar (zina).

Akhir kata, doakan mudahan rawatan Islam nanti berjalan dengan lancar. Dan aku sering berdoa, jika benar-benar suamiku bertaubat, Allah bukakanlah semula hatiku untuk terima dia seperti dulu.

Terima kasih untuk semua pandangan yang diberikan, syukur alhamdulillah, kadang- kadang di saat kita jatuh tersungkur, hanya dengan kata – kata yang positif akan buatkan kita kuat untuk bangkit semula.

– Sirap Laici (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *