Sejak dua-menjak ni, kisah-kisah dan pendapat persendirian berkenaan anti-vaksin semakin mendapat tempat di laluan media sosial, baik daripada individu, penerbitan, figura-figura berpengaruh termasuk dari kalangan mufti sendiri. Baik yang menyokong mahupun tidak.
Aku sendiri tidak dapat nak menentukan samada topik hangat ini sememangnya sudah berkisar lama dalam masyarakat, atau baru nak 'up' sejak kewujudan media sosial yang semakin diguna-pakai oleh ramai insan ini. Adakah sebelum ini orang yang menentang vaksin itu sebenarnya tidak kisah dan mengikut prosedur kesihatan seperti biasa, atau memang mereka mempunyai pendirian dalam menentang vaksin sejak lama? Atau mereka sekadar terpengaruh secara membuta terhadap 'claim' yang disebar melalui internet ini lalu menetapkan pendirian mereka atas pendirian orang lain?
Aku tidak akan menafikan, tersebarnya berita-berita ini ada puncanya. Mungkin bermula daripada kisah-kisah dari luar(baca: mat saleh) yang penyuntikan vaksin ini menyebabkan autisme. Harus diingatkan bahawa vaksin dan autisme tidak berkait (sumber : CDC). Mungkin dari isu yang timbul inilah bermulanya penyebaran maklumat yang buruk berkenaan vaksin yang mula mendapat tempat di hati rakyat.
Terkini berkaitan pelbagai status yang berkata bahawa mengamalkan sunnah semata sudah cukup dalam menangani masalah pelbagai jenis penyakit. Aku tidak menolak sunnah apatah lagi aku adalah seorang muslim. Mana mungkin aku mengenepikan wahyu daripada Allah dek kerana setiap pergerakan Baginda adalah dalam lingkungan wahyu?
Aku tidak mempunyai masalah cuma, persoalan aku adalah, adakah sepenuhnya kita semua dapat mengamalkan pemakanan yang sihat secara total yang menyumbang kepada keadaan tubuh yang sihat?
Sekiranya kita masih meninjau-ninjau makanan yang sedia diproses, sayuran konvensional bersalut racun di rak pasaraya, jajan-jajan sarat pengawet dan produk2 segala yang tidak kita adun dengan tangan sendiri yang diyakini, maka komponen-komponen yang boleh 'breach' sistem ketahanan badan kita akan terus mencari jalan untuk melemahkan sistem imun kita.
Jadi, sekiranya kita tidak mampu untuk mengaplikasikan hidup tanpa 'artificial', disinilah vaksin membantu untuk kita mendapat ketahanan tambahan terhadap penyakit2 yang menular.
Aku tidak yakin untuk berbicara tentang 'herd immunity' kepada rakyat kebiasaan dek kerana mereka jelas tidak mahu memahami langsung berkaitan dengannya. Mereka lebih tersedia untuk memahamkan berkaitan gosip terkini jauh lebih baik. Kalau mahu faham, carikan sendiri di internet. Cara cukup mudah, dan bukankah ramai diantara kita yang kini suka mendapat gelaran Doktor dengan pengiktirafan sendirian berhad?
Ingat, jangan kerana kita, memberi kesan kepada anak kita, kemudian membiarkan kuman2 merebak menjalar kepada jasad2 yang lain dan menjadikan mereka mangsa kepada 'ignorance' kita.
Sekian.
– Mr AS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit