Assalamualaikum gais,
Kat sini nak minta pendapat korang, nasihat juga di alu2 kan. Before that, let me introduce myself first ok? Aku perempuan, student dip, ipta, tp bukan uia. Cerita aku macam ni, aku jenis yg takde kawan baik lelaki. Means, aku hanya kawan dgn lelaki atas urusan classmates, buat program sekali, kiranya kalau ada hal je. Tu pun kawan biasa2 je. Dri skolah lagi aku mcm tu. Tak pernah anti-lelaki, sbb aku agak aktif berpersatuan and mestilah melibatkan komunikasi dgn lelaki. Waktu sekolah, tak pernah mesej dgn lelaki. Lek jap, aku bukan nak crita aku baik. Haha korg baca la dulu… Time skolah aku tak didedahkan dgn ikhtilat semua ni. Aku jenis yg pergi sekolah study. Klu outing pun dgn mak aku, jarang dgn kawan. Boleh agak kan life aku mcm mana? Tapi aku selesa mcm tu. Sampai la sekarang ni, wpun dekat ipta, memang aku pergi outing tapi jarang, dengan kawan baik perempuan je. Bila habis je sekolah, aku ditawrkan ke sebuah ipta, which is tempat study aku skrg. Masih aktif berpersatuan. Masih berkomunikasi dgn lelaki. Tp atas urusan kerja. Kecuali, aku ada baik dgn sorg kawan lelaki. Aku kenal dia pun sebab sebelum ni kami join persatuan yg sama. Tapi aku keliru. Aku jenis yg whatsapp pun dgn perempuan hidup mmg dikelilingi dgn kawan perempuan. Bukan takde kawan lelaki, ada, tp sekadar kawan biasa, atas urusan sahaja. Bila didedahkan dgn bab ikhtilat ni, aku rasa mcm diri aku jahil. Aku cuba jaga diri aku dri sekolah sampai sekarang, mksudnya, aku hadkan pergaulan aku dgn lelaki, yes, aku tak pernah bercinta. Sebab aku tahu perjalanan masih jauh, masih banyak benda penting selain bercinta. Ini pendapat aku, korg bebas untuk tak setuju. Masing2 ada matlamat hidup yg berbeza kan? Sekarang ni, kawan lelaki aku tu kira kawan baik aku la. Kami agak rapat. Bila rapat, mestilah whatsapp kan? Bukannya, aku tak pernah ws dgn kawan lelaki yg lain. Pernah. Tp singkat, benda penting je. Tak lebih dri tu. Kalau conversation dh menyimpang, aku akan cepat end the conversation, or else, aku reply lambat2. Ok, kat sini, aku rasa aku dh tak jaga bab ikhtilat. Takdelah selalu kami whatsapp. Kadang2. Jgn salah faham, kami whatsapp pasal life, study macam tu je. And kami mempunyai pemikiran yg hampir sama, minat pun hampir sama. Aku pun tak pasti macam mana boleh rapat dengan budak ni. Aku keliru dgn diri aku. Korang rasa? Apa yg patut aku buat? Still berkawan atau jauhkan diri? Yes, kawan baik kan anugerah terindah dari Allah, tapi setiap anugerah terselit ujian. Aku memang tgh rapat dengan dia. And lupa pula nak inform, yg aku pun takde kawan baik perempuan yg rmai. Maksudnya, aku kawan dgn semua org, tp aku tak exposed kan diri aku untuk ada kawan baik dan rapat yg rmai. Aku selesa begitu. Kiranya susah la nak masuk dlm ‘circle’ aku. So, aku nak opinion and nasihat dari korang. Jahat ke aku sebab ws dgn lelaki? Wpun sekadar kawan baik. Tp, bab ikhtilat? Aku kena jauhkan diri ke macam mana ?Thanks. Assalamualaikum.
– Sis keliru
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Suka dgn tajuk. Ramai yg rasa anugerah tu adalah nikmat semata2. Tp dlm pada masa yg sama, mmg ujian.
Pasal jahat ke tu, tak boleh la nk kata jahat. Tak salah nak kawan. Tp perlu berhati2 sebelum terjebak dgn masalah hati. Mgkn skrg belum rasa. Tp yela, bila sis sebut ujian tu kan. Bila2 masa Allah akan twist hati kita.
Perkara boleh elak, cuba la elak. Kalau takde keperluan, jauhkan. Byk dah kan org yg trjebak dgn benda2 maksiat sbb benda2 mcm ni. Pada mulanya rasa tak salah pun sekadar texting2 je. Lama2 kita tak tahu apa pula yg Allah nak uji.
Syaitan tu makin licik.
First of all, awak sama macam saya, ada ramai kawan2 perempuan tapi lebih suka berkawan biasa2 dan bergaul dengan semua orang..kiranya saya ni kalau masuk group A B C D semua okay lar..Secondly, saya pun ada sorang je sahabat lelaki..itupun jarang contact..kawan2 lelaki lain semuanya berurusan atas dasar program dan assignment saja..ini dikira saya jaga ikhtilat ke? Entahlah, tapi saya lebih suka begitu..pada pendapat saya, mungkin awak kena kurangkan bermesej dengan dia..awak jelaskan pada dia, kenapa awak nak kurangkan bermesej perkara yang x penting..
nak jawapan dia ? baca buku ‘ Tarbiah Sentap ‘ yang 1st punya . serious lha aku ckap . aku dulu pun ada kawan baik lelaki tp batas tu jaga lha memandangkan kawn baik aku ni aku xpernah pun jumpa facetoface . dulu aku agak jaga ikhtilat tp suam² lha , tp through ws lha , kalo depan² aku mmg xgemar bgaul dgn laki sgt . haritu sahabat aku hadiahkan buku tu , lepas aku baca . serious aku menangis . ikhtilat aku ke laut ! one dag kwan laki aku tu ws sbb nk tnya benda , aku straight forward y aku dah nak berubah . aku xnak dah contact dgn ajnabi kalau takde hal y mustahak . dy faham . dan smpai sekarang , aku bahagia sbb xde kawan lelaki . haha kejam . xde lha , tp mmg itu pun y patut kita cegah ( berkawan dengan bukan sekaum dengan kita ) . ikhtilat perlu jaga . kita as a perempuan kena tundukkan pandangan dan jaga batas² . bila urusan kerja , buat cara urusan kerja . kenapa nak jdkan lelaki sbgai kawan baik sedangkan ramai lg perempuan y boleh jd kawan baik . kalau kata lelaki faham jiwa , then ayah ada , adik² lelaki ada , abg ada . xjadi masalah . jgn jdkan alasan , jgn membolehkan benda y xboleh :) try baca buku tu , sy rasa sesuai utk awak . *eehh sy awk pulak . haha
buku tarbiah sentap tu yg pengeluaran 1st ke??
lha tu apa?
‘lha’ tu laaa
Sher Ja yupp , :) best bacaaa
Lol thank you
nama buku tu apa erk? tarbiah sentap erk ?by sape?
aiggoo , sy lupa nama ustaz tu . haha apa kata awk like page tarbiah sentap . tu owner buku tu . aahh , nama buku tu tarbiah sentap . mmg best buku tu , sentap habis .
Anggap je kawan sekadar kawan. Jgn terbawak dgn perasaan.
Welcome to the friendzone =,)
Berdebar baca post ni. Taktahu knape. Pendapat saya la , apa yg awak buat tu kira ada limit la jugak. Atas urusan kerja semua. Awak buat je lelaki yg awk kata kwn rapat tu sbg kawan biasa. Sbb saya takut kalau syaitan dpt hasut awak sampai awak jd mcm pempuan2 lain yg terjebak dgn maksiat kt luar2 sana. Hanya dgn ‘keep in touch’ dgn kwn rapat tu. Taktahu la. Rasa mcm tu perangkap syaitan. Awak jaa diri bebaik okay? Jgn layan sgt kalau lelaki tu msg awak selalu ke. Kalau boleh, elakkan. Bahaya nanti. Mungkin ini step pertama syaitan ke? Kita taktahu. Syaitan bijak. Dia hidup lebih lama dr kita. Dia mmg power. Serious. Sy dah ada pengalaman. And sy takut sgt kalau perempuan mcm awk ni tergolong dlm pempuan2 mcm kt luar sana. Semoga Allah terus pelihara awak T.T takecare
Wssalam.
Rasa macam nak berkongsi pendapat :-)
Selagi boleh survive untuk tak berhubung rapat dgn kawan berlainan jantina, cubalah. In shaa Allah ramai lagi kawan perempuan.
Niat kita baik nak berkawan nak study sama, Allah pun akan permudahkan kita dengan dikelilingi kawan2 yang baik jugak. Haa gittuu. Ukhwah sahabat sesama jantina tu lebih manis dan terpelihara.
Susah la, kalau sorang laki ngan sorang perempuan berkawan baik. Mula2 memang la pasal kerja, pastu boleh jadi selalu berkongsi cerita, salah seorang takde rasa apa pun? Ehem. Syaitan licik baq hang. Boleh elakkan contohnya, kawan by grouping macam kawan persatuan awak tu ke, so ada kawan lain yang boleh tolong ingatkan kalau terkeluar dari batasan ikthtilat laki ngan perempuan. Kan atas urusan kerja?, boleh ja kalau nak wasep kat group yang ada kawan2 lain.
Nampak mcm complicated? So, selagi boleh, elakkan lah. And yes, kawan la,seramai mana pun masuk dalam circle of friends, tapi tok sah laa jadikan kawan berlainan jantina lagi rapat dengan kita berbanding sesama jantina. Nak orang berHusnuzon dgn kita? Jaga la diri, bebeh. Nasihat untuk diri saya sendiri jugak ;-) Orang lain boleh je, awat kita tak boleh? Haa chaiyokk!
nak bg link boleh? https://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-dan-perempuan-jadi-kawan/
nak bg link boleh? https://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-dan-perempuan-jadi-kawan/
berhubung bila perlu…itu sahaja…