Apa Masalah Saya?

Assalamulaikum semua. Sebagai pengenalan, saya berumur 22 tahun berasal dari Kelantan, masih belajar di salah satu IPTA.

Maafkan saya kalau tulisan saya tidak teratur atau penggunaan bahasa saya yang tak sesuai.

Saya dah lama terfikir nak minta pendapat pembaca semua di sini sebab saya perlukan pertolongan semua.

Saya dianggap sebagai budak pandai sebab UPSR, PT3, SPM saya dapat straight As dan salah seorang best student di sekolah.

Tapi saya ada satu masalah yang saya tak pernah bagitahu sesiapa atau tanya sesiapa sebab saya pun tak tahu punca masalah ini adalah sebab saya kurang pendedahan atau memang saya ada masalah dengan ‘otak’ saya.

Saya mula perasan masalah ni waktu saya tingkatan 5, sebab saya ada masalah dengan English, saya dah join banyak kelas dan practice tapi selalu lupa perkataan bila nak guna dan cara saya ‘construct’ ayat sangatlah pelik.

Bila saya fikirkan balik saya selalu ada masalah dimana perkataan yang saya nak cakap selalu ‘at the tip of my tongue’,

Saya tahu apa saya nak cakap tapi perkataan tu takde, saya tak boleh access dengan senang tak kisahlah Bahasa malaysia atau Bahasa inggeris.

Kalau guna loghat Kelantan macam senang sikit nak ‘access’ perkataan tapi still ada perkataan yang saya ‘struggle’ dan saya tak reti nak susun ayat elok-elok bila bercerita atau terangkan sesuatu.

Bila masuk universiti, benda ni jadi makin obvious sebab saya kena banyak berinteraksi guna bahasa malaysia dan bahasa inggeris.

Kadang-kadang saya pilih untuk senyap bila saya ada idea untuk dikongsi sebab saya tahu saya tak boleh nak ‘express’kan dalam bentuk ayat yang sempurna.

Mesti akan ada perkataan yang saya tak tahu (tak boleh access dari otak) dan saya akan malukan diri sendiri sebab duk ‘struggle’ cari perkataan yang biasa je bukan perkataan yang pelik-pelik pun.

Ada juga bila saya nak bagitahu sesuatu, saya kena practice sebut dalam kepala banyak kali sebab kalau tak saya akan keluarkan perkataan yang salah.

Perkataan yang saya guna sangat terhad bila bercakap atau bila menulis walaupun dalam bahasa malaysia, saya akan gunakan perkataan yang sama je tiap kali bercakap.

Setiap kali buat assignment mesti saya membazir banyak masa hanya untuk ‘paraphrase’ ayat sebab saya tak pandai nak buat ayat yang elok.

Saya selalu menangis sebab masalah ni sebab saya tak tahu macamna saya nak buat sebab banyak kali dah saya paksa diri sendiri untuk cakap je sebab mungkin saya hanya kurang practice bercakap.

Setiap kali saya cakap mesti saya menyesal sebab saya hanya nampak macam bodoh sebab cakap berterabur. Kadang-kadang nak cakap benda lain,benda lain yang terkeluar dari mulut.

Saya risau sebab skill komunikasi sangat penting dalam bidang pelajaran dan pekerjaan saya di masa hadapan.

Semasa saya bercakap dengan kawan saya, saya cuba cakap perlahan dan cuba untuk susun ayat elok-elok tapi ayat saya still ‘make no sense’ dan otak saya masih jadi blank.

Lepas saya buat carian di google saya terfikir mungkin saya ada masalah ‘language disorder’ ?

Saya ada plan untuk jumpa speech therapist tapi saya ada banyak persoalan.

Adakah speech therapist hanya untuk kanak-kanak sebab kebanyakan info hanya untuk kanak-kanak, dan adakah speech therapy percuma sahaja di hospital kerajaan atau perlu buat bayaran?

Lama ke perlu buat temu janji?

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memberi pendapat serta pandangan. Assalamualaikum.

– Cinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. i been there. sampai sekarang masih confius apa sebenarnya masalah saya. selalu sgt tersasul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *