SISPAA Tidak Telus

Assalamualaikum wbt. Ada sebuah pejabat kerajaan di kawasan aku ni, pekerja dia sangatlah ramai.

Kaunter ada berbelas, tapi kaunter yang bukak cuma satu. Itu pun satu kaunter tu pun macam tak bukak walaupun ada ramai pelanggan yang datang.

Disebabkan aku ni banyak urusan dengan pejabat ni, 10 kali jugaklah aku datang ulang-alik dalam tempoh dua bulan. Servis staf sangat menghampakan! Berjam aku tunggu untuk dilayan.

Oh ya, pejabat ni takde sistem nombor giliran walaupun pelanggan ramai. Jadi kena menunggu. Kadang-kadang kaunter kosong takde sorang pun staf layan. Sampai aku kena duduk lama depan kaunter untuk tanya mana staf bertugas?

Staf lain punyalah ramai, diorang nampak je aku berdiri tercegat tapi takde sorang pun layan. Kalau sekali dua aku boleh sabar, tapi 10 kali aku pergi, 10 kali itulah takde orang nak layan aku.

Hati ni membengkak takde sape tau. Nak jumpa staf punyalah payah.

Bila dah jumpa, semua tak tau nak handle masalah aku. Pastu dia main pass masalah aku kat member dia. Pastu bila member dia datang, dia cakap proses ni lama. Kena tunggu berbulan baru setel.

Okay fine. Aku pun balik macam orang bodoh. Pastu aku tanya member aku yang keje kat pejabat yang sama, tapi daerah lain. Dia cakap staf tu mengarut, mana ada kes aku tu setel sampai berbulan. Tiga hari boleh setel dah.

Aku pun bingung. Aku datang balik ke pejabat tu. Masih sama. Takde staf pun dekat kaunter yang satu tu je dibukak. Pelanggan macam biasa, tetap ramai menunggu.

Nak jumpa staf payah betul, macam nak jumpa VVIP. Staf lain tengok je macam takde perasaan. Takde pun nak bagitau mana staf bertugas tu pergi.

Dalam ramai-ramai staf yang ada, takde sorang pun nak bagitau aku “sabar ya.. staf bertugas sekian sekian”. Takde !

Aku perhati je staf-staf lain. Duk bersembang rancak bergosip. Apalah salahnya datang layan aku kejap sebab takde staf bertugas nak layan.

Tolong bagitau suruh aku sabar pun takpe dah. Tapi takde. Diorang tengok aku buat bodoh je. Lepas tu barulah datang sorang staf bertugas.

Datang-datang aku terus tanya masalah aku ni. Tak semena-mena dia jerkah aku “SABAR!!!!”. Aku terkejut beruk. Bukannya aku marah dia ke, bukannya aku tanya dia berkali-kali soalan sama.

Aku baru je tanya dengan intonasi yang paling sopan dan santun, tiba-tiba dia jerkah aku macam tu. Berderau jugaklah darah aku. Rasa nak marah tapi aku bukan jenis yang baran. Pastu aku terus duduk. Dah kena marah kan.

Duduk punya lama, takde pun staf tu panggil aku balik lepas dia setelkan pelanggan lain. Aku nampak staf bertugas tu sambung bersembang dengan kawan-kawan dia.

Dah lama sangat menunggu tu, aku pun pergilah ke kaunter tu. Tanya punya tanya kenapa kes aku ni takleh setel within 3 days, staf bertugas tu tak tahu menahu. Pastu dia pass kepada staf lain. Staf lain pun datang.

Pun tak tahu juga. Pass kepada staf lain. Dah berapa kali pass pun lastly takde sape boleh jawab pertanyaan aku. Last2 staf terakhir tu cakap memang prosedur dia kena tunggu. Bila setel tak tahu. Kena tunggu berbulan juga macam biasa.

Aku pasrah. Tunggu jugaklah. Dekat seminggu tunggu tu tiba-tiba kawan aku yang kes dia sama sebiji macam aku, dia baru je pergi pejabat tu terus masalah dia setel within 3 days.

Padahal kawan aku tu baru je pergi pejabat tu. Dia lambat daripada aku, tapi masalah dia setel dulu. Sebabnya dia ada kawan kerja situ.Aku bengang tak bengang, aku terus pergi ke pejabat tu.

Masih sama, staf tak berapa nak layan siap buat muka. Aku takde pun buat muka atau marah atau cakap kasar masa pergi, tapi aku tak faham kenapa staf situ semuanya poyo dan pemalas.

Last-last kawan aku yang kerja pejabat yang sama tapi daerah lain tu suruh aku report SISPAA. Dia kata tak wajar langsung staf pejabat daerah tu buat aku macam ni. Benda patut boleh setel sekejap je kawan aku kata.

Kawan aku cakap staf situ semua pemalas. Lagi-lagi staf pun muda-muda dan baru. Kebanyakannya kerja pun sebab kabel. Isu kabel ni aku tak kisah pun janji kau pandai dan rajin buat kerja.

Tapi kalau geng kabel ni satu apa pun tak pandai, malas dan selalu menghilang, pastu customer service out, memang aku jadi automatik benci lah dengan geng kabel ni.

Kenapa aku tau diorang semua tu pakai kabel? Sebab kawan aku tu cakap, pejabat daerah tu banyak anak-beranak pegawai tu je keje. Kawan aku ada kawan kat situ so dia tau semua pasal kabel tu.

Cuma kawan dia tu keje bahagian lain (keje office), bukan keje yang kena berurusan dengan pelanggan ni.

So dijadikan cerita, aku pun buat report kat SISPAA mengadu yang masalah aku tak dilayan, kaunter ada berbelas tapi satu je buka.

Staf ramai tapi yang lain sibuk bergosip dan membawang. Masalah yang patut boleh setel sekejap jadi lama sebab takde orang nak layan aku.

Masalah attitude staf pun aku report je siap nama terus aku bagi sebab kurang ajar sangat jerkah aku.

Lepas report tu aku harap adalah perubahan dari segi layanan staf. Tapi the next week aku pergi, layanan staf masih sama. Isu staf takde menghilang masih sama.

Aku hairan. Apehal report SISPAA macam takde effect pun eh? Ok aku fikir, maybe report tu lambat kot nak diproses. The next week tu aku datang lagi.

Masih sama! Kecewanya rasa. Aku report SISPAA supaya diorang berubah. Staf tu sepatutnya makin mesra pelanggan, rajin buat kerja, tak menyembang membawang macam sebelum ni dah. Tapi hampa.

Satu hari aku datang lagi, ada lah sorang staf ni attend aku. Pastu dia pun tau nama aku. Tiba-tiba aku dengar dia bisik kat staf lain “Dia ni lah yang report SISPAA tu”.

Aku macam whattt???!!! Aku expect bila report SISPAA tu maklumat kita dirahsiakan. Tapi macam mana maklumat aku boleh diexpose macam tu je?

Pastu kawan aku yang pejabat daerah lain bagitau, heboh dah nama aku report SISPAA. Kawan dia bagitau nama aku dah heboh dalam meeting pejabat tu.

Aduhhh macam mana boleh jadi camni? Aku expect maklumat aku dijaga. Tapi kalau tau camni aku pun tak nak report.

Sekarang bila aku ke pejabat tu, staf semua macam buat muka kat aku. Kau faham tak bila orang dah cop muka kau ni muka report. So layanan diorang memang makin teruklah.

Aku surrender, last2 masalah aku tu aku biarkan je. Dah berbulan-bulan tunggu, sampai sekarang dekat setahun dah masih takde update.

Memang slow betul staf pejabat ni buat keje. Ikut hati nak pergi tanya lagi, tapi aku malu. Mana nak letak muka. Staf situ semua tahu aku report SISPAA. Wahai kerajaan, tolonglah…

Aku sebagai pelanggan report bukan saje-saje. Aku report supaya diorang improve servis. Tapi now apa aku dapat? Malu! Sumpah aku serik dah nak report SISPAA.

– Cinderella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *