Ragam Penumpang LRT

Kisah ni baru je aku lalui petang tadi, perjalanan pulang ke rumah. Aku adalah pengguna LRT sejak 8 tahun yang lalu. Memang routine aku naik LRT pergi dan balik kerja.

Rumah aku jauh daripada tempat kerja. LRT adalah pilihan aku. Perjalanan kira-kira 50 minit baru nak sampai ke destinasi.

Oleh kerana perjalanan jauh, sebelum naik train, mesti aku berdoa agar dapat la aku tempat duduk. Aamiin.

Alhamdulillah ada rezeki aku dapat tempat duduk. Train yang aku naik ni, gerabaknya lenggang sikit. Ada satu seat kosong.

Alhamdulillah masa tu aku fikir rezeki sangat2.

Untuk gambaran, seat yang aku dapat duduk ni adalah untuk 4 seater. Aku nak tegas kan aku nyatakan bangsa ni bukan untuk nak highlight bangsa ke racist ke. Ini adalah pengalaman aku dan sekadar untuk berkongsi.

Sebelah tepi sekali ada seorang perempuan cina. Aku tak telek umurnya berapa. Tapi rasanya umur 40an kot, berisi. Banyak barang macam dia bawak luggage. Sebelahnya ada tempat duduk kosong. So, aku duduk sebelahnya.

Bila aku duduk, sebelah kiri aku seorang wanita cina. Berusia juga. Sebelah wanita cina ni, aku nampak ada sorang perempuan wanita India sedang khusyuk tengok tepon dengan earphone dipasang.

Depan aku ada seorang lelaki muda & ada yang berdiri lagi tapi tak ramai. Lelaki yang berdiri depan aku ni aku tak sure bangsa sebab dia cerah pakai mask.

Masa mula duduk semua nampak biasa. Tiba2 cina sebelah tepi aku batuk2, buat bunyi kahak kuat sangat. Memang aku dengar macam tak selesa. Aku gerakkan badan, betulkan position duduk aku. Perempuan cina belah kanan aku ni dia bukak mask.

Masa tu memang rasa dah tak best. Dengan bunyi dia batuk, dehem kahak tu memang aku rasa lagi la tak selesa. Kat train ni ramai orang.

Janganla macam tu. Walaupon covid macam dah reda, tapi semua orang berhati2. Jaga la tatatertib kalau nak batuk ke apa ke.

Tiba2 dia sound aku aku. Aku tak clear sangat apa dia cakap tapi dalam English. Masa ni memang aku diam je. Keadaan makin teruk bila perempuan cina ni, dia keluarkan tisu, dia hembus hingus dia, keluarkan kahak dia.

Dia tunjuk kat aku. Aku speechless sangat masa ni. Masa dia keluarkan kahak dengan hingus tu semua orang kat situ pandang dia. Dia provoke aku.

Aku geram aku just kata ‘NO’. Dia kata what No?. Masa tu aku memang tahan marah, tarik nafas.

Aku balas dengan suara mendatar, please be calm & be patience please. Dia membebel dan cuba provoke aku lagi. Bayangkan suara dia kuat sampai perempuan India pakai earphone hujung tu pon dengar dia bising.

Semua orang pandang kami. Masa tu memang aku tak pandang muka perempuan ni. Aku istighfar, tarik nafas dalam2

Aku just diam je. Dia tengok aku tak balas, tiba2 dia keluar plastik hitam kibas2 kat aku. Tepi kiri aku, perempuan cina & budak India tu semua pandang kami. Reaction dorang tak memang puas hati dengan cina ni.

Orang yang berdiri tempat duduk kami semua blah sebab tengok perempuan ni memang annoying. Tapi, lelaki berdiri depan aku tetap stay.

Dia pandang aku, aku paham reaction dia yang support aku. Lelaki ni memang tenung je pempuan cina ni.

Perempuan cina ni still provoke aku, maki aku in English lagi. Aku dengar tapi tak clear. Rasa nak menangis menahan marah dan aku memang pilih diam tak nak gaduh.

Perempuan cina sebelah kiri aku buat reaction dengan aku, jangan layan. Perempuan cina sebelah kiri aku ajak aku bangun. Dia bangun terus blah. Aku masa tu memang dah tekad nak bangun sama.

Aku surprise masa aku bangun, perempuan India hujung sekali tarik tangan aku. Dia kata, bangun kak, pindah tempat. Aku beralih tempat, duduk sebelah perempuan India ni.

Masa aku tukar tempat, cina tu benggang sangat. Laki duk berdiri depan aku mata dia pandang je cina ni macam bagi warning jangan kacau aku lagi. Laki ni walaupun diam, aku paham dia memang sedang protect aku.

Bila dah tukar tempat, aku rasa lega sangat. So sebelah aku kosong. Adik India tu macam paham aku macam terkejut, takut.

Dia tunjuk handphone dia. Rupanya dia tengah tengok Netflix. Aku bagitahu, can I join you. Dia senyum terus kitorang tengok cite tu sama2.

Laki berdiri depan aku berginjak berdiri depan aku. Aku salute adik India ni. Dia tahu aku masa tu nervous, bercelaru. Tapi dia still share tepon dia tengok cite Netflix tu.

Banyak pop up mesej Whatsap, tapi dia ignore je. Still dia share tengok cite tu dengan aku.

Ingatkan dah settle bila tukar tempat. Perempuan cina tu tiba2 sound aku balik. Yang aku dengar, dia kata you ni melayu memang teruk.

Nak report balai polis ke. Ada cctv la, pastu dia amik gambar aku.

Aku buat tak tahu je. Masa ni semua pandang dia. Aku masih diam. Lantak la dia. Nak amik gambar pon takpe. Aku memang pakai mask dan aku tak salah. Aku istigfar je, aku baca ayat kursi.

Still adik India just pandang, buat reaction kat aku jangan layan cina tu. Lelaki yang berdiri depan aku pandang aku. Walaupun lelaki ni tak bercakap, tapi aku paham cara dia pandang kata jangan layan.

Thank you lelaki bermask. Memang aku perasan laki ni tenung je perempuan cina ni bila dia provoke aku.

Alhamdulillah ada sorang perempuan cina duduk sebelah aku. Lepas tu perempuan cina special tu tak boleh nk ganggu lagi.

Sincerely ini la perjalanan yang panjang bagi aku utk balik. Aku memang tak main handphone sepanjang jalan cerita ni. Tapi adik India tu baik sangat. Dia still share tengok Netflix sampai perempuan cina tu turun.

Aku memang tak pandang perempuan cina tu. Then laki bermask juga turun. Tak sempat aku nak say TQ satu2nya orang yang berdiri depan aku. TQ sangat2 ya.

Turun je perempuan cina tu, aku dengan adik India tu terus muka mulut. Aku say TQ kat adik India tu. Perempuan cina yang baru duk sebelah aku macam pelik.

Kami pon cerita kat dia. Rupanya perempuan yang baru duduk tu bukan cina. Tapi Iban. Tapi dia memang macam cina.

So aku rasa maybe sebab nampak macam cina, dia tak kena macam aku. Kami borak2 sampai la station aku nak turun sampai.

Aku hargai sangat pertolongan budak India tu. Namanya Christina. Thanks so much Christina tolong akak.

Turun je train, suami aku dah menunggu. Apa lagi, berjurai2 air mata bercerita. Punya la aku menahan emosi, marah. Alhamdulillah suami juga tempat mengadu. Hehe.

Aku just share kenangan pendek aku pulang ke rumah menaiki LRT. Dalam train tu padat.. macam2 orang, macam kerenah. Tak kira la kita siapa, bangsa apa, agama apa.

Kena ada rasa hormat sesama kita. Konsep naik bersama, perasaan penting kan diri kena buang. Jangan provoke orang, jaga tingkah laku.

Semoga Tuhan jaga kita selalu.

– SyaSom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *