Saya Ok Saja II

Hi, saya Hanna. Penulis confession ‘Saya Ok Saja!’

Boleh baca di link ni, (https://iiumc. com/saya-ok-saja/).

Sebelum tu saya nak ucap terima kasih sebab sudi membaca cerita hidup saya. Terima kasih juga atas komen semua, satu-satu saya baca.

Siap ada yang baik hati betulkan tatabahasa. Saya tulis santai-santai saja. Kadangkala ejaan ikut slanga pertuturan saja, sebab saya rasa lebih selesa menyampaikan cerita begitu. Minta maaf ya cikgu-cikgu, hehe.

Yang persoalkan kenapa lewat 90-an masih tiada RMT, tak larat la nak jelaskan. Yang saya tahu memang sekolah saya tiada RMT sampai saya habis tahun 6, masa tu awal zaman 2000-an. Tak reka or tipu tau. Hehe.

Dalam luahan saya yang pertama tu, sebenarnya hanya cerita di permukaan saja. Saya hanya ambil parts yang ngam dengan genre penulisan saya supaya flow penceritaan smooth gitu.

Ramai yang puji, hebat kami dididik dan dibesarkan. Tapi jujur, tak sempurna mana pun didikan kami, ada juga cacat celahnya. Itu hakikatnya. Tapi kami beradik pilih untuk ambil semua yang tak baik, jadikan dia positif. Hidup ini kan penuh dengan pilihan.

Saya tak cerita, sepanjang kami membesar, sebenarnya kami beradik selalu sangat menyaksikan pergaduhan hebat antara mak dan bapak.

Hidup keluarga kami tidaklah sweet dan harmoni pun. Boleh dikatakan, kami antara keluarga yang selalu juga jadi bualan dan bahan umpatan orang kampung.

Zaman budak-budak saya suka tidur di ruang tamu. Pernah sekali tu tengah tidur lena diulit mimpi, tiba-tiba cerek air mendarat tepi kepala. Dari mana cerek tu terbang, faham-faham sajala.

Saya tenang saja masa tu. Ambil cerek, letak baik2 kemudian sambung tidur. Umpama nelayan yang tidur lena di dalam perahu ketika ombak badai melanda, gitu.

Sebab gaduh? Kebanyakannya sebab benda kecik saja. Kadang sebab perangai bapak yang suka menyelerakkan barang, kadang sebab urusan sawah dan banyak lagi la yang kecik-kecik.

Biarpun umur sangat muda, saya dah faham, itu tak normal. Saya malu sangat dengan jiran-jiran tiap kali mak bapak bergaduh. Saya boleh rasa, enviroment tu sangat negatif.

Tapi kami beradik tenang-tenang saja. Tak pernah ada yang menangis-nangis bila ada drama pergaduhan. Begitulah tiap kali.

Episod bergaduh ni berterusan sepanjang kami membesar ya. Jadi boleh katakan perkahwinan mak dan bapak ni agak toksik. Cuma tiada la scene pukul memukul, mencarut-carut.

Bapak tak pernah naik tangan atau campak barang. Jadi boleh teka la cerek terbang tu angkara siapa. Hihi.

Sedih memang sedih. Tapi semakin meningkat dewasa, saya makin faham yang sebenarnya both my parents masing-masing tengah struggle dengan hidup. Dua-dua tiada education, dua-dua tiada ilmu parenting.

Dah jadi mak, lagi saya faham yang sebenarnya mak tu penat. Penat sangat. Beranak 12 kali, anak pertama seawal umur 21 sehingga anak bongsu ketika berumur 44 tahun.

Anak berderet, kerja di bendang yang tak habis-habis, urusan rumahtangga hampir semua atas bahu. Selalu juga mak pergi ke pasar untuk menjual hasil-hasil tanaman mak untuk tambah pendapatan. Mesti mak letih sangat.

Bapak pula struggle nak cukupkan keperluan. Kakak abang di universiti semua tiap bulan kena kirimkan duit. Kadang dia terpaksa ambil upah bertukang tiap hujung minggu untuk tambah pendapatan. So, both my parents ni sebenarnya stress. Saya faham.

Tapi kan, mak dan bapak ni lucu juga. Bergaduh sampai periuk belanga terbang, tapi diorang berdua ni tetap macam belangkas. Saya ingat lagi waktu kakak saya yang sulung nak masuk kolej,

Mak bapak bersama-sama tebalkan muka ketuk pintu mak cik kaya dekat kampung sebab nak pinjam duit untuk biaya pendaftaran kakak.

(Kakak saya tu belajar di kolej swasta, jadi biaya memang sangat mahal dan tiada bantuan)

Mak bapak bergaduh sampai sekampung boleh dengar, tapi esok hari dua orang tu boleh berjalan beriringan ke sawah bendang. Kadang siap pakej pergi menjala ikan di sungai berdua sebelum pulang ke rumah. Tak faham la. Haha

Bapak selalu jugak halau mak balik rumah makpak dia asal bergaduh. Tapi masalahnya nenek dan datuk dah lama meninggal. Saya yang baru nak membesar pun rasa tak logik.

Bapak. . bapak. Pastu esoknya berbaik lagi. Tapi tipu la kalau mak langsung tak terluka kan. Mak tak pernah bagitau, tapi mak mesti sedih sangat. Kesian mak.

Ada jugak fasa saya marah dengan bapak sebab suka sangat halau mak. Tapi slowly saya pilih untuk memahami. Sebab saya nak tenang-tenang saja.

Bapak ni anak yatim piatu sejak umurnya tak sampai setahun. Dibesarkan oleh kakaknya yang hanya 10 tahun tua darinya.

Cukup umur 12 tahun, dah berdikari sepenuhnya hidup di dunia. Membesar tanpa bimbingan yang proper.

Pendidikan pun setakat boleh baca tulis kira saja. Dikahwinkan dengan mak pada usia muda pun supaya ada isteri yang boleh mengurus makan pakainya.

Bapak ni, dia boleh hidup selesa dengan kemudahan yang sangat minimal. Sebab mungkin dia dah terbiasa dalam mode survival sejak kecil.

Jadi dia anggap kami beradik pun boleh ikut macam dia. Salah satu contoh, dia tak apply sambung air paip sampailah umur saya 9 tahun.

Kami keluarga terakhir yang apply paip bersih di kampung tu. Padahal bapak mampu saja sebenarnya kalau setakat nak sambung meter air.

Tapi semua ni bukan totally salah bapak. Mungkin trauma masa kecilnya yang membentuk peribadinya sedemikian. Saya pilih untuk percaya dan memahami bapak begini. Tak mahu mengadili.

Saya tak cerita juga, daripada 12 beradik kami, ada sorang meninggal sebab dilanggar kereta masa umur 5 tahun. Tak boleh bayangkan kesedihan yang mak bapak terpaksa tanggung.

Kami juga ada 2 orang adik beradik OKU. Sebab ada anak OKU ni juga mak selalu terasa hati dengan segelintir orang kampung yang cakap tak bertapis. kadang menghina pun ada. Dahla miskin, ada anak OKU pulak tu.

Pernah saya tertangkap mak bercakap sendiri ketika dia sedang makan sendirian, “tidak apa, saya masih ada 9 Orang anak yang sihat!”

Mesti mak cakap macam tu untuk memberi semangat untuk dirinya sendiri. Bayangkan ketika makan pun tah ke mana fikiran mak meleret kan.

Aduhai mak.

Dah jadi mak ni, saya tak habis-habis simpati dengan mak. Hebat sangat ujian dia. Mesti dia simpan sedih dia diam-diam. Dulu-dulu selalu tengok mak termenung jauh ke kebun sayur tepi rumah. Ingatkan dia sedang tengok pokok cili dia yang subur tu.

Tapi mesti dia tengah fikir siapa nak jaga anak-anak OKU dia bila dia dah tiada. Saya rasa la, sebab mak asyik-asyik pesan dengan kami. Dah berjaya nanti jangan abaikan adik beradik OKU kami.

Ada komen di luahan saya yang pertama, semoga keluarga kami hidup happily ever after katanya. Terharu sangat. Tapi di dunia ni, happily ever after tu tak wujud kot kan.

Saya pun ingat bila dah berjaya nanti habislah mak bapak saya pamper bagi semua benda yang diorang nak. Hehe.  Tapi impian untuk bahagiakan mak, kekal mimpi saja.

Tahun ketiga ijazah, tepat pukul 3 pagi, saya terima panggilan. Mak meninggal. Heart attack. Betul-betul sebulan sebelum saya nak balik kampung bercuti. Tak sempat nak jumpa mak for the last time.

Kali terakhir jumpa mak masa cuti semester, 5 bulan sebelum dia meninggal. Masa dah nak bertolak balik ke uni, mak escort saya sampai ke pintu teksi.

Saya tengak mata mak berair masa saya salam dia. Bergetar-getar suaranya pesan ‘jangan asyik makan maggie’. Eh. sedih pulak nak sambung tulis. Hmm..

Mak tak pernah tau tunjuk air mata depan anak-anak. Tapi masa tu dia menangis. Rupanya itu pertemuan kami yang terakhir. Our last goodbye.

Lepas dapat call mak meninggal tu, saya packing barang sambil nangis. Tangisan saya makin kuat bila tengok sarung bercorak marble yang saya belikan untuk mak guna duit biasiswa.

Cantik sangat mak. Hadiah paling mahal yang saya mampu beli masa tu. Ingatkan nak bagi masa balik kampung nanti. Tapi tak sempat nak bagi, mak dah pergi dulu.

Esok pagi tu saya fly balik kampung. Masa tu saya umpama jasad kosong yang berjalan. Kaki rasa macam tak jejak tanah. Hiruk pikuk di sekeliling saya dah tak register dalam otak.

Saya cuma ingat dalam kapal terbang saya duduk kakuh sambil pandang awan-awan yang bergerak melalui tingkap. Air mata non stop mengalir tanpa suara. Orang sebelah saya pun tak perasan saya sedang menangis. Fikiran saya kosong. Sedar-sedar dah sampai depan rumah.

Seminggu kemudian, saya fly kembali ke uni. Hari pertama, terus duduk exam ulangan sebab kebetulan minggu mak meninggal tu minggu exam. Semester tu pointer drop sangat. Saya tak dapat dekan tahun tu.

I was at the lowest point of my life. Dekat luar saya tak pernah tunjuk sedih. Tapi masuk saja dalam bilik, saya nangis sampai sesak nafas.

Tiap kali triggered, Berjam-jam saya nangis non stop. Nasib baik roomate saya selalu outing dan balik rumah dia. Jadi tiada siapa pun tahu struggle saya tu.

Balik kampung masa mak meninggal tu, saya sempat bawa baju lusuh berwarna hijau, berbelang putih yang arwah mak selalu sangat pakai tiap kali dia ke bendang.

Baju tu bau sawah, bau lumpur dan peluh arwah mak. Saya lipat elok-elok, simpan bawah bantal saya setahun lamanya. Hampir tiap malam saya menangis senyap-senyap sambil peluk baju tu.

Lepas setahun baru saya lipat baju tu masuk dalam box. Bau arwah mak pada baju tu pun dah hilang. Masa tu, Saya memang macam tak merelakan dia pergi, saya rindu. Rindu tu sampai sakit sangat rasanya.

Bapak? Dia broken-hearted sangat lepas mak meninggal. Tiada dah kawan bergaduh dia. Bertahun-tahun bapak abaikan sawah bendang, sebab asal jejak kaki ke sana, pasti teringat arwah mak kamu. katanya.

Abang OKU saya cerita, bapak tiap malam menangis. Dia tahu la sebab dia tinggal dengan bapak. Kesian bapak.

Gaduh-gaduh pun, arwah mak sajalah penemannya ke mana-mana. Ke bendang, ke bukit, ke sungai, berdua sajalah mereka. Nah, siapa suruh suka sangat halau mak dulu-dulu. Kan betul-betul dah kena tinggal.

Saya pula lepas mak meninggal, homecoming dah tak mengujakan macam dulu. Dulu-dulu setiap kali balik kampung saya enjoy sangat jalan-jalan makan angin dekat sawah bendang di awal pagi atau di petang hari.

Masih terbayang sosok tubuh arwah mak berjalan menyusuri permatang sawah sambil memegang sayur kangkung atau sayur pakis yang baru dipetik di tangannya.

Lepas mak meninggal, kalau boleh saya mengelak turun ke sawah bendang sebab yang dapat hanya rasa sayu. Kebun dan kolam ikan di tepi sawah pun dah terbiar sejak arwah mak dah tiada. Sawah bendang tu hilang seri. Serinya macam hilang bersama arwah mak.

Tahun pengajian saya yang seterusnya, saya fokus naikkan semula pointer. Biarpun masa tu saya masih dalam fasa grieving teruk, tapi syukur saya berjaya juga duduk di barisan penerima first class masa convo.

Masa convo tu saya ada nangis sembunyi-sembunyi di sebalik riuh graduan-graduan yang sibuk nak tangkap gambar. Tak tercapai impian diapit mak dan bapak dalam gambar convo saya. Sakit mencengkam rasanya.

Tahun ni tahun ke-11 arwah mak meninggalkan kami. Saya pun macam dah move on, tapi bila mengimbau kenangan macam ni, baru sedar rupanya luka tu masih berdarah.

Cuma mungkin kesakitan tu saya letak di satu sudut paling tersembunyi dalam hati. Kalau lama tak usik, luka tu macam tertutup sementara.

Tapi bila buka sikit saja, kembali berdarah. Masih sakit perit rasanya.

Tapi ya la. Bila fikir kembali, arwah mak dah cukup penat di dunia ni. Macam-macam dia dah lalui. Mungkin Tuhan nak bagi dia rehat awal dari urusan dunia.

Rehatlah mak, tak perlu risau. 9 orang anak mak yang sihat tu semua dah berjaya. Anak OKU mak pun kami jaga elok-elok.

Saya pun dah merelakan, cuma kadang-kadang rasa ralat sangat sebab tak sempat nak bagi arwah mak semua benda yang saya dah angankan awal-awal nak bagi dia.

Rasa ralat sebab dari usia muda sampai akhir hayatnya, tak sempat arwah mak merasa hidup selesa macam yang bapak rasa sekarang. Tapi siapalah saya untuk mempersoalkan soal ketentuan hidup mati kan. Itu kan urusan Tuhan.

Bapak? Sekarang dah umur pertengahan 70an. Tapi syukur masih sangat kuat dan sihat. Kalau setakat pondok kecil di pinggir sawah, dua tiga hari dia boleh siapkan dengan tulang 4 keratnya tu.

Ada yang cadangkan belikan dia motor. Hmm, kami beradik dah belikan awal-awal pun. Dia tekan minyak pi langgar belukar. Mujur lebam sikit saja. Hahaha. Pastu sampai ke sudah dia tak sentuh motor tu. Berhabuk saja parking dekat garaj dia tu.

Kereta?memang tak lah dia bawa. Dari zaman mudanya memang dia tak mahu dan tak minat berkereta. Takut eksiden katanya. Entahlah pak.

Yang cakap bapak ni humble, anak-anak dah berjaya pun dia minta basikal saja, tunggu sat. Basikal tu sampingan saja. Haha.

Bapak sekarang ni ada-ada saja ideanya nak minta apa dengan anak-anak. Kami layan saja selagi mampu. Sebelum ni tiba-tiba nak minta sampan. Sampan?

Nak guna memancing di kolamnya yang seluas-luas alam tu katanya.

Tiba-tiba baru ni tuka9r pulak nak jentera pembajak sawah tu. Senang nak bajak sawah tak perlu sewa katanya. Senang betul hatinya minta ini itu. Basikal saya yang dia janji nak belikan tu tak pun kunjung tiba. hehe.

Gurau saja. Saya pun dah makin penakut sejak dah jadi mak orang ni. Tak mau dah basikal. Anggap lunas la ya pak.

Pendek kata bapak sekarang ni tengah bahagia sangat menikmati masa tuanya. Anak-anaknya 9 orang semuanya dah senang.

Sawah bendang sebahagian besar dipinjamkan FOC pada orang kampung yang tak bertanah untuk mereka usahakan. Asalkan tanah warisan tak jadi semak dah memadai kata bapak. Kami okay saja.

Bapak cuma usahakan sawah bendang tepi kolam ikannya tu. Sekadar mengisi masa lapang. Tu pun upah pekerja untuk siapkan. Bapak selalu jadi mandur saja sekarang. Bahagia betul dia.

Rasanya dah panjang sangat ni. sampai sini sajala coretan saya. Semua yang saya tulis ni ikhlas dan jujur luahan dari hati. Kalau ada pengajaran yang boleh diambil, ambil lah. Kalau ada yang jahat, semoga jadi sempadan.

Akhir sekali saya nak share kata-kata yang saya pernah terbaca and somehow kata-kata tu melekat dalam kepala.

“I didn’t grow up having role models. I grew up having people I didn’t want to be like and seeing situations I’d never want to be in”

“Not all of us are dealt the right cards, but doesn’t mean you can’t reshuffle your deck for a better outcome”

Terima kasih baca sampai habis, selamat malam :)

– Hanna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *