Apa Yang Lelaki Tak Faham

Salam sejahtera pembaca setia page IIUM Confession, saya doakan semua dirahmati Allah & dipermudahkan urusan hari ini.

Izinkan saya untuk meluahkan isi hati saya, dan ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sepanjang 30 tahun kehidupan saya dimuka bumi Allah ni.

Terkurang @ terlebih mohon tegur saya dengan penuh hikmah.

Sedikit latar belakang, saya sudah berkahwin & background keluarga yang agak kurang celik dari sudut agama,

Kedua ibu bapa masih bersama walaupun dari pandangan kaca mata seorang anak, mereka sedang menyalahi hak masing2 sebagai suami isteri.

Kenapa saya kata begitu? Sebab ayah sedang saya berskandal dengan isteri orang. Mak pula buat hal sendiri & kemurungan sebab lama menanggung rasa (ayah buat hal setiap 5 tahun).

Dia berkeras melarang ayah daripada berkahwin lain, yang mana saya pun bersetuju sebab kami kenal peribadi dia yang tak layak untuk mendukung watak suami yang berpoligami.

Jujur saya sangat trigger dengan statement lelaki melayu “tak salah lelaki nak berpoligami, itu hak kami”.

Bagi saya statement tu hanya akan keluar dari mulut lelaki yang tiada kualiti & rendah akhlak. Tak percaya? Tanyalah isteri-isteri mereka ni dirumah. Lulus ke tak jadi suami mithali.

Saya sangat kecewa bila ada ahli agama yang tidak menegur ketua kami didunia ni pentingnya menjaga keharmonian rumahtangga, malah menggalakkan lagi mereka untuk berpoligami.

Sebagai seorang perempuan dan isteri, apa yang kami mahukan hanyalah pembelaan & rasa hormat dari seorang suami.

Bila mana hak agama, akhlak & ilmu & nafkah kami suami tunaikan, kami sendiri akan terima jika suami ingin berkahwin lain. Dan merasakan apakah layak untuk kami menghalang jika ini takdir dari Allah buat kami?

Sebab kami tahu suami yang berakhlak akan cakna cara menggauli isteri-isteri dengan berhikmah. Dan tidak menindas isteri-isteri mereka sebagaimana kebanyakkan lelaki-lelaki melayu sekarang lakukan.

Kalau sebelum kahwin pun bercinta & dating macam remaja, logik ke isteri sedia ada akan terima dengan hati terbuka & gembira? Tak logik.

Jika lelaki jawab tu adalah proses berkenalan @ jika tidak macam mana nak dapat isteri baru, dengarlah wahai wanita, suami anda itu adalah penunggang agama.

Jangan sesekali menormalisasikan maksiat. Bukan ini yang kita nak wariskan pada anak cucu nanti. Nabi tak buat begitu pada isteri-isteri nya. Yang salah tetap salah biar pun suami lantang menyuarakan hak dia berpoligami.

Jadi lelaki-lelaki sekalian sebelum bercita-cita untuk berpoligami. Sila tanam dalam diri sifat2 ketua yang selayaknya.

Kalau tak pandai urus rumahtangga yang sedia ada, tak perlu menutup masalah dengan masalah lain. Jika tidak, kena terimalah hakikat penceraian.

Jangan letakkan punca penceraian tersebut atas bahu isteri jika tidak mampu menerima poligami.

Terus terang saya menasihati mak saya supaya bercerai kerana dia tak dapat penuhi hak suami atas asbab kekecewaan.

Saya tak sanggup melihat dia mengakhiri usia dengan menambah dosa jika masih bersama sedangkan dia boleh tinggalkan ayah dan fokus kepada ibadah.

Daripada bersama tapi kemurungan & menyalahkan takdir Tuhan. Saya yakin Tuhan tu maha adil & menerima jika kita meninggalkan sesuatu itu kerana Dia.

Suami bukan segalanya. Tuhan sediakan pelbagai cara untuk meraih syurga selain dari berumahtangga.

Sebagai penutup, saya harap ada ahli agama yang dapat buka mata semua orang yang poligami bukan wajib untuk lelaki & perempuan perlu sedar mereka tak perlu lemah dan ditindas. Kita madrasah anak2, perlu kuat dan tegas.

Maksiat bukan sesuatu yang kita nak wariskan pada generasi seterusnya. Rajin-rajinlah menuntut ilmu agama/ undang2/ dan lain2. Jangan jadi “hamba” suami tetapi jadilah hamba Allah.

Wallahualam.

– Noor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *