Apa Yang Mak Kata Itu Betul

Assalamualaikum. Tajuk tu betul. Sebab, Ustazah Asni Mansor pernah sebut tentang hal ini dalam Tazkirah Malam Jumaat bila diajukan soalan “Bolehkah anak merajuk dengan emak”.

Apa yang disampaikan oleh ustazah membuat air mata bergenang dan saya seboleh bolehnya cuba akur dengan pesanan ustazah tersebut.

Kadang2, apa yang emak buat, keputusan emak tentang sesuatu perkara dirasakan tidak betul oleh anak2.

Namun, itu adalah ujian buat si anak kerana jasa dan pengorbanan emak melahirkan kita takkan terbalas.

Emak saya sudah berusia 70 tahun. Saya dilahirkan ketika usia emak 19 tahun. Anak emak ramai.

Masih terbayang di mata betapa susah payah dia membantu bapa ketika membesarkan kami adik beradik.

Kisahnya, seorang adik lelaki dalam setahun dua ini tidak sefahaman dengan kami, kakak abangnya. Pada dia, ada yang tak betul kami telah buat pada dia.

Dia malah mengatakan kepada emak, dia putus sedara dengan kami semua.

Kalau dengan abang dia berani hampir nak berlengan, apatah lagi dengan kami saudara perempuan.

Tak perlu dihurai apa tingkah lakunya sebab coretan tentang orang panas baran selalu ditulis dalam ruang ini. Sama sahaja.

Malah dengan emak juga sikapnya teruk. Teruk sampai kita rasa sikapnya semacam anak derhaka. Dari segi suara dan tingkah laku.

Tapi emak, tetap berbaik baik dengan adik.

Saya rasa sikap emak tidak membaiki keadaan. Seorang anak patut cepat minta maaf jika terkasar (berkasar) dengan emak.

Apatah sehingga timbul trauma pada emak (emak tak guna istilah trauma. Saya gunakan bagi menggambarkan emak rasa berdebar bila dengar suara keras adik dan hempasan )

Emak malahan tetap bercakap dengan adik walaupun adik tak layan. (ini emak yang cerita)

Apa kaitan tajuk di atas dengan cerita saya?

Saya kata kepada emak-

1) Sikap emak terhadap adik bukan membaiki keadaan. Malah adik akan rasa dia betul. Dia akan terus kurang ajar kepada abang kakaknya.

2) Mak patut perang dingin, jangan bercakap supaya adik sedar dia anak, patut hormat taat pada emak.

3) Saya bagi analogi, kerak pada kuali kalau dah tebal tak boleh pakai span dah, kena guna berus besi. Macam tu juga adik, dah tak boleh pakai psikologi.

4) Emak selalu bagi muka dekat adik walaupun dia buat salah.

Tetapi, mak kata, dia tak boleh buat begitu kepada anak. Dia tak mahu kehilangan satu anak walaupun dia ada banyak anak.

Mak kata lagi, dia tetap berbaik dengan adik semoga lambat laun adik lembut hati dan berubah.

Lagi kata mak, adik sebelum ini banyak bersama dengan emak dan penuhi keinginan emak.

Mak kata, mungkin ada yang mak janji tapi mak tak tunaikan.

Saya nampak, air mata emak bergenang. Emak cakap, emak tak boleh nak buang adik.

Inilah momen yang membuat hati saya betul betul terpukul.

Tak sampai hati melihat air mata emak. Melihat kekecewaan emak. Ia moment yang melemahkan hati saya. Buat saya rasa berdosa. Bercakap sesuatu yang membuat emak sedih.

Ya. Emak betul. Apa yang emak cakap, betul. Apa tindakan emak, betul. Tiada yang salah. Takde salah

Akhirnya, saya minta maaf. Dalam usia saya begini, dan anak2 dah dewasa, saya tak mahu diuji seperti emak.

Jiwa mak kuat. Hatinya kental. Dalam jalani kehidupan seharian , dia terus bersabar.

Jadi, siapakah saya nak komplen sikap emak kepada adik.

Semoga, sebelum emak menutup mata, kami adik beradik akan kembali bersatu. Ia tidak susah. Hanya adik perlu berubah sebab kami abang kakaknya tak pernah buang dia.

Semoga Allah memberi emak senyuman melihat anaknya ketawa bersama seperti dahulu. Aamiin.

– Mala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *