Kepe

Salam pembaca IIUM Confession yang setia. Aku Biri Biri, pekerja sektor awam bahagian perkhidmatan, berkahwin, punya cahaya mata, mid 30.

Masa aku menaip ni, lunch hour, berkobar kobar perasaan ku tengok kejayaan adik adik SPM tahun ni..

Aku sedih, sedih teringat kisah yang berlalu. Namun ku tahu ketentuan tuhan dalam mencoret kehidupan hambanya adalah yang terbaik buat hambanya..

Aku di kategori budak fast learn, seusia darjah 3 aku dapat tawaran untuk mengambil exam PTS (exam lompat tahun). Jika lulus boleh terus ke darjah 5, dan skip darjah 4.

Seingat aku exam ni hanya wujud sekitar tahun 1998, 1999. Aku tak dapat perform exam ni, aku demam teruk seingat aku.

Selepas UPSR, aku dapat tawaran ke sekolah berprestij tinggi. PMR aku masih straight A. Zaman ujian aku waktu aku di tingkatan 4.

Ayah tidak bekerja kerana kesihatan. Disebabkan aku anak sulung, aku bekerja part time di sebuah hotel as waitress, gaji yang dapat, aku beli kalkulator saintifik, buku dan sebagainya.

Keluarga ku tidak cakna mengenai kepentingan ilmu. Ibu ayah menghantar ke sekolah setiap pagi, beri kasih dan sayang secukupnya tetapi bukan jalan dan dorongan, untuk belajar.

Kami tinggal di rumah pusaka kecil, satu bilik, rumah yang sangat daif, bocor. Tiada perabot, tiada tikar getah, tiada meja makan. Tidur beralas kain2 cadar, bantal lusuh tidak berganti, selimut tidak wujud sama sekali.

Sebagai anak sulung dan punyai adik 5 yang masih kecik, aku berkorban masa dan tenaga menjaga adik2 sewaktu ibu keluar bekerja..

Makan berkongsi, duit sekolah RM1, hanya dapat aku beli segelas air masa waktu rehat.

Dalam usia yang membesar, aku memberontak. Melihat jiran melancong, melihat kawan kawan yang punya keluarga berada.

Bila buka sekolah, aku makin memberontak, sebab family tak dapat provide even sehelai baju uniform sekolah.

Lama kelamaan, pelajaran makin drop, aku tidak lagi berminat untuk belajar selepas dapat pegang wang.

Dari title murid terpelajar, aku makin hanyut bila terbabit dalam era couple. Balik sekolah aku terus ke shopping mall, ke sana ke sini dengan pakwe.

Bila SPM, result aku hanya biasa biasa sahaja. 5 A. Saat tu aku terduduk, andai aku dapat keperluan, sokongan, jalan, untuk belajar. Tak kan jadi begini.

Sekarang, aku punya anak sendiri, motivasi dan pedoman. Aku sedaya upaya sediakan keperluan sekolah anak, bilik2 dan segala kelengkapan agar anak anak tidak rasa apa yang ku rasa.

Setiap inci pembelajaran anak aku teliti, dan cuba ajar semula topik topik yang berat supaya anak tidak rasa apa ku rasa.

Mungkin dulu, ibu bapa ku beri kasih sayang cukup tapi bukan jalan untuk berjaya. Harini aku akan teruskan n semoga anak anak dapat capai impian aku yang sudah terkubur lama.

Untuk ibu ibu muda di luar sana, tolong lahh, fikir perjalanan hidup selepas kahwin tu bukan untuk sesedap je, tapi macam mana nak survive.

Macam mana nak beri anak2 keperluan dari segi emosi, kasih sayang dan pelajaran secukupnya.. bukan setakat menikah saja…

Yang benar, biri2 sakit.

– Si biri biri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *