Suami Penjawat Awam, Saudara Suka Pinjam Duit

Kenalkan diri aku Nini, 35 tahun. Anak dua orang, 7 dan 3 tahun. Suami aku penjawat awam, hampir 9 tahun berkhidmat. Aku pula berhenti kerja sejak lahir anak kedua dan buat bisnes aiskrim Malaysia kecil kecilan saja dari rumah.

Rezeki masa pregnant anak kedua, suami dapat beli rumah apartment tingkat 1. Walaupun macam flat, tapi suami aku dah buat tinjauan apa semua sebelum beli. Ada guard, kawasan tak ramai warga asing sebab ramai pemilik duduk.

Kereta kami guna Myvi second hand. Suami beli masa awal kahwin. Suami aku ni memang teliti jadi Alhamdulillah kereta tak banyak ragam. Hutang kereta dah habis, tinggal hutang rumah je. Lifestyle kami simple je, aku pun pakai bawal RM4 shopee je hehe.

Masalah yang buat suami (termasuk aku) serabut ialah bila abang ipar suami dan sepupu (kira adik beradik susuan sebab mak mertua aku susukan masa baby) selalu suka pinjam duit kat suami aku. Aku namakan abang ipar BangMan dan sepupu Jang.

BangMan ni dari awal kahwin dengan kakak ipar aku, sampai la anak 7 orang, memang tak kerja tetap. Ikut suka dia nak masuk bila, nak datang ke, bila kena buang kerja dia cakap la dia tak boleh kerja dengan orang.

Kakak ipar aku penjawat awam pangkat tinggi juga ye, tapi gaji habis untuk sara anak 7 orang yang kat U, SMK dan SK. Segala bil dan kereta dia tanggung, sekali dengan hutang yang BangMan buat. Pinjam kawan ni, pinjam kawan tu.

Kakak ipar pulak jenis diam, tak reti melawan. Mak mertua aku pulak takut nak tegur menantu, dia biarkan je anak perempuan dia tanggung semua.

BangMan bila dapat tau adik ipar kerja gomen, hari-hari wasap dan call mintak pinjam duit. Suami aku ni jenis baik, mula-mula hulur la sikit RM50. Lama-lama BangMan makin berani mintak pinjam ribu-ribu.

Time raya mula lah dia ajak suami aku minum kedai la, konon nak ajak suami aku masuk pelaburan itu ini. Ajak jadi partner kawan dia nak bukak bisnes la. Lepastu suruh suami aku buat loan.

Masa ni aku masuk campur dah, nasihat suami aku. Aku cakap dah jangan bagi, cukup. Dia sembang juta-juta kat kedai tapi last-last suami aku bayarkan.

Hidup kami tak mewah tapi cukup, nak makan luar takde masalah, impromptu holiday sekali sekala takde masalah. Aku tak nak nanti suami aku jadi kambing hitam.

Ok lah pasal Jang pulak. Jang ni mak mertua aku jaga dari baby sebab mak Jang ni, adik kepada mak mertua. Jang ni muda setahun je dari suami aku, mak susukan sampai umur 3tahun.

Berbanding BangMan, mak mertua aku ni ada la jugak pujuk suami aku buatkan loan untuk Jang. Jang ni dah kahwin, anak 4. Dia buat bisnes kedai makan. Jang mintak suami aku buat loan, sebab Jang nak bukak restoran kat bandar. Kira cawangan kedua lah.

Yang buat aku risau ialah, lifestyle Jang tak nak kalah. Pakai kereta import mahal, holiday setiap bulan. Dapat untung, enjoy.

Wife pulak kaki shopping. Semua nak tayang kat IG dan FB. Kwsp pekerja tak carum sampai haritu kena denda sebab ex pekerja report. Bila kebajikan pekerja tak jaga, pekerja lari. Bisnes pun kucar kacir.

Bila tak cukup duit nak bayar kereta, nak pinjam duit suami aku. Bulanan kereta Jang tu lagi mahal dari bayar rumah kami. Suami aku suruh downgrade tukar kereta, Jang tak nak. Bila tak dapat duit, dia mengadu kat mak mertua aku pulak aduhai.

Aku baca WhatsApp Jang kat suami aku. “Lupa ke waktu kecik membesar sama, pergi sekolah sama. Takkan bila aku susah kau tak boleh tolong”.

Masalahnya hutang Jang yang sebelum ni pun dia tak pernah bayar, kira-kira dekat 8k dah dia hutang suami aku. Pinjam sikit-sikit tapi bayarnya tak. Lepastu nak suruh buatkan loan, janji nak bayar bulan-bulan.

Raya baru ni Jang cakap kat suami aku (aku ada ye masa tu kat ruang tamu) “Anak baru 2, kecik lagi..bukan besar belanja”. Ewah, habis tu kami pulak ke nak tanggung family dia.

Yang buat aku bengang bila wife Jang ni suka update status merendahkan orang makan gaji.

Ada sekali dia share pasal orang gomen suka buat loan, aku saja like status tu. Terus kena block.. haha. Eh suami dia yang tak kerja gomen pun banyak hutang ye, cuma takde kena kejar bank je.

Sekarang ni aku jadi penasihat tak bertauliah belakang tabir suami aku. Jangan buat hutang untuk orang. Aku dah baca banyak sangat kes pemberi hutang pulak yang jadi pengemis duit sendiri.

Aku harap suami aku tetap pendirian sebab aku risau, dia buat loan diam-diam untuk Jang.

Ok lah tu je, semoga keluarga kecil kami dilindungi. Terima kasih sudi baca.

– Nini Harum Manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *