Luahan Postnatal

Hai semua. Assalamualaikum… Aku Sakura. F35, baru kawin setahun dan ada anak sorang. Seperti tajuk confession ni, aku nak luahkan apa yang aku rasa sekarang.

Kalau confession ni disiarkan mungkin aku baru saja habis berpantang anak first. Kiranya usia anak aku sebulan lebih. Tapi aku rasa nak give up betul jadi mak dan isteri. Tak tahu kenapa. 

Aku ni tak bekerja sejak trimester kedua sebab diberhentikan sebab aku mengandung. Sedih kan? Macam jadi kesalahan pulak mengandung ni. Pejam celik, lahirlah penghuni rahim aku yang pertama. 

Tapi struggle nya aku rasa jadi mak ni. Mungkin sebab sekarang anak aku dalam fasa growth spurt. Jadi dia asyik nak mengempeng dengan aku dan asyik menyusu setiap sejam.

Aku fully breastfeed. Tu yang tambah penat. Dengan sakit nipple bila anak tak ‘latch’ dengan betul. Belum lagi anak tidur sekejap2 sejam je terjaga. Aku la penat kena tidurkan balik. 

Setiap malam tidur aku akan terjaga setiap sejam or dua jam sebab anak nak menyusu. Laki aku tidur. Yela dia bangun pun bukan boleh menyusukan anak aku. Cuma aku akan kejut dia untuk tukar lampin anak. 

Laki aku baik, semua yang aku nak semua dia tunaikan. Nak bersalin swasta, nak hire confinement lady, nak beli itu ini untuk mudahkan penyusuan dan berpantang.

Cuma tu lah, aku tak tahu kenapa aku nak jeles dengan laki aku. Mungkin aku fikir dia tak perlu rasa sakitnya bersalin, sakitnya nipple crack bila anak menyusu (letak nipple cream pun tak sempat sembuh). Tido jangan cakap la sentiasa tak cukup. 

Sejujurnya aku memang rindu aku yang dulu. Tapi mana mungkin nak jadi macam dulu sebab apa2 kena dahulukan anak. Aku sayang anak aku.

Aku tahu, aku rasa dan fikir camni bukan salah dia. Dia manja nak mengempeng dengan aku pun bukan salah dia. Dia pun mesti la selesa dan trust dengan aku je sebab 9 bulan dalam rahim aku.

So memang tak masuk akal la kalau aku nak marah dia sebab jadi punca aku tak cukup tidur, tak sempat mandi bagai kan.

Kadang2 menangis tiba2 tak tahu punca la. Menangis pulak yang jenis sampai takde suara tu. Menangis dalam tidur pulak tu. Lost aku kadang2 tu. Anak hai anak.. 

Entah la, mungkin perasaan ni hanya sementara. Aku tak sabar juga nak cari kerja semula nak jadi diri aku yang dulu balik. Yang ada kerjaya yang ada duit sendiri dan macam2. 

Orang selalu cakap, sabarla, moment anak kecik tak kan selamanya. Kejap je dia akan besar.

Aku setuju la yang tu tapi nak mengharungi tu.. Mencabar juga nak lawan emosi sendiri. Sedangkan aku sendiri tak tahu apa yang aku tak cukup dan rasa loser. 

Doakan aku kuat untuk handle anak aku dan aku jadi ibu yang baik pada anak aku.

Terima kasih.

– Sakura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam buat puan sakura,

    Sebagaimana anak perlukan masa utk adjust dgn dunia baru, begitulah ibunya.

    Dont be harsh on yourself dan slowly hidup hari-ke hari dgn baby yang baru lahir tu.
    Maksud sy disini nikmatilah rutin baru mengikut jadual baby,utk sementara waktu.

    I know its not easy, sbb being a first time mom, kita akn compare diri kite pd masa takde anak.Honestly, semua ibu merasa begitu.

    Saya yang bersedia dan plan semasa anak pertama pon mmg alami kejutan sekejap utk lalui hari dengan anak pertama.

    Paling penting, adalah dapat support mentally dan emosi dari orang yang terdekat.

    Kalau puan struggle dgn tidur anak, utk 3 bln pertama ni baby tgh nak adjust, insyaAllah selepas 3 bln dia akn slowly dpt tdo mlm lama mcm orang lain.Puan boleh try tgk pge baby language.Byk sgt ilmu ttg bayi boleh dapat kt situ.

    Moga Allah mudahkan urusan puan sekeluarga ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *