Merindui Arwah Isteri

Hai semua. Maaf lah kalau aku tak pandai mana menulis cerita. Aku buat confession ni pon sebab ada terbaca yang terbaru ni, (https://iiumc.com/memuliakan-suami/).

Baca dari awal sampai akhir, tiba2 menitik air mata. Macam nampak isteri depan mata. Terbayang2 orang yang dah tiada.

Panggil je aku Durian. Aku nak cerita bertapa rindunya aku pada isteri aku dan tak pupus lagi wanita taat atas dunia ni macam penulisan memuliakan suami tu.

Arwah isteri aku ni masa awal2 aku berkahwin dengan dia, dia memang bukan sorang yang bekerja tau. Aku terima dia seadanya. Dia memang sorang yang baik. Sungguh lillahitaala aku kata, dia la isteri aku yang taat.

Aku ada 3 orang anak. Sorang 7, 5, 3. Selang 2 tahun je. Isteri aku pon dah meninggal 3 tahun. Tak sempat dia nak tengok anak kami yang ke 3. Isteri aku meninggal ketika melahirkan anak ke 3 kami.

Aku lah yang membesarkan anak2 aku sendiri. Bawak ke taska, bawak ke pengasuh. Settlekan diorang sekolah.

Orang kata kerja ni kerja perempuan. Tapi aku berjaya buat kerja tu bertahun2 tanpa bantuan orang perempuan. Tak terfikir aku nak berkahwin lain.

Arwah isteri aku ni sorang yang ceria tau. Sentiasa senyum. Aku balik je kerja mesti dia akan sambut dengan pemanis mulut dan air yang dia buat. Die sangat suka baking. Hampir setiap minggu dia akan baking.

Bile keluar viral soft cookies sekarang, aku teringat ke arwah. Arwah sangat2 sukakan soft cookies. Dan soft cookies arwah la paling sedap kami pernah makan.

Kate je dessert apa dia tak pernah buat. Semua dia dah cuba. Semua kami dah merasa. Cukup makan kami duduk bersama dia.

Anak aku yang sulong perempuan ye. Bile dia tengok soft cookies lalu lalang di merata socmed, dia mesti akan cakap, “ayah, ibu suka buat kite biskut dulu kan.”

Menangis aku mat. Jatuh air mata jantan aku. Salah ke aku rindu orang yang dah tiada.

Isteri aku, nak keluar walau ke depan rumah aje, akan telefon aku, “abang, saye nak ke depan kejap sidai kain tau”. Kalau nak keluar rumah, memang dia akan call sampai aku angkat la baru dia keluar.

Paling aku ingat masa aku hadiahkan dia kitchen aid kaler merah. Melompat2 dia suka. Sebab dia memang suka betul jenama tu. Die kata dia suka tengok anna olson pakai. Entah apa betul ke tidak aku eja. Aku pon tak tahu.

Dan arwah sangat suka menulis ya. Boleh dikatakan banyak buku dia beli sebab dia memang suka menulis.

Bile dia pergi, tak ada 1 pon keburukan aku yang dia tulis. Semua yang baik2 sahaja. Aku baca rutin harian dia. Aku baca resepi2 dia. Aku baca sinopsis dia buat sebab layan drama korea.

Tak pernah sekali pon dia marah aku. Jerit ke aku. Buat aku sangat sayang ke dia. Tahun terakhir kami bersama, masa dia mengandungkan anak ke 3 kami. Die sihat2 je tau. Sangat sihat. Cekap anak ok. Ibu pon ok.

Siap dia pesan, “kalau apa2 jadi dekat saya nanti, saya dah tulis berapa saya kene ganti puasa ya dan hutang2 saya. Abang tengok dekat buku kaler kuning tau” aku iya2 kan aje. Aku ingat dia bergurau.

26 june, 4 pagi. Arwah kejut aku sebab dah rasa contraction. Tapi dia nak tunggu sampai contraction kerap baru nak ke hospital.

Kami tunggu sehingga pukul 7. Dan dia nak ke hospital dah, aku bawak. Tapi aku tak boleh teman dia bersalin sebab masa tu musim covid.

Die peluk aku. Die salam aku. Die minta ampun, minta maaf. Kalau sepanjang dia jadi wife aku. Aku ada terasa hati. Baru dia naik ke labor room.

Menanti la aku macam ayam berak kapur depan wad bersalin. Aku tengok ramai petugas kesihatan masuk ke kawasan bersalin. Berlari2. Aku tak syak apa2 lagi.

Sekali yang datang ke aku nye, doctor. Bawak sorang baby boy, bertaging biru. Dan mengatakan, wife aku tak dapat diselamatkan. Jantung wife aku tiba berhenti setelah anak aku keluar. Dah buat cpr tapi no response.

Sekelip mata aku kehilangan orang aku cinta. Rasa nak runtuh dunia. Terkedu aku. Aku call mertua. Aku call ibu ayah aku. Menangis diorang .

Bayangkan betapa baiknya wife aku, sampai ibu ayah aku yang hanya mertua kepada wife aku, sampai tak lalu makan. Hampir murung. Aku lagi lah. Bagai nak gila.

Setahun aku tak boleh nak jejak kaki ke rumah aku. Aku rasa macam wife aku ada dalam rumah tu.

Selepas setahun aku melangkah masuk ke rumah kami, masih menangis aku. Anak2 jangan cerita la. Si kakak selalu menanya mana ibu. Die yang paling ingat sekali tentang ibu dia.

Sekarang cuti sekolah kan. Die selalu lah mention. “cuti ni, ibu suka pergi cameron yah” hahahaha.

Ye. Wife aku suka sangat pergi cameron. Die kata sejuk. Dia suka. Setiap tahun kami naik cameron. Sekarang aku bawak anak2, teringat wife aku.

Semoga syurga lah untuk isteri aku yang taat. Sangat2 taat…

– Durian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Isteri tuan mmg akn ke syurga kerana dapat redha tuan.Malah, meninggal sebagai syahidah pula tu.masyaAllah.

  2. minta maaf sy nak tekan icon sedih..tapi anak sy yg tekan icon lain yg tak sepatutnya. minta maaf ya..sbb once dah tekan tak boleh undo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *