Apakah aku yang salah???

Assalam.. Thank you admin sebab luahkan perasaan saya.. Jujur, saya lemah semangat sekarang ini.. Ibu bapa saya sudah meninggal dunia disebabkan kanser.. Kebanyakkan saudara saya juga meninggal dunia disebabkan kanser.. Kakak dan abang saya juga sedang menghidapi kanser dan kini sedang berubat di hospital.. Untuk pengetahuan semua, mereka semua menghidapi jenis kanser yang berbeza.. Berdasarkan situasi ini, saya juga tidak terkecuali akan menghidapi kanser disebabkan keturunan atas nasihat dari pakar perubatan.. Hampir setiap hari saya menangis mengadu pada Allah minta nasib saya supaya berubah, bebas dari sel kanser walaupun semua mengatakan ianya mustahil.. Apakah saya tidak redha dalam menghidapi takdir saya?? Salahkah saya masih mengharap pada Allah untuk mengubah nasib saya?? Saya tahu jodoh, ajal, rezeki telah ditetapkan.. Tapi salahkah saya berusaha dengan mengambil ubat-ubat untuk menghalang sel kanser aktif?? Apakah saya sedang menolak takdir saya?? Ramai mengatakan saya tidak redha dengan takdir saya.. Sejujur-jujurnya jauh dari lubuk hati saya, saya masih memegang harapan pada Allah supaya saya bebas dari penyakit walaupun realitinya harapan itu tiada.. Apakah salah saya kerana masih mengharap pada-Nya?

– Qis

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Form Link

4 Comments

  1. bertabahlah sis, doa itu senjata mukmin. dan juga, mungkin dgn doa dpt mengubah takdir. iya, usaha dan niat ubat hanya asbab. byk dekat dgn dia, in shaa Allah. jika sudah takdirnya, jgn bersedih, kerna ada sesuatu yg Allah janjikan pd sis

  2. Saya pesakit kanser, diagnose tahun lps pd usia 26 tahun. Kini masih dlm rawatan intensif chemotherapy. amat wajar sis berusaha utk mengelakkan penyakit, berusaha bkn bermaksud x redha dgn takdir. Selagi ada ruang, kita usaha. sama seperti kita jg pemakanan dan lakukn aktiviti senaman utk elak kencing mnis, drh tinggi dll. Itu jg usaha utk elak penyakit. Teruskn berdoa, abaikn kata2 orang.

    walau bgaimnpun pembentukn dan kejadian kanser ini adalah sesuatu yg sgt kompleks di peringat sel, mostly diluar kawalan kita. Ada jg kemungkinan sis xkn dpt kanser wpun ada strong family history in malignancy. Tp jika takdir Allah sis diuji dgn kanser, di situlah sis kena redha dan usaha cari penawar. Kuatkn semangat ye sis. Allah uji sbb Allah ingt pd kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *