ARAK / BABI / ROKOK

Salam.
Bro nak tanya sikit pasal benda haram ni.

"Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, terdapat 10 golongan yang dilaknat oleh Allah SWT:
1) orang yang memerah arak
2) orang yang diminta arak diperah untuknya
3) orang yang meminumnya
4) orang yang membawanya(arak)
5) orang yang meminta dibawa arak kepadanya
5) orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7) orang yang menjual arak
8) orang yang mendapat hasil daripada arak
9) orang yang membeli arak
10) orang yang meminta dibelikan arak untuknya
(hadis riwayat Ibnu Majjah dan At-Tirmizi)"

Hadis atas ni sahih kan? sorry la bro ni agamanya tak ada la kuat mana. hrrrmm. tapi bro nak tanya, hadis ni pasal arak je ke?

Kalau orang yang jual babi, dapat hasil jual babi, bagi non-muslim makan babi etc, haram tak? Contoh alasan: "Memang makanan diorang"

Lepas tu, pasal rokok. Hisap rokok sudah difatwakan jatuh hukum haram. Kalau orang yang jual/tolong belikan rokok macam mana pula? Contoh alasan: "Bagi 'tenaga'"

hmmm. mohon pendapat/penjelasan daripada mereka yang arif. Semoga post ni bermanfaat juga untuk orang tak berapa nak ada ilmu agama macam bro. syukran! :)

– Bro Curious

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *