Arwah Ibu Tiada Media Sosial

Salam semua. Ibu aku baru meninggal tahun lepas. Ibu tak sakit dan tiba-tiba meninggal dalam tidur lepas dia tahajjud. Ibu meninggal dalam telekungnya sambil memeluk al-Quran, memang itu rutin ibu sejak bersara.

Untuk pengetahuan semua, ibu aku duduk dengan kami suami isteri selepas bersara. And, lepas saja arwah ibu meninggal, suami decide untuk jaga emaknya pula di rumah ni.

Aku ok alhamdulillah. Aku dan emak mertua pun memang baik, cuma bila aku jaga mak mertua aku ni, aku jadi terkenang betul kat arwah ibu.

Aku secara tak sengaja ter’compare’ antara arwah ibu dan mak mertua aku. Aku ambil banyak pengajaran. Aku harap semua tak salah faham tentang sharing aku ni.

Sebelum aku pergi lebih jauh, aku nak bagitau yang arwah ibu dan mak mertua aku adalah sebaya.

Bezanya cuma arwah ibu adalah pesara dan pekerja profesional di bandar manakala mak mertua aku adalah pembantu kedai makan dan duduk di kampung. Sekarang mak dah tak kerja dan duduk dengan kami.

Ibu aku, walaupun pekerja profesional, dia tak ada medsos. Tapi dia bersosial dengan sangat baik dengan semua manusia di sekelilingnya.

Ibu tak pernah bercakap buruk tentang orang, selalu tenang dan tak tahu pun trend semasa, media sosial dan semuanya. Aku tak pernah nampak ibu aku ralit dengan telefon.

Ibu aku bukan jenis alim tapi biasa-biasa je. Cuma, lepas bersara dalam 5 tahun tu aku nampak sangat usaha ibu untuk menambah amal, belajar, istiqomah dan buat macam-macam cara untuk tambal ilmu dan amalan.

Lepas bersara lah paling obvious aku nampak rutin harian dia dalam beribadat tu teratur.

Walaupun ibu baru pindah rumah aku, ibu cuba usaha sendiri untuk baik dengan semua orang dan cari kelas nak belajar. Aku bangga sangat dengan ibu, dan Allah memuliakan ibu dengan cara kematiannya.

Perkara yang aku ingat sangat berbual dengan ibu ialah masa aku bagitau yang aku tak sabar nak bersara dan ada rutin macam ibu. Ibu senyum je waktu tu. Ibu pesan, belajar urus masa dengan media sosial.

Sekarang ni, orang muda ke, tua ke, semua hanyut habiskan masa di media sosial sampaikan nak beribadah dengan tenang tu tak ada masa. Dan ibu cakap, sebenarnya dia pun takut kalau diuji begitu, lagi-lagi di penghujung usia.

Berbeza dengan mak mertua aku. Aku jadi risau sebenarnya bila dah umur macamni, mak mertua aku masih sibuk dengan Facebook dan Tiktok.

Setiap masa mak aku akan on the phone dengan kawan-kawan silih berganti. Dan topik perbualannya adalah tentang orang lain.

Bukan tak pernah kami offer untuk enrol emak ke kelas-kelas, tapi emak beralasan. 24 jam duduk di bilik dan aku pernah ternampak mak buat LIVE tiktok dengan kawan-kawannya. Tidurnya selalu lewat, bangunnya juga lewat.

Kadang kami yang perlu kejut untuk bangun subuh. Sebelum ni, aku tak perasan langsung MIL begini, cuma perihal 24 jam berkepit dengan handhone tu memang aku maklum.

Entahlah. Benda ni buat aku terus teringatkan arwah ibu.

Masa ibu cakap pasal aku tentang uruskan masa gunakan medsos tu, aku macam tak terfikir yang rupanya ada warga tua yang hanyut keterlaluan dengan medsos ni, dan orang tu ialah manusia yang paling dekat dengan aku.

Dan aku rasa, trend orang tua yang ketagihan medsos ni semakin membimbangkan. Kawan aku baru saja mula bangkit dari trauma yang melampau selepas ayah dia meninggal. Tapi yang di trauma tu bukannya disebabkan kematian ayahnya.

Tapi bila tiba-tiba muncul seorang wanita warga asing yang mengaku isteri kedua ayahnya, sambil bawa anak berusia 4 tahun sewaktu pengebumian ayahnya.

Tersebar semua aib. Balunya pengsan. Rupanya lepas bersara, arwah ayahnya terlibat dengan kancah zina selepas terpengaruh dengan dating apps.

Lalu, berkahwinlah dengan wanita itu bersama anak yang dikandungkan. Dan kisah madu dan adik barunya hanya diketahui selepas ayahnya meninggal. Bahana iklan-iklan yang lalu di media sosial.

Apapun, tujuan aku share ni bukan nak mengangkat ibu aku dan merendah-rendahkan mak mertua aku. Aku hanya nak ajak kita semua bermuhasabah. Kita ada pilihan untuk gunakan medsos dengan dengan baik.

Dan jika Allah izinkan kita dipanjangkan umur sehingga menikmati usia persaraan,

Semoga kita dapat gunakan masa-masa yang bersisa tu untuk beribadah dengan berkualiti.

Kalau korang dapat sesuatu daripada tulisan aku ni, boleh tak korang tolong doakan arwah ibu dan ayah aku?

Terima kasih semua.

– Tiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *