Asam Garam Study di Amerika II

Untuk part I, (https://iiumc.com/asam-garam-belajar-di-amerika/).

Alhamdulillah, pertamanya terima kasih kepada pihak admin yang menyiarkan tulisan saya ini dan bertemu kembali pembaca yang mulia, setelah agak lama saya berehat dari menulis di ruangan ini, hanya membaca je luahan hati penulis-penulis lain.

Maka kali ini saya ingin menyambung lagi kisah saya semasa study di Amerika dulu atas tajaan kerajaan. Sekitar 90an gitu.

Tulisan ni tak panjang, saya guna 2 muka surat A4 saja. Ianya juga sebagai iktibar dan pemberi semangat kepada pembaca semua untuk membuat usaha ugama ke seluruh alam.

Sebelum ini saya ada menulis dengan tajuk yang sama, pembaca boleh rujuk tulisan saya sebelum ini..

Sebenarnya ianya sunnah juga, menceritakan tentang khuruj kepada orang lain. Ianya di sebut (Karguzari dalam bahasa Urdu).

Di zaman Nabi saw, bila sahabat pulang dari khuruj yang dihantar ke mana-mana tempat, oleh Rasulullah saw dan bila mereka kembali Nabi saw akan bertanyakan ehwal mereka semasa keluar dakwah itu, mungkin ada perkara yang perlu ditambahbaik dan sebagai pemberi semangat kepada yang lain.

Sebab itulah kita ada mendengar kisah-kisah khuruj para sahabat Rhum. Di dalam sejarah perkembangan Islam keseluruh alam ini.

Suatu kali tu kita jemaah yang diikuti oleh pelajar Melayu dan Arab dll bangsa, bergerak ke utara ke satu kawasan di Northwest Amerika, negeri Washington State.

Dikawasan berdekatan dengan Bandaraya Seattle. Dekat juga dengan kilang Boeing, syarikat yang membuat kapalterbang yang terkenal itu. Sebagai khuruj bulanan.

Kat Malaysia kita panggil khuruj Keluar 3 hari setiap bulan. Washington State adalah negeri dibelah barat Amerika berbeza dengan Bandar Washington DC yang terletak di sebelah timur Amerika walaupun namanya seakan-akan je..

Selepas kita berkumpul di Masjid di tempat saya, di negeri Oregon dan selepas taklimat ringkas (Bayan Hidayah) oleh Ketua Jemaah (Amir Sahb)

Dan selepas Isyak kita bergerak dengan dua atau tiga buah kereta ke bandar tersebut (lupa dah jumlah kereta tu) yang mana terdapat university dan ramai orang Islam belajar di situ termasuk pelajar dari Malaysia, Arab, Pakistan, Cina dsbnya.

Perjalanan nya 2 jam lebih juga melalui lebuhraya 4 lorong (dipanggil Freeway) cuma pada masa tu belum ada tol lagi. Jalannya lurus dan tak sibuk jadi perjalanan pun lancar je.. Cuaca amat sejuk diluar. Dalam kereta dilengkapi pemanas (heater) untuk memanaskan penumpang dalam kereta.

Kat negeri ni kereta tak perlu aircon, yang penting ada heater untuk memanaskan badan kita dalam kereta tu.Kalau tiada heater dalam kereta, boleh beku penumpang dalam kereta tu.

Masjid yang kita pergi ni agak selesa dan masih baru, walaupun tak besar mana. Mungkin kat Malaysia kita panggil surau je, kalau saiz bangunan yang sebegitu, tapi kalau di Amerika dah kira masjid yang bagus, sebab bukan senang nak bina sebuah masjid yang besar di negara yang agak anti islam ni.

Tu pun tiada kubah yang tinggi-tinggi hanya bangunan dengan sign board menyatakan ianya sebuah masjid. Didalamnya lengkap dengan peti sejuk, air paip yang panas 24 jam, dan dapur, oven dan lain lain kerana kalau tiada air panas memang susahlah nak wudu dan mandi dll. Cuaca amat sejuk, macam air batu.

Biasanya dalam peti sejuk tu ada daging halal dan kita boleh guna je. Boleh bayar kemudian. Kadang kadang orang tempatan akan sediakan makanan untuk kita. Makan nasi arab je la dua tiga hari ni.

Jadi jemaaah kita hanya tumpu kepada usaha ziarah dan taklim dan lain lain amal semasa khuruj jika orang tempatan sediakan makanan.

Seperti biasa dalam jemaah dakwah Tabligh ni, amal yang penting ialah Ziarah, atau Jaulah dalam bahasa arab, atau Gash dalam bahasa urdu. Ulama pesan, Ziarah ni tulang belakang usaha dakwah dan dakwah tulang belakang usaha ugama.

Selepas asar biasanya kita buat ziarah jaulah. Kita tashkil orang tempatan, siapa yang sedia kenderaan kerana di sana orang islam tinggal jauh-jauh dari masjid bukan macam di Malaysia, keliling masjid adalah orang islam.

Di sana ziarah kena ada kereta sebab kadang kadang brother yg kita nak ziarah tu tinggal 20, ke 30 km dari masjid.

Kami pergi satu kereta ziarah pelajar Malaysia, yang rahaba nya (penunjuk jalan) ialah pelajar Melayu juga.

Bila kita ketuk pintu satu apartment tu, saya agak terkejut kerana kawan senior saya yang tinggal disitu, saya panggil dia Abg Man (bukan nama sebenar) dan dia pernah datang ketempat saya dulu di Oregon, bersama seorang kawan perempuan Melayu juga.

Dan kami dijemput masuk ke dalam apartment mereka, kita pun masuk dan mutakallim (jurucakap) mula bercakap hal hal agama, solat, yakin akan Allah.

Saya terpandang dalam bilik tidur, yang pintu nya terbuka luas, tu ada seorang pelajar perempuan melayu yang pernah datang bersama Abg Man tu ke tempat saya dulu dan kiranya ada tiga orang dalam rumah tu, 2 lelaki dan seorang perempuan. Mungkin diorang tengah study kot. Kita pelajar melayu suka study sama sama….

Kebetulannya juga dapatlah saya tahu tempat tinggal Abg Man, walaupun tak planning pun nak jumpa. Abg Man ada hasrat nak kahwin dengan kawan perempuan gf dia tu. Kita sangka baiklah.

Gitu lah, pelajar Melayu kita di sana ketika itu. Tapi tak semua buat gitu. Satu dua je. Abg Man ni bagus, dia sedia pergi masjid setelah di tashkil.

Dan selepas kita pergi pula ke apartment yang seterusnya. Agak jauh juga dari apartment yang tadi kali ini di kediaman pelajar Arab.

Kami sampai di satu apartment dan bila diketuk pintunya, terjongollah seorang ‘girl’ Minah Salleh, macam rupa penyanyi Cindi Lauper sekali imbas, dalam belasan tahun, yang agak cantik jugalah.

Penyanyi Cyndi Lauper ni sezaman dengan Michael Jackson, Lionel Richie dll, kalau kawan kawan orang lama semua masih ingat.

“Khalid is here?”, kawan saya bertanya, dengan broken english,

Dan dengan selambanya ‘girl’ tu beritahu, “ooo, Khalid went out for a while, to buy some beer, He’ll come back soon”, … ikhlas betul ‘girl’ ni pun, nak cerita semua, kami rasa terkejut dan juga malu kerana orang islam, arab pulak tu, pergi beli beer dan enjoy dengan si ‘girl’ ni,

Yang sepatutnya, orang arab ni yang datang jumpa kita ajar kita agama, ni dah terbalik, kita orang melayu datang jumpa orang arab, ajak ke masjid untuk buat usaha agama.

Kami pun cepat cepat beredar dan pesan kepada ‘girl’ tu suruh Khalid pergi masjid, kerana kawannya nak jumpa.

Tulah keadaan umat islam sekarang, dah jauh dari agama yang dibawa oleh Nabi saw tambahan pula tinggal di negara Amerika yang bebas ni.

Kita pun tak tau, kalau diuji dengan kekayaan mungkin ramai awek yang cantik keiling pinggang juga. Mujur juga tak kaya semasa kat Amerika ni. Ada hikmahnya juga.

Setelah hampir waktu Maghrib kami pun kembali ke masjid dan masuk, dan tertibnya setiap orang buat doa ringkas agar saudara yang kita ziarah tu dapat datang ke masjid, dapat hidayah.

Selepas Maghrib ada program Bayan (penerangan ringkas), dan ramai pelajar Arab hadir di masjid disitu, disamping jemaah bangsa lain dan Khalid pun ada hadir juga.

Kami rasa terharu juga kerana walaupun Khalid dalam keadaan sibuk dengan ”girl” nya nya kat rumah tu tapi masih ada masa nak datang ke masjid dan berborak berkenal mesra dengan kami. Nampak air muka dia gembira dapat berjumpa kami di masjid itu.

Sifat orang Arab ni, dia mudah akur bila kita nasihat agama kepada mereka. Dan mereka amat hormat kita orang melayu. Harapnya dia kahwinlah dengan awek dia tu, kembar ‘Cyndi Lauper’ tu.

Setelah dua hari di sana, jemaah kami pun balik ke Oregon semula pada hari Ahad, kerana esok nya hari Isnin ada kelas di university.

Banyak lagi usaha yang kami perlu buat dan masih ramai orang islam di situ yang tak sempat kita jumpa untuk ingat mengingati sebagaimana perintah Allah swt dan sunnah Nabi saw, amar maaruf nahi mungkar.

Jadinya kita semua kena buat usaha Nabi saw ajak manusia kepada agama walau dimana berada, dan di Amerika, Australia, seluruh dunia.

Jemaah usaha terus berjalan, kawan kawan saya tengah buat usaha dakwah di negara New Zealand, dan ada yang baru balik dari Brazil, setelah beberapa bulan buat usaha dakwah tabligh di sana.

Jadinya, kita semua kena ambil bahagian, lelaki dan wanita kena korban untuk agama, keluar ke seluruh alam.

Akhir kata, apa yang baik dari Allah, apa yang buruk dari nafsu saya sendiri. Harap semua sedia insyaAllah. Boleh lah pembaca komen untuk meningkat lagi usaha ugama ini. Wassalam.

– Zaki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *