Ibu Dan Duit

Assalamualaikum pembaca, seperti tajuk di atas, mungkin kedengaran sensitif. Tapi ya, itulah yang membelenggu fikiranku.

Aku seorang perempuan telah berkawin, berusia pertengahan 30-an. Ada kakak, dan adik-adik yang semua dah bekerja.

Kami semua adik-beradik perempuan. Ibuku pula kini seorang ibu tunggal berusia lewat 50-an.

Nak kata masih sihat, Alhamdulillah ok. Sesekali mengadu sakit kaki, sakit lutut. Tapi ibu seorang yang aktif mengikuti rombongan rakan-rakan kelas agamanya ke negeri sana, negeri sini.

Aku dan suami serta seorang anak kami tinggal bersama ibuku menemaninya. Suamiku kerja off shore jadi pulang sebulan untuk 3 atau 4 kali saja.

Apa yang aku nak luahkan adalah sikap ibuku yang sangat sensitive tentang duit nafkahnya. Bukanlah nak memburukkan beliau, cuma kami kadang-kala terkilan dengan sikapnya sampai rasa redanya jauh jika anak itu culas bagi nafkah.

Tiada kompromi bab duit, Jika bulan tu salah seorang anaknya ada masalah kewangan dan terpaksa hulur dalam jumlah sedikit daripada kebiasaan, ibu mula tarik muka, merajuk.

Ibu setiap bulan dapat pencen arwah abah, tapi tak laa besar sangat. Setiap bulan terima dalam RM1,200. Namun, arwah abah tak meninggalkan apa-apa hutang.

Rumah dah habis bayar, kereta ada sebuah yang masih hutang tapi itu dah diselesaikan oleh kakak apabila dia mengambil kereta tersebut.

Jadi, pencen arwah abah digunakan oleh ibu untuk dirinya serta bayar bil elektrik dan duit belanja dapur. Aku yang menghuni bersama turut juga beli kan sedikit stok makanan basah dan hulur duit setiap bulan tanpa gagal.

Aku nak beri banyak pun tak mampu sebab kerja ku cuma sebagai juruwang di pasaraya. Setiap bulan aku beri mak RM250 dan topup barang dapur serba sikit. Tapi aku sering belanjanya makan di luar.

Suamiku pula hulur jika ada wang lebih, kalau tak ada, hanya belanja makan mak bila dia balik. Manakala dua kakakku hulur juga pada mak RM150 dan seorang lagi kerja part time hanya mampu beri RM100.

Adik bongsu masih bujang pula tinggal di KL dan hulur mak RM200. Tapi tu laa ibu ku selalu rasa anak-anak hulur duit padanya kecil. Dia akan ungkit bayar bil, cukai dan perbelanjaan dapur yang selalu cecah RM300.

Bila ada kawannya cerita anak mereka hulur mak dia besar seperti RM500- RM600, dia akan ungkit pada semua anak-anaknya seperti memberikan mesej untuk contohi anak rakannya.

Masalahnya, kemampuan kami setakat tu. Aku dan kakak-kakakku ada anak yang memerlukan duit. Kami masing-masing berkongsi dengan suami sendiri bayaran kereta, pengasuh anak, pampers dan susu. Gaji pun setakat RM2,000.

Insurans pun wajib. Bukan nak cerita suami tak mampu, tapi duit suami tak beranilah kita nak tentukan. Dia juga ada ibu bapa yang perlu dihulur.

Bukan setakat duit nafkah, tapi segala barangan rumah kami kongsi adik-beradik dan ibu. Contoh ibu nak cat rumah, kami semua adik beradik akan kongsi sorang RM100 atau lebih jika yang berkemampuan.

Wifi, water filter, astro dan bil telefon mak semua kami adik-beradik bayar. Mak tak nak terminate semua benda ni, jadinya duit nafkah diberi setakat tu saja.

Mesin basuh dan peti ais rosak, mak beli baru, kami hulur sama-sama.

Ya, kami belum layak dikategorikan anak solehah dan duit ni tak mampu nak tandingi kudrat ibu, tapi itu jek laa takat kemapuan kami. Tak ada kami berbelanja lebih beli emas atau mekap mahal-mahal.

Beli pun ikut keperluan, sesekali shopping handbag harga RM200-300 tu pun bila suami masing-masing dapat bonus.

Tapi bila time dapat duit terpijak, kami beri mak duit lebih atau belanja dia makan di restoran mewah. Orang kata untuk rasa-rasa.

Tapi, selain daripada tu, aku dan kakak semua hidup sederhana. Kemampuan kami hulur pada mak itu jek lah. Menyimpan pun mampu RM100 jek sebulan.

Bukan aku dan kakak tak boleh demand gaji, namun untuk teman ibu (seorang lagi kakak tinggal 20km dari rumah ibu), kami terpaksa akur dengan kerja yang sesuai dengan kelayakan kami di pekan.

Kalau kami pindah ke bandar besar, boleh saja kerja hebat, gaji hebat, tapi ibu seorang diri.

Tapi mak suka repeat cakap “duit banyak beli itu ini. Anak kawan mak hulur mak dia besar. Dalam hati mak cakap seronoknya anak dia macam tu.”

Pernah adik bongsu beri ibu RM50 bulan tu sebab keretanya rosak, masuk bengkel banyak kena tukar, jadi banyak pakai duit. Tapi ibu merajuk dan langsung tak angkat call adik apatah lagi nak reply what’s app nya.

Kalau pembaca di tempat ku, apa kalian rasa bila mak suka ulang cerita-cerita macam ni.

Kami sekeluarga berjalan setiap tahun pun kami share duit adik beradik termasuk suami masing-masing, tapi ibu tak perlu bayar. Bawa jalan-jalan makan semua ibu tak perlu keluarkan duit apatah lagi minyak kereta.

Tapi bila selalu rasa seolah-olah anak-anaknya berkira buatku rasa tersentak.

Aku pernah tegur dia, jauhkan diri ibu pada kawan-kawan yang bercerita macam ni. Anak-anak beri ikut kemampuan, ibu jangan banding.

Seorang ibu perlu reda pada anaknya asalkan anaknya tak kurang ajar, tak buang dia atau benda-benda yang derhaka.

Janganlah disebabkan duit nafkah boleh jadi anak-anak lebih jauh hati dengan ibunya.

Kami kadang-kala terasa untuk keluar dari rumah ibu, yang kakak rasa nak kurangkan balik kampung sebab bila datang ke rumah, ibu akan cakap dia korek-korek duit beli ikan ayam untuk anak-anak balik. Kalau dia seorang diri, makan ikan masin pun takpe.

Tapi ibu seorang yang penakut, tak boleh tinggal rumah seorang diri.

Kalau aku balik ke rumah mertua untuk beberapa hari, ibu akan tanya mana-mana kakak yang berkelapangan untuk tidur teman dia di rumah. Atau ibu pergi ke rumah mak saudara kami dan tidur di sana.

Tapi, bila ibu rasa kami di rumah seperti beban, aku rasa macam jauh hati bila tinggal di sini. Entahlah.

Walaupun apa yang kami beri tak terbanding dengan pengorbanannya, tapi kami berusaha tunaikan apa yang wajib daripada seorang anak iaitu doa.

Wang ringgit kami tak mampu bagi banyak, tapi doa untuk ibu dan arwah abah tak pernah putus. Salah ke ibu jika kami beri apa yang termampu?

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ibu anda jenis tidak tahu bersyukur. Nasihatkan dia jangan bandingkan anak dengan anak org lain. Dia dah ada pencen ayah dan anak2 hulur sorang sikit tu dah lebih dari cukup bagi orang tua mcm dia. Adik beradik kena kumpul dan luahkan rasa dan terangkan keadaan kewangan masing2 dan minta maaf dgn mak yg kamu semua tidak dpt penuhkan semua impian mak lagipun kamu semua perempuan dibawah tgjwb suami dan ada tgjwb sendiri pd keluarga kecil. Nasihatkn emak tu jgn tahu merajuk sebab seorg ibu yg baik sentiasa reda dgn bantuan anak2nya. Sedarkn ibu awak walaupun ini memedihkan tp bukan niat derhaka. Jangan jd ibu yg tamak sedangkn anak juga berjuang utk hidup.

  2. Slm confessor. Actually, sikap mak mengundang anak benci dan kecewa.
    You kena bertegas ttg soal duit ni sbb you ada life dan tanggungjawab you sendiri. Lgpun, mak u lebih dr cukup utk hidup dgn duit pencen arwah suaminya. Lagi pula , arwah bapak u tak meninggalkan apa2 hutang.

    Tegur direct je sis. Jgn berlapik2 sbb apa ni dh jadi salah 1 sikap buruk dia yg akn jadi duri dalam daging utk u dan adik-beradik u semua.

    Sikap u ni lebih kurang mcm mak I tp terus terang I bertegas. Jgn nak jadi materialistik bila dh berada di umur2 senja ni. Mmg I dan adik beradik takkan layan dan marah. Kadang org tua ni kita jgn nak ikutkan perangai pelik2 dan tak semengah diorang

  3. Dah tua² kalau kurang iman memang perangai dan pemikiran akan kembali ke zaman budak². Kalau masa kecik kedekut, dah tua jadi kedekut, kalau kecik dulu suka perangai bukan², tua² akan jadi seperti itu semula. Sebab itu kita kena sentiasa jaga hati kita dengan solat, al-quran tak tinggal. Supaya kita tak menyusahkan orang yang jaga kita masa tua. Saya taktau nak nasihat macam mana, cuma boleh ingatkan utk diri sendiri saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *