Tersakiti

Terima kasih admin jika menyiarkan luahan aku ini. Aku seorang isteri dan ibu, berumur awal 40an. Ini kisah aku dan suami. Aku namakan dia Haris. Tahun ini akan menjadi tahun ke-sepuluh perkahwinan kami.

Aku kenal Haris melalui keluarga. Kakak dia dan kakak aku berkawan baik. Terus dirancangnya perkenalan kami. Selepas berjumpa kali pertama aku rasa dia ok, dan boleh go on. Aku tak tanya perasaan dia.

Lepas itu dia ada ajak berjumpa tapi aku mengelak sebab memang tak pandai aku nak keluar berdua dengan lelaki.

Selepas ayah aku tau mengenai kami ayah aku nak kami berdua cepat kahwin walaupun aku masih nak cuba mengenali dia.

Ibu aku tiada masalah dan dia juga setuju untuk kami lebih kenal tapi semuanya kena ikut keputusan ayah. Bagi ayah, aku umur aku dah 30, kenapa nak tunggu lagi.

Selepas 6 bulan kenal kami bertunang. Tempoh bertunang adalah setahun.

Semakin dekat dengan tarikh kahwin, selepas kami keluar untuk membeli barang persiapan kahwin aku perasan dia lain.

Selepas aku paksa dia baru dia berterus terang yang dia rasa dia tak nak teruskan perkahwinan sebab katanya aku chubby, berisi, gemuk.

Aku tanya kenapa baru sekarang cakap macam ni, dah dekat sangat dengan tarikh kahwin. Aku kata semua terserah kepada dia. Aku tak nak beritahu keluarga aku apa-apa. Kalau dia rasa tak nak teruskan aku minta dia yang beritahu keluarga kami.

Selepas seminggu dia beritahu aku takpa kita teruskan sahaja. Aku tak tau perasaan aku. Aku cuma fikirkan ayah aku, keluarga aku dan persepsi orang kalau aku tak jadi kahwin.

Dia orang yang baik tapi aku memang tak rasa sayang dia kat aku. Selepas kahwin, kali pertama dia sentuh aku selepas 5 bulan kami kahwin.

Aku macam reda saja masa tu sebab aku rasa macam aku salah sebab ajak dia kahwin cepat. Selepas tu memang agak jarang kami bersama. Ada nya bila aku cuba gedik-gedik juga dia tolak je aku.

Aku selalu rasa diri aku sehina sampah. Semua ni aku tak cerita kat siapa-siapa pon. Kat family lagi lah tak, aku cuba sangat jaga air muka dia kat family aku. Dia pun tak pernah burukkan aku kat family dia.

Bila aku sedih lepas dia tolak aku, aku cuma mampu berdoa supaya dia terima aku seadanya.

Tahun ketiga kami kahwin, alhamdulillah anak tunggal kami dilahirkan.

Aku rasa semua orang pun pantang dengan suami 100 hari tapi aku tak pun sebab 6 bulan selepas aku melahirkan barulah kami bersama, itu pun sekali saja sebab selepas tu 7 tahun kami tak pernah bersama.

Aku cuma puaskan dia sebab aku masih rasa bersalah tak dapat layan dia selayaknya, sebab aku tak kurus-kurus dan dia tak lalu dengan aku.

Aku kadang-kadang tak kisah sangat bila kami tak bersama tu sebab dah 7 tahun kan, aku pun dah kurang rasa untuk itu, tapi aku sedih sebab aku selalu tak rasa yang aku ni isteri orang.

Haris orang yang baik tapi dia baik dengan semua orang. Dengan aku pun dia baik tapi baik macam kawan2. Dia tak pernah nak duduk belai2 aku macam rasa kasih seorang suami untuk isteri tu.

Dia pon boleh tahan mulut suka melawak kasar, bila aku terasa hati dia tak pernah nak pujuk aku, selalunya aku pujuk diri sendiri saja. Selalu juga aku terasa dengan dia tapi aku mampu menangis saja dan move on.

Dia juga selalu tak percaya apa yang aku cakap. Aku sampai fed-up bila bercerita apa-apa dengan dia, dia asyik “ye ke, ye ke, tak kan lah macam tu” aku macam rasa eh kenapa aku nak tipu pulak. Selalu juga aku rasa macam nak berpisah saja.

Ayah aku dah lebih dua tahun meninggal, so aku rasa ok kalau pisah sebab aku tak perlu fikir pasal ayah aku lagi. tapi kesian pulak kat Haris.

Anak kita orang tak rapat sangat dengan dia, banyak dengan aku saja. Kalau berpisah nanti macam mana hubungan dia dengan anak lagi. Haris pulak ada masalah dengan kerja dia sekarang, aku tak nak lah tinggalkan dia saat dia susah macam ni.

Aku ada je cerita dengan dia apa yang aku rasa ni tapi sekali cakap sekali je buatnya. Lepas tu dia buat tak tau balik.

Takkan lah aku asyik nak communicate dengan dia apa yang aku nak nanti dia ingat aku gatal dan asyik nak bercinta dengan dia pulak. Bagi aku biarlah dia buat dengan ikhlas yang lahir dari hati dia.

Mungkin aku pon ada salahnya. Dia pernah kata yang aku suka mengarah dia. Aku tak perasan pulak hal tu. Tapi aku tahu dia orang yang boleh bersabar dengan aku sebab aku sedar aku pun baran juga kadang-kadang.

Sepanjang 10 tahun ni bukanlah kita orang asyik bergaduh dan sedih, selalunya di mata orang aku dan Haris ni nampak baik-baik dan bahagia sangat.

Family kita orang tak pernah tau pasal ni dan bagi mereka kami berdua ni tak ada masalah tapi dalam hati aku, aku dengan Allah je tahu.

Aku nak bersedih pun aku kena fikir perasaan dia tapi siapa yang nak fikir perasaan aku. Kenapa aku saja yang kena lupakan apa yang aku rasa.

Aku pernah tanya dia sayang aku tak, dia kata sayang tapi aku tak rasa sayang tu.

Aku selalu nak blame orang lain apa yang aku rasa ni termasuklah blame arwah ayah aku sebab nak sangat aku kahwin cepat, blame orang sekeliling aku tapi aku sedar tak boleh nak salahkan orang, takdir aku yang macam ni mungkin.

Selalu aku doa untuk Haris sayang aku dan boleh terima aku tapi entahlah mungkin banyak sangat dosa aku sebelum ni jadi Allah hold dulu doa aku untuk ampunkan dosa aku yang lain.

Mungkin aku takkan bahagia di dunia ni dan Allah nak bagi kat akhirat nanti, who knows.

– Buntal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *