Alam Pekerjaan

Salam semua. Saya just nak luah. Kalau nak bagi pendapat, lagi saya alukan dan terima kasih banyak2.

Saya rasa saya mempunyai masalah dalam alam pekerjaan.

Saya sudah bekerja selama 5 tahun sebelum ini dan saya memang sangat produktif dalam bekerja.

Saya baru bertukar kerja tahun lepas dengan gaji yang baru (+ 2000) dan bidang yang baru. Tapi saya rasa macam tersilap langkah la pula.

1) Tempat kerja di sini terlalu relax. Tiada punch in punch out. Flexible hours. Boleh pilih sama ada WFH atau WFO. Yang penting kerja siap.

Saya pula sudah terbiasa dengan disiplin lunch hour, break hour yang ditetapkan.. Jadi agak susah nak adapt.

2) Tidak terlalu ramai colleagues kerana kebanyakan memilih bekerja di rumah. Orang yang berlainan datang ke office setiap hari.

3) Office yang maha sunyi kerana saya suka bekerja di office. Makanya kadang2 hanya ada 5-6 orang satu2 masa. Jadinya, saya kurang kawan dan terasa lonely sangat2.

Padahal saya memang dah bagitau saya nak kerja di office sewaktu iv. Tak sangka pula saya sorang je yang selalu ada di office sebab bos saya tak bagitau pun berkenaan hybrid ni. Haha. Sebelum ni sudah 3 tahun wajib WFH.

4) Saya bekerja di dept IT tetapi bahagian biasa2 sahaja. Makanya setelah 5 bulan saya bekerja, saya dapati bidang saya ni memang tiada kerja.

Setiap hari hanya 30 minit-1 jam bekerja sebab kena tunggu report dari PIC. The rest, sama ada wayang depan kawan2, pura2 busy atau main fon.

Itu belum lagi kalau dekat dengan perayaan apa2. Seminggu sebelum raya hanya tercongok di meja menghadap laptop dan lelah cari kerja apa nak dibuat harini. Super jealous dan pelik kenapa team lain sangat2 busy dan sentiasa ada problem baru.

5) Saya cuba untuk belajar perkara2 baru tapi di sini terlalu banyak limitation.

i) Kurang senior atau rakan2 sekerja di sini. Mereka yang ada juga super busy dan hanya datang sekejap untuk menyelesaikan kerja kemudian balik. Takkan saya nak kacau selalu.

ii) External website di sini diblock hatta Youtube, Google dan sebagainya untuk semua. Jadi hanya internal pages/apps sahaja yang boleh dibuka. Sumpah bosan. Jadi buka fon saja banyak. Kalau nak buka external website, digalakkan bawa laptop/ipad sendiri.

iii) Saya selalu minta kerja dengan team saya. Tapi kerja tu cepat saja saya siapkan sebab saya memang tak suka delay.

Hatta benda2 simple seperti create excel data, create list pun saya siapkan dalam hari yang sama juga sebab saya mmg suka kerja dan busy kan diri.

Tapi lama2 mereka pun malas nak layan saya. Pandai2 la manage atau cari kerja sendiri. Haiyoo.

Gaji yang ditawarkan di sini sangat tinggi bagi saya. Macam tak padan dengan kerja yang ditugaskan. Sedangkan dulu saya super sibuk pun tak tinggi gaji.

Sekarang saya dalam dilema.

1) Berkat ke gaji yang saya peroleh tiap2 bulan? Jika hanya bermain dengan fon selalu, saya tak rasa macam berkat. Saya tak mengular tapi memang takde kerja kat sini.

2) Saya memang tak pandai nak cari kerja sendiri sebab bidang ni sangat2 baru. Documentation/training paper semua tiada.

2 weeks pertama saya ingat normal. Tapi dah nak masuk 6 bulan, saya tak senang duduk. Setiap hari saya nervous and takde mood nak datang office.

3) Dengan task takde, skills baru takde – saya risau kelak kalau inginkan growth dalam career atau nak jump company lain, apa je saya boleh contribute? Huhu.

4) Orang kata ni mungkin rezeki untuk saya Allah permudahkan. Bila kita kerja sungguh2, insyallah Allah tambah lagi. Tapi saya macam tak rasa seronok pun. Lagi bersalah ada. So stressful.

Terima kasih semua sudi mendengar.

– Lela (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. nasib kita sama . nak resign takde lagi tempat yang sesuai . tapi memang takde hati nak pegi keje sebab takde keje sangat . orang cakap kerja macam tu best tapi ntahla mungkin sebab saya dah biasa envinroment ramai + extrovert last last keje depan pc susah nak masuk . tempat saya keje memang jauh dari bidang saya study dulu , staff sini pun dalam 4 orang je . cerita dekat family ngan kawan diorang memang tak faham + suruh resign je . tapi kalau la cari keje senang takdela saya stuck ke kat sini . life saya kat sini pun pegi keje balik keje je . kawan takde , ada kakak pun lebihkan boyfriend . Sekian .

  2. Hi i think you are an extrovert. You suka bergaul dengan collegue dekat tempat kerja . So you feel lonely bila selalu buat kerja sorang sorang. Untuk soal tak banyak kerja tu, i faham sebab pernah ada di situ. Siap pergi ke department lain sebab mengemis nak minta kerja 😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *