Salam. Aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa. So sini je lah tempat aku luahkan. Geram sangat sebenarnya. Tentang perangai manusia bila nak raya. Especially adik-beradik, ipar duai.
1. Balik Raya
Kalau korang kerja, tak dapat cuti awal, dah nak dekat raya baru dapat balik raya, aku faham sangat. Tapi yg buat aku geram, korang dah cuti lebih awal, tapi sengaja lengah-lengahkan untuk pulang ke kampung. Atas alasan, alaa..kami tak beli kasut raya lagi. Walhal aku tgk kat fb, every weekend keluar shopping. Bila dirumah nie semua dah siap berkemas, baru lah terkedek-kedek balik. Tu belum lagi bab ipar. Yg tak bagi isteri/suami balik raya awal. Maklumlah, bukan turn umah dorg kan. Kalau umah dorg, awal-awal lagi dah balik. Tengah malam pun sanggup drive. Kalau tidak, ala syg, esoklah, abg penat. Ada jugak yg bagi alasan, tak mahu lah balik awal, kekoklah nak duduk rumah. Ramai perempuan. Takpun alasan penat kerja, balik kena kemas lagi. Nak jugak rehat. Weh! Korang tahu tak ni raya. Bukan holiday di pusat peranginan. Memanglah kena buat kerja. Tolonglah jgn pikir kau je penat.
2. Kedekut hulur duit beli kelengkapan.
Aku tak maksudkan kelengkapan baju raya. Tapi maksudkan barang-barang dapur, kuih raya, balang kuih raya, air gas, dan lain-lain. Janganla nak harap mak ayah je beli. Kau pun hulur-hulur lah duit. Dan andai ada adik beradik yg bekerja hebat sikit, janganlah kau biar dia je terkontang-kanting sorang-sorang beli barang untuk rumah. Bukan korang sorang je nak spend beli baju raya. Orang lain pn sama tau. Ni tak, tak abis-abis ayat takde duit. Kata takde duit, tapi petang tu beli sampin mahal, then shared kat insta. Beli barang kat umah mak ayah, liat nak mampus. Decorate raya umah sendiri, dah kalah showing room ikea. Hulur-hulur lah sama. Barulah adil oii. Pahala banyak tu dapat.
3. Rumah kau rumah kau. Rumah aku rumah aku.
Nie aku rasa nak lempang hidup-hidup. Kau bila kat umah mak ayah kau, kau bukan main lagi tolong macam-macam. Umah mak ayah aku, kau buat bodoh jer. Macam kayu. Tak reti nak tolong buat kerja. Alasan tak biasa lah..tak selesa lah. So ko ingat orang lain selesa sangatlah dengan attitude kau tu? Belajarlah oiii. Sesuaikan diri. Masa nak kahwin, pandai pulak kau nak ambik hati mertua. Dah kawen, kau lepas tangan. Sian orang tua, yg kena buat semua.
4. Hipokrit
Nie lagi satu perangai bangang. Kat umah mak ayah kau, kau goyang kaki je. Balik raya pun dah hujung-hujung. Sampai umah, buat-buat dah nazak sgt penat. Alasan penat kemas umah sendiri yang sebesar sekangkang kera tu jer. Tapi yg kau tawaf Bangi Sentral, Shah Alam n Jalan Tar tu tak pulak ko rasa penat. Tu ar, hupdate lagi kat insta. Dah sampai umah mak ayah, kau mengangkang jer. Buat kerja sikit dah tak larat mcm dia baru belajar puasa. Tapi bila balik umah mak mertua.. Amboi-amboi. Terus bukak silat. Bunga-bunga silat pun takde. Sanggup nie nak jadi menantu mithali, bersengkang mata bantu mertua. Padahal mak sendiri pun kau tak tolong. Ni anak mcmana pun aku tak faham.
5. Bergambar family.
Tolong jangan nak bergambar macam korang berdua je ada dalam gambar tu. Tengok gambar, tiba-tiba nampak korang duk laga pipi suami isteri. Yea aku tau tu sweet. Tapi xsweet kalau dalam gambar yang sama,kau punya adik-beradik and mak ayah tgh senyum elok jer posing depan kamera. Korang nak sweet romantik, korang bergambar berdua je lah. Nie gambar family pun nak manja-manja dgn suami/isteri. Ish, cuba beradab sikit.
Tak kira lah korang dah kahwin atau belum. Tapi cuba jaga adab masa beraya ni. Kalau dah kahwin, cuba adil. Sebab kau kahwin bukan dengan isteri/suami kau je ek. Yg adik-beradik serta mak ayah akan terbabit. Jadi cuba jadi matang. Jangan nak ikut pentingkan diri jer.
– Mazola
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Part no.3…
Ada rumah org tua yg xsuka org lain masuk campur@urus dapur diorg…memg ms awal2 kawin, pandai menantu nak bersilat bagai kat dapur tp ape yg disilatkan tu akhirnya org dlm umah (mak mertua, ipar duai pandang sinis je) sbb diorg xsuka kite pandai2 kat umah diorg.cabaran plg dasyat utk satu2 menantu perempuan dlm keluarga, sbb mereka dh ada stail mereka…so agak2 dh bc situasi mcm tu…tuan punya badan adjust la ikut situasi…bile ditanya ada yg nak ditolong?…jwpn klise, eh, xde ape2….hmmm maka faham2 je la….org perempuan ni lain ckit…
Bile dh kumpul ramai2…maka bnyk la ragam….kalau xnk ragam pelbagai ape kata letakkan rules, bahagikan awal2…keluarga ni buat ape…keluarga tu handle ape….soal duit, buat pungutan tabung keluarga…setiap keluarga perlu bg berapa2 rm b4 raya…kalau semua main faham2 je…memg ada yg terlebih faham, terkurang faham dll….
Malas gaduh2….masing2 xnk dh balik raya…xde istilah kumpul2 di rumah org tua…bile dh timbul isu xpuas hati bagai…lagi2 bile diluah di media sosial
Dilema seorang perempuan
True!!
Wai Yun dilem jgk ke? Kiki
pasni apa kata mazola gi komen kat ig dorang ” tawaf beli baju raya boleh ..tolong kemas rumah takleh ” takpun en waktu dia tengah relax memanjang tu , mazola pi tangkap gambar pastu update kat ig ” takpun perli je kuat kuat waktu kemas rumah
Kannnnn…minta kna kaki gak ney,SWITCH OFF sunggoh…pui!
#1…sgt2 stuju
Nk duk bermuamalah dgn org ni kan..kena la jaga perangai. Hisyh isauu gak ni sok2 tah mcm mne la agknye my turn. Tak puas aty ape fast to fast je la kan…bg tk yg tkde adab sgt tu boleh go to hilll!
No 2 tu setuju bebeno. Bulan2 pn kite yg kena tanggung serba serbi blnja dapur mak, raya setahun sekali pn xboleh lgsung adik2 yg kerja kurang hebat tu pakat2 tong2 keperluan. Muka ni jugak la yg kena hulur 100 sorang buat beli baju raya. Klu sorg boleh tahan, klu 4org? Nk kata sekolah lg, sorg je yg sekolah. Nk kata tak mampu cari kerja, sorg je yg oku.
Teringin biskut mazola lah pulak.
Lagi sekali aku nak bagitau. Tinggalkan Instagram. Kerana itulah punca orang gaduh, sakit hati, meluat.
Kalau ko tak nampak aktiviti diorang kat instagram tu, agak2 ko ada marah2 camni tak?
Aizura Zura Dayang Ziera
Hahaa..no 4 utk ura
I xmasuk list..ahhahh
Mazola my feveret
Sy ni dah saban tahun balik awal kerumah mak sbb nak masak juadah hari raya bila yg lain nak lepas tgn je tp kali ni cadangnya nak balik masa mlm hari raya. Nak g ronda2 jln tar sbb anak habis exam hari ni
Patutnye dulu doa byk byk dpt suami yatim piatu..xde saudara mara…senang!!!
Tahun ni balik rumah kite…tahun depan balik rumah kita..tahun depannya lagi balik umah kita lagi…
Hahahaha
No 1,
Kdg2 bukan diorang sengaja balik lmbt, alasan nk cari barang tu alasan je dik..sbnrnya ramai yg kemas rumah dulu sblm balik beraya, sbb nt lps balik kmpg, xde lah penat melampau nk kemas rumah lg, sambut jiran dtg beraya lg..
No 3, bab tolong ok lg, bab masak, x semua org tua suka org lain masuk campur wktu diorang memasak..mak akak ni dik, pernah halau akak dari dapur sbb akak nk tlg dia..nsb baik la bab kupas bawang, siang apa semua akak da buat sblm tu
org yang konfess ni keras hatinya. haha. nampak yang negatif je. T-T
Haha! Ni nak beraya ke nak hentam menghentam? ramadhan ada lagi 2 hari ni wei
Jgn dgembar gmburkan kbrukan kluarga..ipar duai..sbb dseblik itu bnyk lg kbahagiaan yg ade..bkn buruk seme..lgkan manusie dgn dr sndr pom berbolak blik hatinya…keadaan itu adlh lumrah..jgn mnghrp pd kesmprnaan seme..klo x bersedia nk hdpi alam ipar duai mertua ni seme..mintk dgn Allah jdkn kita baik..spye jumpa yg baik2 seme..kalau..
da kawin ka lom???
Byk sgt nya lahai sejak dua menjak ni pasal balik beraya di kg…semua xpuas hatii.hehe.. Susah ye nk puaskan hati sume org… Ada je yg xkene di mata masing masing,… Hmm…
Pasal gambar pun nak jadi kan isu ? Yg lain tu takpe lagi. Ni nampak sgt tak berkenan dgn ipar tu kan sebenarnya. Haih mcm mcm.
Ape ni? Nak raya kot. Ramai betul yg marah2 ipar duai bagai. Ramai yg tak beraya sbb tak mampu. Ramai yg takde keluarga meriah ramai2. Ramai yg tak dpt beraya pun sbb keje. Jgn la marah2. Maafkan lah mereka2 yg sebal2 tu. Sound je baik2 kalo apape pun, tak payah nak sinis or ckp kasar. Bile dah ramai2 mmg mcmtu lah. Kite takle ubah org, tp bole ubah diri sendiri. Syukur laaaaa bnyk2 sbb yg sebal2 tu semua keluarga. Kena ingat tak semua sedara seIslam kite dpt beraya mcm kite.