Ay4h, Aku Ingin Hidup

Dunia sudah tidak selamat untuk didiami, ayah, izinkankan aku mati.

Aku anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang didepan mata aku lihat sendiri jatuh bangun perang baik dalam rumahtangga mereka.

Kini aku sudah dewasa, pelbagai ujian, trauma telah aku atasi dengan gagah berjuang meneruskan langkah hidup.

Kalian perasan? Dunia sekarang ini sudah tidak selamat untuk didiami?

Tekanan untuk aku memikirkan, bagaimana lagi untuk terus hidup dalam keadaan yang dimana mana adalah sebuah ancaman pada setiap detik 24 jam kecuali waktu aku dibelanja makan dunia aku berputar 360 darjah, hehe.

Lihat sajalah manusia memotong kerat manusia dibuat sup seperti tiada apa apa. Memasang bom kerana angkara cemburu buta. Penceraian sana sini. Yang bersalah terlepas yang mangsa dihukum.

Dunia sudah gila. Sudah tiada cinta bahkali yang tinggal hanya secebis nurani manusiawi yang bertopengkan senyum terpaksa? Betul ke ayat aku tu? Nanti dikecam “tak perlu puistis sangat” yelah aku faham.

Aku si bujang dipenghujung 20-an membayangkan sebuah keluarga kecil yang indah untuk dibina.

Nah, segala trauma yang ada ini, kalian fikir semudah itu untuk aku melangkah ke alam perkahwinan dengan entah siapa siapa bertopengkan apa apa.

Ya, diri aku sendiri juga bukan lurus betul baik sangat. Menyeramkan.

Untuk hidup berdua sepertimana Hafiz Hamidun nyanyikan tu, sedikit mustahil untuk aku. Mungkin dihujung usia akan aku merasakan cinta sejati? Tunggu sajalah.. atau disyurga jika terpilih masuk antara ahli. Aaminn.

Aku adalah survivor dari depression. Bila saja aku rasa sudah melepasi waktu gawat, aku dapat nikmati hidup ni dengan serba tenang mungkin sedikit.

Tapi ternyata, tusukan untuk minda aku kiri ke kanan, depan ke belakang.

Ya, orang kata jangan difikirkan sangat, tutup social media. Healing. Yes, tapi hidup dewasa bukan sekadar apa apa yang kita lihat, kita baca.

Dalaman diri kita sendiri juga ada wujud peperangan yang tidak berkesudahan.

Apatah lagi dimomokkan kegilaan dunia sekarang, bertindan tindan dalam kepala menunggu masa dan giliran.

Ayah aku ingin mati. Sebaris ayat yang mungkin saja aku mengguris perasaan tuanya. Ayah aku kerap kali dengar aku ulangkan ayat ini.

Tapi kerana ibu dan ayahlah aku masih hidup, bertahan hidup setelah beberapa kali mengambil keputusan menamatkan nyawa aku waktu dulu dulu.

Ayah kata “selagi kita ada iman dan Tuhan, kita kena melawan suara suara jahat, mahukah kita tidak bau syurga untuk selamanya?” Ya.

Bunuh diri bukan jalan penyelesaian, kerana “disana” nanti, kita akan hidup mati hidup mati dengan cara kita mengambil nyawa kita didunia ni. Salah. Bunuh diri adalah permulaan pada satu kesilapan yang besar bahkan untuk selamanya.

Ayah aku akan terus hidup. Akan teruskan kehidupan ini, dengan memijak bumi selagi nyawa tersisa. Aku akan mencari jalan ke hadapan dengan waras yang kau pegang ketika amuk ujian menguji.

Doakan aku kuat ayah, ibu. Tuhan masih memegang nyawaku untuk peluang taubat yang terlalu aku sia-siakan.

Cintai nyawa yang tinggal ini untuk aku dapat berbakti mendoakan ibu bapaku apabila mereka tiada nanti.

Para pembaca, aku si Tulip. Terima kasih mendengarkan dendangan cerita entah sedih atau putus asa. Aku tidak tahu.

Sekadar luahan,

– Si Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *