Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Saya Malaika, berusia 44 tahun, isteri kepada Mikail dan ibu kepada 4 cahaya mata.
Saya berkenalan dengan Mikail semasa saya melanjutkan pelajaran di luar negara. Mikail tua 3 tahun daripada saya.
Setelah tamat pengajian, kami pulang ke tanah air dan berkerja. Kami mula rapat dan akhirnya berkahwin dengan restu kedua2 belah keluarga. Ketika itu saya berusia 26 tahun.
Selepas berkahwin, kami bersama2 membeli rumah. Kami tiada orang gaji dan masing2 bekerja. Kami bersama2 uruskan hal rumah.
Semuanya berjalan dengan baik sepanjang tempoh 10 tahun perkahwinan. Kami dikurniakan 3 cahaya mata lelaki. Selepas anak ketiga lahir, saya dah berumur 36 tahun. Ketika inilah rumahtangga kami diuji.
Rumah kami selalu tunggang langgang sebab anak2 memang lasak. Saya dan Mikail terkejar2 nak uruskan anak2. Mikail akan menghantar anak sulung dan kedua ke sekolah manakala saya akan menghantar anak ketiga ke rumah mak mentua.
Selepas habis sekolah, mak atau ayah akan tolong ambilkan anak2. Mikail atau saya akan mengambil anak2 dari rumah mak selepas habis kerja.
Bila balik rumah, kami tiada masa nak rehat. Saya akan mandi, solat dan terus masak untuk makan malam. Mikail akan mandi dengan anak2 dan solat bersama2 mereka.
Selepas makan malam, Mikail akan uruskan hal kerja sekolah anak2 manakala saya akan kemas rumah, gosok baju dan membuat persiapan untuk esok. Cukup masa, kami tidurkan anak2 dan terus tidur kerana kepenatan.
Beginilah rutin kami hari2. Bila hujung minggu, kami keluar pun disebabkan anak2 merengek. Bawa anak2 ke padang permainan, berjalan2 atau ke rumah mak mentua.
The spark in marriage is slowly fading away. Kami dah jadi macam robot yang mengikut rutin harian. Mikail dinaikkan pangkat maka dia bertambah2 sibuk dengan hal kerja. Kadangkala, dia balik lewat dan juga selalu outstation.
Kami mula kurang berkomunikasi, jarang ada masa untuk bermesra dan mula rasa stress. Anak2 antara faktor yang menyebabkan kami selalu bergaduh. Rumah sepah, degil, masing bergaduh berebut mainan atau makanan, giliran siapa nak ambil anak dan macam2.
Kami cepat marah dan selalu menyalahkan antara satu sama lain. Saya mula menaikkan suara dan hilang rasa hormat pada suami. Mikail jenis yang suka diam jadi dia akan masuk bilik dan tutup pintu bila bergaduh.
Nak dijadikan cerita, pernah sekali semasa dia outstation, anak sulung call dia selepas makan malam tapi ada perempuan yang menjawab telefon dia.
Bila Mikail balik, saya mula mengamuk. Mikail memberitahu yang malam itu dia makan malam bersama2 dengan rakan2 yang lain.
Perempuan tersebut merupakan rakan sekerja dia yang tolong menjawabkan panggilan kerana dia ke tandas. Saya tidak percaya malah menuduh dia macam2. Mikail malas nak layan jadi dia masuk bilik. Saya mula berasa curiga dengan segala apa yang Mikail buat.
Kami sudah mula tidur berasingan dan bermasam muka. Saya mula menyesal berkahwin, rimas rumah hari2 bersepah dengan anak2 yang 24 jam nak berkepit. Tak ada kebebasan dan ketenangan hidup. Saya mula cemburu dengan kawan2 yang masih single.
Ketika ini, saya melakukan satu kesalahan yang hampir setiap isteri buat iaitu mengadu kepada pihak ketiga. Saya mengadu dengan Rhea, rakan sekerja saya. Rhea teman setia pendengar masalah hidup saya.
Dia masih bujang walaupun sudah berusia awal 30an jadi dia memberikan nasihat mengikut situasi dia. Dia selalu menasihatkan saya untuk move on dan cari lelaki lain. Tanpa saya sedari, Roslan turut terdengar perbualan kami.
Roslan merupakan Manager dari department lain tapi sekali sekala dia akan ke department saya untuk meeting dan sebagainya. Roslan sudah bercerai. Dia mula rapat dengan saya. Dia menolong hal kerja, belikan makanan dan selalu bertanya khabar saya.
Roslan juga mula berani menghantar mesej bertanya khabar ketika habis kerja tapi saya jarang balas. Bila saya tak balas, esoknya dia akan merajuk dan kesudahannya saya akan memujuk dia.
Dia juga ada mengajak saya keluar selepas habis kerja tapi saya menolak kerana urusan anak2.
Perkara ini berlaku dalam tempoh beberapa bulan. Ada satu masa itu, saya terpaksa menghabiskan report urgent jadi saya berada di pejabat sehingga malam. Anak2 berada dengan mak mentua.
Saya terlewat menyiapkan report kerana anak2 saya tidak sihat dan Mikail pula outstation. Roslan menemani saya di pejabat. Ada juga beberapa staff tapi kedudukan mereka jauh dari kami.
Roslan mula duduk sebelah dan cuba untuk memegang tangan. Saya mula rasa tidak selesa dan terus marah Roslan. Selepas menghabiskan report, saya mengemas barang dan keluar dari pejabat menuju ke arah parking kereta.
Roslan cuba untuk meminta maaf tapi saya berterusan mempedulikan dia. Ntah apa merasuk dia ketika itu sehinggakan dia berani untuk memeluk saya tapi saya berjaya menolak dia.
Memang saya betul2 tergamam ketika itu. Saya marah dia dan memberitahu yang saya ini isteri orang.
Roslan gelakkan saya sambil berkata bukan ke tujuan saya rapat dengan dia sebelum ini adalah untuk ‘bersama’ dan melupakan suami. Dia juga menuduh saya perempuan jalang dan macam2 lagi.
Allahuakbar, jatuh terduduk saya sambil menangis. Ketika ini, ada pakcik guard datang. Roslan terus beredar dari situ. Pakcik guard tersebutlah yang menenangkan saya.
Pakcik guard itu cuma berpesan kepada saya biasalah suami isteri selalu gaduh tapi curang itu dosa besar. Nikmat seketika tapi menyesal seumur hidup.
Hati saya ketika itu berasa dirobek2. Tak tahu macam mana saya boleh drive sampai ke rumah. Saya mandi dan terus solat sambil menangis.
Allahu, tanpa saya sedari, saya dah berdosa dengan suami. Allah SWT mungkin menegur saya dengan menghadirkan pakcik guard tersebut.
Tiba2 saya berasa rindu yang teramat dan bersalah dekat Mikail. Saya terus call Mikail. Bila mendengar suara dia, lagilah saya histeria menangis.
Mikail dah panik dan berkali2 tanya kenapa. Saya cuma minta maaf berkali2 dan nak jumpa dia. Dia memujuk saya dan memberitahu yang dia akan pulang 2 hari lagi. Saya tertidur ketika masih dalam talian.
Esoknya, saya MC kerana sakit kepala teramat. Anak2 masih tidak sihat jadi mereka tidak ke sekolah. Mak dan ayah mentua datang melawat.
Rupanya Mikail yang menyuruh mereka melawat saya kerana risau hal semalam. Saya mendiamkan diri dan cuma memberitahu mak mentua saya tidak sihat.
Bila Mikail pulang, saya terus peluk dia menangis. Terkejut dia sebab tak pernah jadi macam ini. Seharian saya tidak bercakap apa2 tapi hanya menangis. Saya takut kalau Mikail akan marah atau ceraikan saya selepas saya memberitahu hal sebenar.
Hari keesokannya baru saya memberitahu hal sebenar selepas solat Subuh. Mikail diam seperti biasa. Saya dapat merasakan dia marah dan kecewa dengan saya.
Saya mengakui semua silap saya dan redha jika dia ingin bercerai. Saya meminta izin untuk tinggal seketika di rumah adik perempuan saya. Kami masing2 take break sekejap.
Roslan tidak pula saya berjumpa di pejabat. Saya dah block nombor dia selepas insiden tersebut. Selepas seminggu, Mikail menyuruh saya balik.
Hujung minggu tersebut, anak2 kami tinggalkan bersama mak mentua. Selepas solat bersama, Mikail mengajak untuk berbincang. Soalan pertama yang dia bertanya adakah dia seorang suami yang baik?
Terus saya menangis tersedu2. Saya banyak makan hati dengan dia tapi adakah dikira dia jahat? Mikail memegang tangan saya dan meminta saya untuk jujur dengan dia.
Saya menundukkan kepala dan meluahkan segala perasaan. Marah kerana dia jarang2 menunjukkan perasaan. Marah kerana dia selalu diam bila bergaduh.
Marah kerana dia selalu tak ada dekat rumah. Marah sebab dia tak ambil peduli perasaan saya. Marah kerana dia membiarkan wanita lain pegang phone dia. Marah kerana dia dah tak sayang saya lagi. Marah kerana itu ini. Macam2 saya luahkan.
Bila saya mengangkat kepala, Mikail masih tenang tapi berair mata dia. Dia bertanya adakah saya marahkan dia sebegitu sekali sampaikan dia sudah tidak layak lagi menjadi suami saya dan saya mula mencari lelaki lain?
Allahuakbar, terus saya memeluk dia dan berkali2 meminta maaf. Itu memang silap saya sepenuhnya.
Mikail mungkin tidak sempurna sebagai suami tapi itu tidak bermakna saya sempurna. Curang itu merupakan dosa besar. No words can be used to justify it. Saya terhanyut seketika tapi saya langsung tiada sebarang perasaan dengan Roslan.
Mikail memberitahu dia mula berasa exhausted sejak kebelakangan ini. Bila awal2 dinaikkan pangkat, maka bertambahlah beban kerja dia.
Bila balik, rumah bersepah, anak2 bergaduh dan terpaksa tunggu lama untuk makan malam. Dia tiada tenaga nak bergaduh dan dia tiada ruang untuk bercakap sebab saya suka menjerit2. Dia tidak suka keadaan bising2 jadi dia mengundur diri.
Makin lama, dia mula selesa tidur berasingan dan buat hal sendiri. Bila outstation, dia dapat peluang untuk berehat sebentar dari saya dan anak2.
Dia bersumpah dia tidak curang pada saya ataupun terfikir nak mencari perempuan lain. Tapi dia akui rakan sekerja perempuan dia memang ada cuba rapat dengan dia.
Kami masing2 menyalahkan diri masing2. Kerana kesibukan kerja, ego di hati, dan memberikan ruang kepada orang ketiga, kami masing2 mula drift away from each other. Hari itu, kami solat taubat dan sama2 meminta maaf. Buat pertama kali setelah sekian lama, kami tidur bersama.
Saya meminta izin dari Mikail untuk berhenti kerja. Saya hendak fokus pada suami dan anak2. Mikail gembira dengan keputusan saya dan mengizinkannya. Dia cakap jangan risau isu kewangan, nanti pandai2 lah dia akan uruskan.
Bila dah berhenti kerja, saya mula menguruskan hal anak2 dan rumah dengan tenang. Saya akan menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah.
Saya dah buat jadual untuk anak2 ikuti. Saya selalu melakukan aktiviti dengan mereka sambil2 mengemas rumah. Sekali sekala, saya mengupah orang untuk membersihkan rumah secara keseluruhannya.
Mikail juga dah dapat menyesuaikan diri dengan posisi baru di tempat kerja jadi dia boleh menguruskan masa dengan lebih baik. Bila Mikail habis kerja, dia berehat sebentar dan mandi. Kami semua akan solat bersama2.
Rumah dah kemas dan makan malam pun saya dah siapkan awal2. Habis makan malam, kami bersama2 menolong anak2 membuat kerja rumah. Anak2 mula tidur awal. Saya dan Mikail ada masa untuk bersama2.
Kami masing2 akan bercerita hal seharian. Saya mula mengambil tahu hal kerja dia, apa2 perkara yang dia stress dan cuba untuk memberi solusi. Mikail juga akan mendengar apa2 aduan saya terhadap hal rumah atau anak2 dan akan segera mengambil tindakan.
Selain dari keluar bersama anak2, kami juga mencuri masa untuk dating berdua. Rasa kekok awal2 tapi lama kelamaan kami mula rasa seronok.
Kadangkala, saya saja menghantar dan mengambil Mikail dari pejabat atau membawa anak2 untuk lunch bersama2 dengan dia di pejabat.
Lama kelamaan, perasaan hambar itu berlalu pergi. Kami mula gembira meluangkan masa bersama2 terutamanya dengan anak2. Perasaan bahagia itu hadir tanpa disedari.
Saya juga bersyukur kerana keluarga mentua sangat2 memahami. Malah, mereka sama2 menasihati dan memberikan sokongan.
Pada usia 40 tahun, saya disahkan mengandung. Saya terkejut dengan berita tersebut tetapi Mikail gembira bukan main kepalang. Dia berdoa hari2 supaya diberikan anak perempuan.
Allah SWT mengabulkan doa dia. Dengan kehadiran cahaya mata keempat, rumahtangga kami makin utuh.
Bila difikirkan balik kebodohan saya beberapa tahun lepas, saya teramat menyesal. Bersyukur saya kerana Allah SWT masih sayangkan saya.
Bayangkan jika saya terlalu mengikut perasaan dan curang dengan suami. Allahu, tak mampu saya nak bayangkan akibatnya.
Saya dan Mikail bukan suami isteri atau ibu bapa yang sempurna. Di usia 40 lebih ini, kami masih lagi belajar untuk mengharmonikan rumahtangga kami.
Ada juga masalah2 lain timbul tapi sekarang ini, instead of you or me, it became we. Kami masing2 belajar merendahkan ego, berlapang dada dan sentiasa mengutamakan perasaan masing2.
Banyak pengorbanan perlu dilakukan oleh wanita dan lelaki untuk mendirikan rumahtangga apatah lagi bila ada anak. Akan ada satu masa bila perkahwinan itu terasa hambar, beban atau pahit.
Sentiasa berkomunikasi, jujur, rendahkan ego, dan sayangi pasangan InshaAllah eventually it will pass. Tak salah jika kita berkorban demi pasangan atau anak2.
Saya berharap kisah saya ini akan menjadi pengajaran kepada pembaca dan tolonglah jangan mengulangi kesilapan kami. Sehingga ke hari ini saya masih menyesali perbuatan saya.
Terima kasih mendengar luahan hati saya.
– Malaika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit