Maafkan Aku

Hai dan salam pada semua pembaca. Aku seorang Mama yang berusia 28 tahun. Aku kenal suami hanya beberapa bulan dan kami decide untuk berkahwin.

Tahun ni, ulangtahun yang ke 3. Rezeki kami, aku bunting pelamin. Kami bersyukur dikurniakan anak yang sangat bijak dan sempurna.

Namun, aku merasakan perkahwinan ini perlu berhenti sampai sini. Suamiku dari awal perkenalan memang tak bagi aku bekerja.

Ketika itu, aku setuju sebab aku merasakan suami mampu untuk menanggung aku dengan beban hutang ptptn aku.

Namun, selepas kami bertunang, dugaan bisnes suamiku mula menerpa. Satu2 bisness suami habis. Suami tidak berputus asa, dan terus bisnes yang lain. Ketika itu aku mula berbelah bahagi.

Tapi, kerana fikir tak nak malukan keluarga, aku yakim dengan suami. Kami teruskan perkahwinan walaupun aku tahu suami dalam keadaan susah.

Sebelum berkahwin, aku sempat bekerja selepas tamat pengajian. Aku menyimpan cita2 untuk menjadi ahli farmasi yang berjaya. Namun, angan2 hanya tinggal angan2.

Suamiku pula graduan dari universiti yang terkemuka dari luar negara. Tapi rezekinya, dia langsung tiada hutang ketika pengajian. Keluarga kami dua2 merupakan pendidik dan telah bersara.

Dalam tempoh awal2 perkahwinan aku terus menerus menyuarakan hasrat untuk bekerja, tetapi tetap mendapat tentangan dari suamiku.

Jadi, awal2 perkahwinan aku cuba2 tampung keperluan dengan gaji simpanan yang tidak seberapa ketika bujang dulu.

Tapi, setelah anak kami lahir, simpanan aku habis, keluarga aku ada bertanya temtang keadaan aku, tapi aku terpaksa merahsiakannya demi kebaikan dan maruah suami.

Suami sangat2 degil dan tidak mahu makan gaji. Dia masih terus menerus ingin berbisness walaupun telah banyak bisness yang tidak berjaya

Beberapa kali, aku terfikir untuk tamatkan sahaja perkahwinan ini agar aku boleh bekerja untuk membayar hutang ptptn aku, dan untuk kehidupan anak kami.

Namun. Aku tahu tidak semudah itu, kerana anak aku sangat sayang suamiku.

Sekarang aku ada meniaga kuih kecil kecilan dari rumah, namun jualan masih belum banyak.

Ada masa aku rasa aku macam dah gila, aku dah tak tahu apa yang harus aku lakukan. Perlu ke aku terus habiskan sisa2 hidup aku bersama suami yang keras kepala?

Oh Allah.. hamba benar2 mengharapkan keajaiban mu.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *