Ay4h Aku Tegas Ke Penyayang?

Sejak aku kecil lagi aku, aku teringin ada seorang ayah yang penyayang.

Maksud aku, ayah yang faham dengan perasaan anak-anaknya, tak kuat melatah,tak kuat melenting itu yang aku impikan.

Sehingga satu tahap aku berharap mak aku kahwin dengan orang lain. Sebab dia tak pernah nak menghargai mak aku juga.

Aku selalu dengar kawan-kawan aku cerita pasal ayah dia, lain sangat dengan ayah aku. Selalu bergurau senda, tak ambik hati, tak kuar melenting eh macam-macamlah.

Dekat media sosial pun kalau kita tengok ayah-ayah mereka gembira je melayan anak-anak mereka, ada yang boleh bawak bergurau.

Sampai kat aku? Aku tak boleh nak buat macam tu.. Sebab aku takut.. Itulah perasaan yang aku boleh aku ungkapkan.

Kadang-kadang aku terfikir ayah aku sama macam orang lain ke? Dingin, kuat marah, melenting.

Setiap perbuatan atau perlakuan aku ada je yang tak kena dengan dia. Sampaikan satu tahap aku tak konfiden nak bersemuka dengan orang. Takut apa yang orang fikir pasal aku.

Setiap kali aku tanya atau minta tolong, ayah aku selalu cakap “tula ayah ajar tak nak ikut” “ayah dah ajar pun tak boleh nak ikut”

Aku cuba tak ambikkan perasaan sangat, tapi bila aku makin dewasa perkara ni meleret pulak sampai aku rasa macam bodoh sangat.

Walhal, aku cuba yang terbaik untuk banggakan dia. Tapi, perkataan tu tak pernah diluahkan ayah aku.

Disebabkan itu, kami jarang sangat berbual. Berbual pun aku tak pernah nak cakap banyak sekadar menjawab pertanyaan dia sahaja.

Belum tahap dia marah lagi, kalau marah tak kena je kitorang buat, ibu jugaklah yang dia marahnya jugak. Padahal benda itu sangat kecik je.

Setiap perkataan yang dikeluarkan dari mulut tu tak boleh nak kata apa, setiap kata makian dan ugutan keluar. Sampai aku terfikir, ayah aku memang nak buat macam tu ke kat anak dia?

Jadi, setiap perbuatan dan perlakuan yang aku lakukan, aku jadi anxious apalah agaknya yang dia tak puas hatinya.

Cara dia menegur tu aku faham, tapi sampai satu tahap dia tak menghargai atau memuji pun perbuatan yang anak-anak dia buat untuknya

Walaupun ayah dah tak pernah nak p4k4l anaknya, tapi cacian dan ugutan dia tu lagi sakit untuk dirasai.

Setiap dari kitorang ada je dia tak puas hati, sampaikan aku terfikir apa makna sayang ayah kat anak-anak dia? Betul ke orang kata tegas maksudnya penyayang?

Tapi, aku tak pernah nampak pun sayang dia kat aku.

Untuk ayahku, aku bukanlah ingin ayah yang pond$n, lembut dan lembik yang ayah sangkakan. Aku tak ingin pun ayah didik anak dengan ajaran sebegitu.

Aku cuma nak ayah didik anak-anak dia dengan penuh kasih sayang. Itu saja.

Kadang aku stress, aku tak pernah nampak pun apa makna sayang ayah aku kepada anak-anaknya.

Jadi, ayah aku ni tegas tapi penyayang ke?

Aku confuse. Cer korang cerita sikit.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *