Ayah

Salam semua.. Aku harap admin post confession aku ni sebab aku rasa ni la tempat terbaik utk aku lepaskan smua yg terpendam dlm hati aku selama ni.

Ceritanya begini. Aku ni from divorced family. Mak ayah berpisah since aku dalam perut mak aku lagi. Ayah aku ni tak bertanggungjawab. Means, sejak aku kecik sampai la dah tua ni (i just got married), dia abaikan nafkah. Mak la yg berhempas pulas cari duit nak besarkan kitorang 4 beradik. Bila dengar citer mak aku, mengalir air mata betapa payah dan peritnya dia menanggung anak2 yg tengah membesar masa tu, tanpa suami. Korang bayangkan la, masa mak aku beranakkan aku, ayah aku tgh syok dilamun cinta dgn awek dia (sekarang dah jadi mak tiri aku). Sampaikan mak aku yg azankan aku yg baru lahir masa tu.. Dia xde dtg pun jenguk aku…umur aku dah 7bulan baru dia dtg tengok.. Tu pun kejap je (ikut cerita makcik aku). Mak aku bergolok bergadai nak besarkan kitorang, siap gadai brg kemas dan bila xde duit sgt tu, cuma mkn nasi kosong je.. Ayah tak amik tahu langsung.

aku ada kakak sulung yg mana umur dia dlm belasan tahun masa mak bapak aku cerai.. Almaklumlah darah muda remaja masa tu..mungkin disebabkn terlalu tension dgn masalah parent aku masa nak bercerai tu, kakak aku jadi liar dan selalu lari sekolah…bapak aku ni jenis, kalo anak2 ada masalah apa2, mesti dia maki dan salahkan mak aku. Mak aku jenis diam je, jenis x melawan sebab malas nak panjangkan cite..
Dipendekkan cerita, aku pun dah besar dan ayah aku start tunjuk caring dia bila aku berjaya masuk U ..selalu la pulak dia call amik berat pasal aku.. Belikan laptop masa aku nak start belajar..
Ayah aku ni orangnya suka marah2 org dan ceramah agama kan org..walhal dia sndiri ayah yg lgsung xde tgjwab..
bila kitorang dah besar dan berjaya, selalu la hantar mesej2 hadis dan tazkirah agama berkenaan tgjawab anak2 supaya jadi pemurah dan kewajipan bagi duit pd org tua…sejak dah keje ni mmg aku bagi duit kat mak aku SAHAJA..
Kat ayah aku, mmg aku xbagi cuma sesekali jumpa aku hulur la sikit…tp dia selalu mesej2 pasal kena bagi tiap bulan la supaya jadi anak solehah bla bla bla…dan ayah aku ni suka marah org tak tentu pasal…kalo bleh nak anak2 dtg umah dia selalu..pdhal kitoang masing2 busy…

Dia suka marah2 tanpa sebab yg menyebabkan kitorang jadi serba salah..sbb dia kata, anak2 xleh sakitkan hati org tua,, nanti jadi anak derhaka…kalau nak diikutkan, kira baik la kitorang ni selalu jugak la menjenguk dia kalo nak dibandingkan dgn tgjawab sebagi ayah yg dia dah abaikan selama berpuluh tahun. Aku faham kedudukan dia sbg ayah yg perlu aku hormat.. Tapi sikap dia yg mata duitan ( tiba2 memandai letak hantaran tinggi masa aku nak kawen), jual tanah arwah datuk dan makan anak beranak ( dia dan bini baru serta adik2 tiri aku), buat aku hilang hormat pd dia.
Baru2 ni masa dia nak pegi haji, aku dan suami xdpt dtg..sebab suami aku nak sign on (suami keje offshore)..dia bleh marah aku…dia kata suami bleh cari lain, ayah mana bleh ganti…Allahu..aku baru je berapa bulan kawen dan dia bleh kluar ckp mcm tu..bukan ke sbg isteri, aku patut utamakan suami?

Tu belum cite pasal mak tiri yg perangai naudzubillah…tiap kali kitorang adik beradik dtg umah ayah, dia akan hempas2 pinggan mangkuk kat dapur kuat2..cakap menyindir2 ..sampaikan bila nak salam tangan dia, cpt2 dia tarik tangan..

Aku makin hilang hormat kat ayah aku bila mengenangkan perbuatan dia pd mak dan kami adik beradik selama ni..bila dah besar dan berjaya, pandai pulak nak dekat2.. So nak mintak la suggestion mcm mana aku bleh kikis perasaan benci ni pd ayah aku sndiri.

– Lady F

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *