ayah

Terus-terang kukatakan, bapaku boros.

Rumah dah 5 dibelinya, satu pun tak habis berbayar.

Kereta dah sampai 9 buah, 5 daripadanya kereta mewah. 2 je dah habis bayar.

Koleksi jam banyak, beribu-riban. Ada juga yang puluh ribuan.

Banyak lagi koleksi lain.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan nikmat kesenangan ini. Cuma, sangat-sangat risau sebab abah suka sangat berhutang dengan bank. Bank ni kan riba (kecuali islamic banking).

Aku pernah dengar ustaz kata, "kalau untuk keperluan seperti rumah dan kereta, riba dibolehkan. Tapi bukan untk kemahuan".

Aku risau sangat-sangat. Aku sayang abah. Taknak abah kena soal banyak kat akhirat nnti, sebab banyak hutang. Taknak juga abah dihisab lama disebabkan terlalu banyak harta.

Serius, aku sayang abah.

Banyak kali aku tegur abah sebab memboros. Abah cuma tersengih je, dan kemudiannya buat lagi.

Aku sangat2 memerlukan cadangan dari pembaca semua untuk masalah ini. Huhu..

– fifi

CREATE A POST

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *